See me in other links




Like-like

Showing posts with label Travelogue. Show all posts
Showing posts with label Travelogue. Show all posts

Saturday, September 12, 2015

MATTA Fair 2015!

Assalamualaikum wbt,


Minggu lepas, aku ke MATTA Fair @ PWTC. Event ni 3 hari, dari 4-6 September 2015. MATTA Fair ni setiap tahun akan diadakan untuk mereka yang nak melancong. Masa ni semua syarikat dan agensi pelancongan akan ada selain organisasi pelancongan negara-negara tertentu (gambar dari Google).











Suatu ketika dulu, aku pernah berangan-angan nak ke Istanbul. Terutama lepas tengok cite Istanbul Aku Datang (IAD) yang ada Tomok & Lisa tu. Pernah berangan masa tu nak pergi honeymoon dengan seseorang, tapi tak pasti lagi sekarang. Well, we will see, right? Tapi, niat tu tak pernah padam dan aku masih nak pergi. Aku suka suasana Turki sebab Turki campuran budaya dan cuaca Asia dan Eropah. Lokasi pun antara sempadan dua-dua benua tu. Jadi, kalau di Turki korang boleh melencong sama ada ke negara Timur Tengah (Arab Saudi, Jordan) ataupun negara Eropah (Greece, Itali).





Turki ni main attraction dia Air Balloon, dekat Cappadocia. Korang boleh naik berdua untuk tengok  pemandangan dekat sana. Turki ni jugak terkenal dengan Ice-Cream special die, yang die bancuh campur & pusing-pusing tu. Alah, dalam cerita IAD ada, dan yang pastinya Turkish Delights, sejenis manisan macam jelly. Yang ada dalam Narnia tu ...




Akan  tetapi alang-alang nak ke Turki tu, lebih baik buat Umrah sekali kan, dapat dua dalam satu. Secara kasarnya, bajet nak ke Turki dan buat Umrah sekali dalam RM6000++ kalau dibandingkan dengan Umrah sahaja, RM5000++. Setakat ni, offer yang paling best dari Andalusia. Lagipun company ni dah established da pun.
Yipee! Awaa..saia ta sabaa ..





Seterusnya dalam senarai aku, New Zealand. Tempat paling aku minat nak pergi, Hobbiton, perkampungan Hobbit!




Seterusnya, tak lain tak bukan, Korea!!! Selain dari Seoul, banyak lagi tempat best dekat Korea ni seperti Gwangdo, Daegu, Busan dan sebagainya. Korea ni sistem pengangkutan dorang sangat besar dan memeningkan, tapi tak macam Jepun yang lebih meluas.




Untuk ke Korea ni, aku lebih berminat nak pergi secara Backpacking sebab lebih seronok jalan sendiri, Jadi, kalau nak berjalan macam tu, korang kena ambik banyak-banyak guide dan peta. Lepas tu boleh jalan sendiri. Antara guide yang paling penting yang ini, Muslim Friendly Restaurant in Korea sebab Korea ni tak banyak makanan halal. 




Attraction dekat korea ni, rasanya tak payah cerita dah, ramai dah tahu, Tapi yang tak boleh blah tu, ada satu muzium tu, namanya Love Museum. Ada seni 3D dan patung erotik untuk 18SX okey...lokasi dekat Universiti tau...heh..heh...jangan otak kuning sangat okeyyy




Tempat lain yang aku nak pergi, Jepun! Nak tengok bunga Sakura dan nak rasa suasana di sana. Aku paling teringin nak ke Tokyo dan Hokkaido, sebuah pulau peranginan dekat sana. Dekat Hokkaido, yang terkenal Mi Panas die. Dalam komik Doraemon, ada satu episod tu Nobita pergi Hokkaido dengan Doraemon semata-mata nak makan Mi tu, sejak tu aku jadik teringin nak ke Hokkaido...haha..pun bolehh




Walaupun semua ni sekarang pada peringkat angan-angan, aku akan tunggu nanti rezeki aku sampai dan buat masa ni, kumpul duit. Sementara muda dan kudrat kuat, jom la berjalan-jalan. Kalau dapat suami pun kuat berjalan, lagi bonus. Aminnn..





Terima kasih kerana membaca!

Thursday, September 12, 2013

Travelogue : My Overdue Trip To Singapore-Part 2

Assalamualaikum


Hi uolls! Bersua kita lagi untuk sambungan tripaku  ke Kota Singa. Dari entry trip ke Singapore- Part 1 yang lepas, aku nak sambung dengan hari kedua plak.

Okay, jadinya esok tu, kitorang masuk S'Pore macam selalu, pagi-pagi cop pasport. 
Lepas tu, trip jalan-jalan sekitar bandar..S'Pore ni bangunan dia semua tinggi-tinggi melangit, takde yang bonsai-bonsai..haha. Kawasan S'Pore yang berdekatan dengan laut ni nama die Teluk Marina ataupun Marina Bay dalam bahasa omputih. Marina Bay ni ada satu bangunan berbentuk kapal yang bertindih atas bangunan tinggi. Tempat ni kiranya tempat shopping, hotel, bank..long story short, tempat berhibur dan berlibur di ibu kota. Dekat dengan Marina Bay ni jugak ada patung Merlion yang jadi simbol S'Pore ni, kepala singa, badan ikan....

Pemandangan di Marina Bay (Theatre House yang berbentuk macam durian tu)



Merlion Park



Adik aku yang posing poyos..haha



Tu la kapal atas bangunan tu...cantik kan? Camne la dia buat













Ibu, Arif & Aku







MERLION



Kalau korang nak tahu, disebabkan ruang tanah yang sempit, S'Pore ni memang terkenal dengan kos rumah yang mahal, polisi perancangan keluarga yang ketat & peraturan kenderaan yang takde kat Malaysia. Kalau nak beli kereta plak ada syaratnya, jadi ramai yang beli kereta PONTIANAK yang hanya boleh guna masa hujung minggu. Nape nama dia macam ni, korang nak tahu? Sebabnya, kereta ni boleh guna hujung minggu je (kalau nak masuk Malaysia pun boleh) & kena balik sebelum jam 7 petang. 1900 mesti da ada kat perking lot! Lagi satu, plat kereta dia warna merah, nak bezakan dengan kereta biasa. N selalunya yang guna kereta ni keluarga yang ada anak seorang atau 2 orang.


Kereta PONTIANAK

S'Pore ni jugak banyak nama jalan yang unik, jalan-jalan dia banyak lagi yang menggunakan Bahasa Melayu...


LEMBU ROAD


Berakhirlah sudah trip aku ke S'Pore kali ni, tapi sejujurnya aku tak puas pergi sebab aku pergi ni pakej singkat. Kalau korang nak pergi, lebih baik pergi trip sendiri atau pergi dengan orang yang dah biasa pergi...
Okay lah uolls, setakat ni je cerita aku...tune it for next time..tu pun kalau ada orang baca la...wakaka..

 


Thanks for reading this entry!

Wednesday, September 4, 2013

Travelogue : My Overdue Trip to Singapore-Part 1

Assalamualaikum


Sebenarnya trip ni dah lama sangat..'.oberdue' tok entry ni..ada la dalam dekat setahun lebih..sampai terlupa plak pasal trip ni. Ni bukan kali pertama aku pergi Kota Singa ni, kecik-kecik masa baby kepala botak lagi aku dah pergi, jenguk sedara mara dekat sana. Maklum lah, nenek aku sebenarnya ada keturunan Cina Singapore..tapi mana aku nak ingat, sebab masa tu yang aku tahu makan, minum, nangis n dot, dot, dot je.. Masa tu pergi satu famili, termasuk famili kembangan dan terkembang sekali..hehe

Dekat stesen keretapi Singapore...aku yang bertopi-topi tu dengan Mak Teh and abang sedara aku.



Ramai jugak kengkawan aku cakap, apa la ada kat Singapore ni, tecik je..benda semua pun sama je macam kita..mahal lak tu duit..well, tak pergi mana kita tahu kan, kot-kot ada je benda yang lain dari yang lain....Alang-alang dah cuti tak pergi mana, orang plak nak belanja apa lagi kan, rezeki bergolek la..hikhik..

Nak dijadikan cerita, pasal mahal sangat kos semalam hotel di S'Pore tu, kitorang duduk dekat JB je, kiranya pergi balik masuk S'Pore..duk hotel pe aku pun tak ingat dah..yang pasti aku ingat kitorg makan sendiri je, sebab ada dapur bergerak milik Mak Uda aku..haha..so dah save da dari segi makan. Mahal jugak makan kat sini, agaknya pelancong ramai masuk S'Pore kan dari JB.Masa kat JB tu ktorang makan Kacang Pool untuk breakfast...Kacang pool ni bolehlah dikatakan popular di Johor dan Singapura, dan asal2nya makanan yang dibawa masuk oleh orang2 Arab, lama-lama dah jadi satu makanan kebiasaan orang setempat. Buatnya tak susah mana pun & daging kisar antara bahan penting selain kacang pool itu sendiri.Kalau korang nak cuba buat ni resepinya..Kacang Pool




Kacang pool di medan selera kat JB



Aku tak suka sangat telur so aku tak makan la telur tu..tapi sedap kuah die..menjilat jari beb..SERIOUS!



Lepas je sarapan, kitorang bertolak ke S'Pore dengan bas, biasa lah, kena keluar kat terminal tu cop-cop pasport semua, takleh nak tunjuk sebab ada rule tak boleh ambik gambar kat terminal tu..Lepas habis urusan tu semua naik balik bas masuk la S'Pore...



Mula-mula sekali tempat yang dibawa ialah Geylang...tapi macam tak se'best' dulu, menurut ibu and mak cik-mak cik aku..Geylang da lain, lebih kurang macam Bukit Kayu Hitam je...n dah macam Chokit pun ada, banyak kupu-kupu malam***.. So, ktorg jalan-jalan je dalam tu, makan n solat..n boleh terserempak pulak dengan sedara kat sana..rezeki dari Allah, padahal dorang tu duduk jauh dari Geylang..apa ntah nama tempatnya..tu la, dah setahun lebih, aku pun dah lupa da..rupanya dorang tergerak hati hari tu nak pergi Geylang..rupanya nak jumpa sedara lamaaa...



Hari pertama ni pagi tu kitorg banyak sightseeing dari dalam bas je, petang tu baru best, kitorang pergi Universal Studios S'Pore!!





Adik bongsu aku depan glob UNIVERSAL STUDIOS





Depan glob UNIVERSAL STUDIOS, punya la susah nk tunggu benda tu pusing nampak perkataan tu..




Dekat dataran sepanjang dalam UNIVERSAL STUDIOS tu, dengan sepupu aku, Ija





Game cawan pusing-pusing




Sepupu aku, Zikry & adik aku, Arif


















Mak Teh, Aku, Ija, Mak Uda & Ibu









Istana Shrek, nak prasan jadi Fiona jap...ngeee




PUSS IN BOOTS yang merenyam..=p


Rollercoater ni ada dua, bak ang!! Yang biru untuk ALIEN, tak laju sangat, tapi geylong ke kiri ke kanan, yang merah untuk HUMAN, straight je, tapi laju sangat...dua2 aku tak naik..hehe..takut sebab geng xde..

















Pandangan sisi rollercoaster tu

Pintu depan rollercoaster BATTLESTAR GALACTICA




EGYPT WORLD




Ni beriani, tapi mahal giler wehhh! N kenyang sangat, memang perut bergelojak lepas tuh..







Botol air menara, semua pakat-pakat beli sebab nakkan botol, bukan nak minum sangat pun...




BUMBLEBEE <)_



Ni bosan sangat tunggu nak naik Virtual Reality 3D Transformers tu, line panjang giler, berkepam plak tu dengan macam macam orang, siap yang patah balik pun ada...tapi aku tunggu jugak...huhu


So, hari first ni memang padat sangat, sebenarnya tak semua game kitorang sempat main, sebab nak kejar bas sebelum pukul 7 nak keluar dari S'Pore ke JB semula. Rasa rugi jugak la, tapi tak dapat den nak nolong, ikut orang, kena la buat cara ikut..ye dak?..Pape pun, harap semua rasa best la baca entry kali ni, jangan bagi aku malu sensorang...haha. 

Jangan lupa tunggu update untuk next entry! 



Thanks for reading this entry!











Saturday, June 4, 2011

Ekspedisi Ke Gunung Datok, Rembau, Negeri Sembilan..

Pada 12 dan 13 Mac yg lepas, aku & rakan2 seperjuangan dari Persatuan Silat Gayong Kolej Tun Syed Nasir, UKM Kampus KL pergi mendaki Gunung Datok. Gunung tu 711 meter je sebenarnya, sepatutnya bukit, tapi x tau kenapa dpt gelaran gunung, mungkin sbb nama dia Dato' kot, hormat la sket..hehe.
Info sket pasal gunung ni...

 Ketinggian: 711 meter (2,332 kaki) 

Untuk sampai kesana, mudah saja. Dari highway Plus, ambik exit Alor Gajah, roundabout pukul tiga. Terus sampai jumpa simpang tiga. Ambil kiri dan terus sampai jumpa Signboard Hutan  Lipur Gunung Datuk. Masuk dalam tu dan bersedialah untuk menikmati keseronokan mendaki!Dekat puncaknya ada kesan tinggalan tapak kaki Hang Tuah n boleh nampak Selat Melaka kalau berdiri. 


Baru berapa minit daki da tergolek da..buruk beno..hehe




PEMANDANGAN SEPANJANG PERJALANAN KE ATAS

2.
Laluan yg berliku-liku....bak kata org nogori, langkah besau-besau.





2.
Akar kayu pun jadi la..




Posing jap tgh2 hutan ni..tgh berpeluh-peluh ni, tpi kontrol jer..hehe




PERJALANAN KE PUNCAK
Kena hati kering weh nak naik ni..tangga bawah tu xde tali....



Macam mana mau naik?haha


Bongek??!