See me in other links




Like-like

Sunday, August 10, 2014

Resepi : Stuffed Baked Potato

Assalamualaikum w.b.t,

Baru-baru ni, ibu & adik-adik aku pergi ke Brunei melawat dan pergi kenduri kahwin kawan famili kitorang..sadly, i couldn't go coz of my exams...final year kan..jadinya terpaksa jugak la korbankan masa walaupun jiwa raga meronta-ronta nak pi...wakakaka

Masa kat sana, Keluarga dorang hidangkan 'special baked potato' ni untuk dinner. Ibu aku excited sangat balik Malaysia, terus mintak ayah aku beli bahan..jadinya bermulalah episod bertukang di dalam dapur untuk beberapa kali...part buat tu tak dinafikan penat, tapi part makan..yummyy!! tak terkata sedapnya..

Lepas da buat beberapa kali waktu bulan puasa hari tu, kitorang ambik keputusan untuk buat sebagai menu malam raya masa berkumpul, salah satu tradisi Keluarga Haji Jantan..licin dalam masa beberapa jam..siap mintak tapau..tak sedap nak menambah..makkk!! at the time my diet is out the window oledi...haha..
so, kali ni, aku nak share resepi ni dengan korang.....nak lagi sedap makan dengan sos bbq...



1. Rebus kentang sehingga setengah empuk, letak sedikit garam. Tapis dan korek setengah dari isinya dan hancurkan.




2. Taraaa..ni bila da dikorek isi..sorta a potato shell casing 




3. Untuk inti dagingnya, tumis bawang putih dan bawang merah, goreng daging kisar atau daging yang dicincang halus, tambahkan sedikit garam dan lada...not too much...secukup rasa sahaja...


4. Isi potato casing dengan lapisan daging, kentang dan daging.



5. Tabur cheese, cheddar atau mozarellaaaa...dan bakar...


Enjoy!! 












Selamat mencuba!!!

2 comments:

Nurul Nadiah said...

blh thu isi kntang yg dikeluarkan jd ape

Farhana Nadiah said...

Nurul Nadiah, isi kentang tu gaul semula dengan daging untuk sumbat balik dalam tu.