Assalamualaikum
Hi uolls! Bersua kita lagi untuk sambungan tripaku ke Kota Singa. Dari entry trip ke Singapore- Part 1 yang lepas, aku nak sambung dengan hari kedua plak.
Okay, jadinya esok tu, kitorang masuk S'Pore macam selalu, pagi-pagi cop pasport.
Lepas tu, trip jalan-jalan sekitar bandar..S'Pore ni bangunan dia semua tinggi-tinggi melangit, takde yang bonsai-bonsai..haha. Kawasan S'Pore yang berdekatan dengan laut ni nama die Teluk Marina ataupun Marina Bay dalam bahasa omputih. Marina Bay ni ada satu bangunan berbentuk kapal yang bertindih atas bangunan tinggi. Tempat ni kiranya tempat shopping, hotel, bank..long story short, tempat berhibur dan berlibur di ibu kota. Dekat dengan Marina Bay ni jugak ada patung Merlion yang jadi simbol S'Pore ni, kepala singa, badan ikan....
Pemandangan di Marina Bay (Theatre House yang berbentuk macam durian tu) |
Merlion Park |
Adik aku yang posing poyos..haha |
Tu la kapal atas bangunan tu...cantik kan? Camne la dia buat |
Ibu, Arif & Aku |
MERLION |
Kalau korang nak tahu, disebabkan ruang tanah yang sempit, S'Pore ni memang terkenal dengan kos rumah yang mahal, polisi perancangan keluarga yang ketat & peraturan kenderaan yang takde kat Malaysia. Kalau nak beli kereta plak ada syaratnya, jadi ramai yang beli kereta PONTIANAK yang hanya boleh guna masa hujung minggu. Nape nama dia macam ni, korang nak tahu? Sebabnya, kereta ni boleh guna hujung minggu je (kalau nak masuk Malaysia pun boleh) & kena balik sebelum jam 7 petang. 1900 mesti da ada kat perking lot! Lagi satu, plat kereta dia warna merah, nak bezakan dengan kereta biasa. N selalunya yang guna kereta ni keluarga yang ada anak seorang atau 2 orang.
Kereta PONTIANAK |
S'Pore ni jugak banyak nama jalan yang unik, jalan-jalan dia banyak lagi yang menggunakan Bahasa Melayu...
LEMBU ROAD |
Berakhirlah sudah trip aku ke S'Pore kali ni, tapi sejujurnya aku tak puas pergi sebab aku pergi ni pakej singkat. Kalau korang nak pergi, lebih baik pergi trip sendiri atau pergi dengan orang yang dah biasa pergi...
Okay lah uolls, setakat ni je cerita aku...tune it for next time..tu pun kalau ada orang baca la...wakaka..
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment