Assalamualaikum w.b.t,
Ada yang bertanya kenapa aku tukar bidang dari Mikrobiologi (Mikologi) sewaktu prasiswazah kepada Patologi/Toksikologi semasa Sarjana dan merancang untuk ke Forensik atau Kejuteraan Tisu untuk Doktor Falsafah (In sha Allah).
Soal mereka;
Kenapa banyak bidang dan lari jauh?
Kan lebih baik fokus satu bidang dan jadi pakar dalam bidang tu?
Ini jawapannya, aku percaya dengan prinsip kepelbagaian bidang (multi-discipline). Norma kehidupan moden, terutama di Malaysia seolah-oleh memberikan limitasi yang sempit. Kalau masuk satu bidang, bidang tu je lah sampai tua, bidang lain tak perlu nak susahkan diri belajar, biarkan pada yang pakar. Antara mereka yang aku kagumi termasuklah Ustaz Abdullah Khairy (boleh Google kelayakan beliau).
Soalku pula;
Mengapa masyarakat Melayu Islam kita merasakan prinsip sebegini seperti tamak?
Sedangkan tokoh Islam zaman dahulu kebanyakannya mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang yang jauh berbeza. Kan best kalau kita bukan setakat mempunyai ilmu dalam bidang sains kesihatan tetapi juga kejuruteraan, misalnya. Kalau rasa nak menjadi pakar, boleh teruskan lagi. Asalkan ada peluang dan kemahuan. Rezeki tu (kewangan, peluang) , kalau diniatkan kerana Allah akan datang jua walaupun nampak sukar.
Tuntutlah ilmu selagi termampu, aku seru semua anak muda seusiaku, sementara tenaga masih kuat dan otak masih bergeliga. Ketahuilah, ilmu Allah terlalu luas, sangatlah rugi bagi mereka yang tidak menyedarinya.
P/s - Di Barat perkara biasa jika mempunyai 2,3 Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD). Teringin nak jadikan perkara ini suatu kebiasaan di Malaysia. Amin..
Kerja, kerja jugak, tapi ilmu jangan pernah berhenti dituntut.
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment