Assalamualaikum w.b.t,
Raya kali ni, buat kelainan sikit. Menu malam raya ada aiskrim buatan sendiri. Resepi ni dari Arwah nenek aku, Asmah untuk anak-anak dan cucu. Aku panggil aiskrim Nakhoda sempena nama kampung aku.
Aiskrim ni manis giler tau, tahap potong kaki punya manis...ehh..gurau je..bole je makan, tapi jangan banyak sangat la.
Resepi dia senang je:
Bahan-bahannya :
1. 1 tin susu pekat manis
2. 1 tin susu cair
3. Kacang goreng diblend separuh kasar separuh halus
4. 1 tin jagung krim
5. Ais
6.Agar-agar
Blend kacang separuh kasar + separuh halus |
Campurkan 1 tin susu pekat + 1 tin susu cair |
Campurkan kacang dan jagung krim |
Bancuh agar-agar dengan air panas dan kacau. Campurkan.
Letak dalam peti sejuk beku (freezer) semalamam |
Taraaaa..
Siap!
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment