See me in other links




Like-like

Showing posts with label Nukilan Untuk Renungan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan Untuk Renungan. Show all posts

Tuesday, July 12, 2016

Dah 25 belum kahwin lagi?

Lagi sebulan umur aku menginjak lagi 1 angka.

25 tahun, kalau ikutkan dah bersamaan dengan suku abad.

Masa ni banyak jugak mulut-mulut bertanya soalan cepumas tu. Bila nak kahwin?

Sebagai seorang yang bersifat optimis, aku selalu gelak-gelak dan buat lawak je. Play it cool. Tapi kadang-kadang bila tengah malam terfikir jugak. People say, night is when silly questions keep you awake. Not that this is a silly question. Tapi, terkesan jugak.

Satu masa dulu, lepas putus 3 tahun, aku pernah terasa kenapa benda tu jadi kat aku? Aku rasa aku dah bersedia dah nak jadi isteri. Masa tu, aku tak rasional. Bila aku dah ada masa untuk diri sendiri, baru aku sedar, aku belum lagi bersedia sebenarnya. Duit pun masih dalam proses menabung, emosi pun masih tak stabil, aku masih sentap-sentap, buli adik aku, sensitif lagi, aku belum kerja lagi, rumah belum beli, kereta takde lagi, lesen pun takde lagi. 

Bukan material dan emosi je aku tak bersedia, dari segi sikap pun belum lagi. Banyak kalau nak cerita, takkan habis. Biarlah jadi rahsia aku. 

Lepas dah semak semula benda-benda tu, aku buat keputusan untuk bersendirian. Walaupun lepas tu, aku ada juga hubungan tapi setahun je aku putuskan sebab aku tak nak lama-lama. Prinsip aku sekarang, kalau nak terus ke peringkat yang serius, tak nak dah bercinta lama-lama. Lagipun, aku nak seorang dulu, sayang diri aku dulu, baru boleh sayang orang lain, dan orang lain tu suami aku terus. 

Perempuan zaman sekarang bukan macam dulu. Dulu kita muda-muda dah kena pikul tanggungjawab jaga rumah, jaga adik, dikahwinkan lagi, nak tak nak kena matang awal. Sekarang kita pun sama manjanya dengan remaja sekolah. Dah 20 tahun pun masih manja, macam mana nak matang awal. Jodoh belum sampai tu adalah sebabnya. Ambil masa dan renungkan, Mana yang tak okey betulkan kasi okey, mana yang kurang tambah bagi cukup rasa, mana yang tak elok tu buang. 




Dan jangan lupa doa tu, Allah Maha Pemurah, rugi kalau kita tak mintak. Sedangkan dulu exam pun doa, takkan nak mintak suami pun tak nak doa sungguh-sungguh. Mintak spesifik tau. Aku ada senarai spesifik untuk calon suami, bukanlah aku memilih, cuma aku pun ada 'preference' tertentu. Dan suatu masa dulu hampir termabkbul sebelum aku perasan, benda yang aku nak dulu, lama-lama dah berkurangan pada orang tu, dan Allah jauhkan aku dengannya. Tak salah minta spesifik ni, yang nak hidup dengan die kita, mesti nak yang kita berkenan kan.

Jadi, untuk para gadis yang kerisauan di luar sana, sabar. Masa yang sesuai akan datang. Jodoh ni ada orang kata datang macam ribut, ada kata datang macam angin. Ada yang terkejut datangnya tiba-tiba, ada yang depan mata tapi kabur tak nampak itu adalah jodohnya sampai satu masa Allah takdirkan, Ada yang jodohnya bertemu dengan orang yang pernah dia sayang, ada yang jodohnya dengan orang yang kenal pun tidak, Macam-macam, Jodoh tu kan misteri, buat apa kita nak rungkai misteri tu sebelum masanya? Hilanglah keistimewaannya.

Sabar...jodoh tu...




Sunday, September 13, 2015

PRK : Antara Politik Kampus dan Negara.

Assalamualaikum wbt,

Suatu masa dahulu, aku selalu mengikut aturan dan peraturan. Pendek kata, aku ialah budak skema yang mengikut sahaja tanpa membantah. Pada satu ketika dahulu, aku mengikuti parti kampus yang pro pentadbiran kerana parti tersebut mempunyai ramai ahli yang memegang jawatan di dalam pentadbiran. Dan, aku berasakan bahawa politik kampus dan negara tiada kaitan sama sekali. Oh, aku sangat salah tentang itu. Setelah 2 tahun bersama parti tersebut aku melihat sendiri kebersamaan dengan parti 'senior' nya dan 'keadilan' yang dikatakan dibawa oleh mereka. Untuk mereka yang tertanya-tanya perihal kaitan politik kampus dan negara, jangan terpedaya dengan kenyataan yang menyatakan tidak bermakna jika anda menyokong a, anda turut menyokong A dan jika anda menyokong b, maka anda turut menyokong B. Hakikatnya, segala-galanya adalah berkait. Dari segi etika kerja, perjuangan, mentaliti serta penindasan ke atas ahlinya. 




Ini kerana aku melihat sendiri buktinya di depan mata. Aku hanya bercakap berdasarkan pengalaman, terpulang mahu mempercayai atau tidak.

1. Etika Kerja/Mentaliti

Etika kerja parti di kampus sama sahaja seperti parti politik negara, cuma dalam skala yang lebih kecil. Mereka yang pro pentadbiran mempunyai mentaliti bahawa pentadbiran telah melakukan terlalu banyak kebaikan, dan para mahasiswa perlu bersyukur atas apa yang telah diberikan walhal apa yang dilakukan oleh pentadbiran merupakan tanggungjawab mereka berikutan mereka dibayar gaji oleh pemberi cukai, bukannya sukarela. Aku akui, memang perlu bersyukur, tapi itu tidak bermakna disebabkan pentadbiran telah memberikan pelbagai faedah, mahasiswa hanya perlu berdiam diri dan menelan sahaja segala yang dilakukan oleh pentadbiran ke atas hak dan kebajikan mahasiswa.

2. Penindasan

Penindasan! Bentuk sahaja berbeza namun matlamat tetap sama, menekan suara mahasiswa dengan pelbagai bentuk penindasan. Pelbagai jenis peraturan baru diwujudkan serta peningkatan yuran secara mendadak tanpa penjelasan menyebabkan para mahasiswa menyuarakan ketidakpuasan hati dan berjuang mempertahankan hak mereka. Namun, teguran dan 'ugutan' secara halus oleh pihak pentadbiran menyebabkan para mahasiswa buntuk untuk membawa suara mereka agar dapat didengari. Terdapat mereka yang diugut dibuang kolej, ditahan keputusan peperiksaan hanya kerana sokongan terhadap parti yang pro mahasiswa. 




3. Perjuangan (Manifesto)

Perjuangan parti yang pro pentadbiran lebih memberatkan kepentingan pentadbiran berbanding dengan parti pro mahasiswa yang lebih cenderung ke arah hak dan kebajikan mahasiswa. Di dalam manifesto sememangnya dikhabarkan perjuangan yang semuanya ke arah mahasiswa namun ketika masalah menimpa, golongan pro pentadbiran lebih banyak berdiam diri dan meminta mahasiswa bersabar walhal mereka wakil yang diharapkan dapat membantu membuat suaru mahasiswa didengari. Sedangkan parti pro mahasiswa akan turun sama berjuang atas dasar kebaijkan. Di atas sebab itulah, parti pro mahasiswa sering dilihat sebagai parti pemberontak dan parti yang kuat melawan. 

Persoalannya, jika tiada parti yang memperjuangkan hak mahasiswa, berkemungkinan suatu hari nanti, tiada lagi parti, sebaliknya hanya calon bebas yang memperjuangkan perjuangan masing-masing. Lihat perbezaannya?

Terima kasih kerana membaca!

Saturday, September 12, 2015

Erti Kemerdekaan

Assalamualaikum w.b.t,




Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Orang tanya apa erti Merdeka! Macam-macam jawapan yang ada, Perpaduan; Keharmonian; Kejayaan dan sebagainya. Semua tu betul. Bagi aku pulak, erti kemerdekaan ialah merdeka di tanah air sendiri. Merdeka untuk meluahkan asalkan tidak melampaui batas. 

Apa guna laungkan merdeka sedangkan hanya secara lahiriah tetapi bukan secara batin. Apa guna merdeka tapi suara ditekan dan hidup dalam tekanan. Apa guna merdeka jika segala aspek dikawal dan dipolitikkan. Suara rakyat marhaen tidak dibenarkan dinaikkan volumnya. Mahasiswa tidak lagi menjadi penggerak masyarakat tetapi hanya sekadar robot yang diprogramkan untuk menerima arahan.




Berlalu sudah zaman di mana pendidik dan ahli akademik menjadi suara rakyat yang tertindas. Mereka yang diharapkan menjadi penggerak memartabatkan perjuangan mencari kebenaran kini lebih berminat menjaga periuk nasi masing-masing. Walau kedengaran kasar, tapi inilah hakikatnya. Mereka ini diharapkan masyarakat dek kerana mereka berilmu dan dihormati. Akan tetapi, apakah yang berlaku jika mereka turut sama dalam 'perjuangan' politik yang mementingkan keuntungan? Secara peribadinya, aku sendiri pernah ditegur dan di'ugut' secara halus oleh golongan ini ketika ingin mengutarakan isu yang melibatkan penindasan mahasiswa. Ketika mahasiswa ditindas haknya, penyuaraan untuk memperjuangkan secebis keadilan dihalang dengan alasan pelajar hanya perlu belajar. Ugutan halus seperti penggantungan pelajar dan penarikan keputusan peperiksaan dijadikan senjata untuk menyekat suara mahasiswa harapan negara. 





Merdeka bukan hanya pada nama, tetapi merdeka pada minda.

Friday, August 7, 2015

Usah Menunggu.

Assalamualaikum 

Para gadis sekalian, pernah dengar hadis ini?

Dari Abu Abdullah bin 'Amr Radhiyallahu' Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda, "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah' '

(HR. Muslim: 3649, Nasai, Ibnu Majah)

Bagitu tingginya darjat dan maruah seorang wanita di sisi Islam sehingga lelaki perlu memberi mahar untuk dinikahi. Wanita tidak dibenarkan mempamer aurat dan kecantikan yang dimiliki. Wanita dijaga dan ditatang kerana wanitalah yang akan mencorakkan keturunan.

Namun, kebelakangan ini, wanita seakan tidak menyedari nilai mereka sendiri. Mereka menjual maruah, bercinta, bertukar-tukar pasangan dan membiarkan diri menjadi pameran. 

Wahai gadisku, mengapa ingin merendahkan diri? Mengapa memberi peluang lelaki ajnabi merasai kemanisan dirimu. Mengapa bercinta sebelum dinikahi, sebelum sah menjadi miliknya? Wanita, sungguh mahal dan istimewa dirimu, hatta senyuman dan lirikanmu sahaja berupaya meruntuhkan iman seorang lelaki. 

Mengapa mengejar perhatian sang jejaka? 

Pada yang telah terlanjur bercinta, sanggup berjanji untuk menunggu bertahun-tahun. Dengan pelbagai alasan yang diberikan si lelaki.  Janganlah disangkutkan pada alasan untuk mengenali hati budi. Hakikatnya, walau bertahun bercinta, takkan dapat mengenali dirinya yang sebenar, apa yang dikenali hanyalah sekadar lakonannya . Pastikah kalian yang dengan menunggu dia, dia akan setia menunaikan janjinya? Apa jaminan yang diberikan selain kata dari mulutnya untuk setia? Ketahuilah, lelaki yang benar-benar ikhlas dan serius dengan kamu tidak akan mengajakmu bercinta, sebaliknya akan mendekatimu dalam keadaan dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Lelaki yang mengajakmu bercinta dan mengenali dirinya sebenarnya hanya mengajakmu mengenali zina. Seorang lelaki yang mengajak kalian bercinta, tambahan pula untuk bertahun lamanya, sebenarnya belum bersedia untuk bernikah. Besar kemungkinan dia masih mencari-cari dan menguji-uji anda sama ada sesuai untuk dijadikan surinya. 

Jika berhadapan dengan lelaki yang mahukan anda, tapi ingin mengajak anda bercinta, berikan padanya dua pilihan; Halalkan atau Tinggalkan. Percayalah pada jodoh, seandainya telah ditentukan, sejauh mana pun akan tetap bersatu.




Elakkanlah diri anda menunggu sesuatu yang belum pasti. Jangan risau, jodoh tetap akan sampai pada waktu dan masa yang telah ditetapkan, dalam keadaan kedua-dua hati telah bersedia. In sha Allah.



Terima kasih kerana membaca!


Monday, July 20, 2015

Tenanglah Wahai Hatiku!


Bukan sesuatu yang mudah untuk redha dalam ditimpa ujian. Terutama dalam ujian yang melibatkan hati dan perasaan. Kata orang bijak pandai, jika mahu melemahkan seseorang, serangilah hatinya terlebih dahulu. Kerana dari hatilah munculnya kekuatan dan semangat. Hati yang dilemahkan amat mudah sekali untuk disesatkan.

Saat hati tidak rela untuk melepaskan, perpisahan terjadi membuatkan hati terluka, Insan yang diharapkan menjadi peneman hidup ternyata tidak seperti yang disangka, Impian yang disulam selama ini tidak menjadi kenyataan. 

Paling penting untuk kita lakukan adalah belajar untuk menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah membawa haluan sendiri. Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik. 

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan? Kalau dah jodoh takkan ke mana.
Redhalah dengan ketentuanNYA. 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
Tabahlah wahai hati!
Menangislah andai dapat melegakan. Bersedih itu tidak dihalang sama sekali, tetapi usah sehingga meratapi nasib. Jangan lupa seandainya manusia yang kita cintai boleh meninggalkan kita, Allah takkan pernah dan tidak pernah meninggalkan kita. Tiada cinta seagung cinta Allah pada hambaNya. 

Jikalau cinta manusia jika tidak dihargai dan disakiti boleh membuatkan perasaan itu pudar. Namun tidak bagi cinta Allah, Sejauh mana kita meninggalkanNya, kita mengingkariNya, Allah tetap ada. Dan tatkala kita kembali kepadaNya, Allah menerima kita dengan sepenuhnya.

Ini ada satu cerita perihal jodoh yang boleh diambil iktibar.

Seorang wanita ni amat mencintai seorang lelaki yang soleh. Dia wanita yang baik dan suka menolong orang. Setiap hari dia berdoa "ya Allah jika dia milikku takdirkanlah. Jika tak baik aku redha. Mudahkanlah segalanya ya Allah" Dia diam-diam mencintai seorang lelaki tadi yang juga sangat baik sifatnya semenjak remaja.

Satu hari semasa solat di masjid semasa umur 26 tahun. Rasa dah terlambat dapat jodoh. Lelaki tadi yang sebaya dengannya ternampak wanita tadi. Dia kejar sampai rumah. Dia jumpa mak ayah perempuan tadi. Rupanya lelaki tadi juga terfikir tentang jodoh. Dia tak kenal gadis tadi. Tapi Allah beri rasa berdebar melihatnya. Suka melihatnya. Dia bertanya jika wanita tadi sudah berpunya atau belum. Dia terangkan hajatnya pada ayah gadis tadi.

Berbual-bual rupanya kenal gadis tadi. Gadis tadi tak cerita dengan sesiapapun. Sehinggalah selepas nikah, wanita tadi kata pada lelaki tadi bahawa dia suka lelaki tadi semenjak belajar. Dia jaga diri dan jaga perintah Allah sehingga hari ni.

Siapa tahu urusan takdir Allah. Dia takdirkan semuanya. Bila dia kehendak sesuatu. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia nak kita balik padanya. Dunia sementara, akhirat selama-lamanya. Doalah pada Allah yang maha kaya. Bersyukur dengan segala nikmat dan kurnia Allah. Hargailah orang yang kita sayang.


-Ustaz Ebit Lew-

Thanks for reading this entry! 

Tuesday, July 14, 2015

Segalanya mungkin dengan Doa

Assalamualaikum w.b.t,

Maksud nama aku Farhana - Yang Riang Gembira, Dari kecik sampai besar aku sentiasa ceria. kalau sedih pun kejap je. Aku sentiasa berfikiran positif, pakej sekali kot dengan keceriaan tu. Optimistik aku ni plak kadang ibu ayah aku pun pening. Aku rileks je tak dapat tempat belajar dulu, rileks je masa mintak MRSM dulu, ibu ayah aku yang dok pening bebel-bebel kat aku. Tapi sebenarnya tak, aku doa jugak, tapi aku sangat yakin dengan doa tu jadi aku berserah kepada Allah. Andai ditakdirkan doa aku tak dimakbulkan, maknanya ada benda yang Allah tengah susun untuk aku, aku kena terima, sabar, jangan berhenti berdoa dan yang paling penting, yakin.

"Sifir doa yang dimakbulkan adalah KEYAKINAN bahawa Allah Maha Memakbulkan. Aku mengikut sangkaan hambaKu"

See, He is what we perceived Him to be. Kalau kita suka cakap Allah takkan makbulkan, Allah tak pernah makbulkan, kita tak yakin, memang tak la Allah nak makbulkan. Cuba bayangkan, korang mintak benda dari mak korang, then mak korang belum bagi lagi, korang dok cakap "Mak mesti taknak bagi", dalam hati plak cakap " Takde harapan je nak dapat ni.."..bayangkan kalau mak korang dengar, apa perasaan dia, Mesti dia nak bagi pun dia akan terasa. Maybe tak nak bagi pun ada akhirnya. Ye la, dah anak dia cakap macam tu. Macam tu la jugak doa, walau aspeknya lebih besar yakni Tuhan, tapi kalau kita negatif, negatif la hasilnya. 



Aku pegang kata-kata ni, aku sendiri pernah rasa manisnya keyakinan tu. Doa tu senjata Mukmin. Selemah-lemah pengharapan. Percayalah...kadang lambat, tapi kena sabar. Aku sekarang tengah mendoakan insan-insan yang aku sayangi, tapi aku akui lambat dimakbulkan tapi sabar la aku mampu. Ada hikmahNya yang sedang berlaku. 




Aku jugak pernah dizalimi. aku pernah doa benda ni suatu ketika dulu, tapi lama-lama tak sampai hati pulak. Aku takut orang tu jadi apa-apa, Doa orang yang dizalimi ni tak berhijab, bahaya. Jadi, aku doakan orang yang menzalimi tu berubah dan sedar. Alhamdulillah, ada yang telah dimakbulkan, dia sendiri datang minta maaf pada aku. Beruntung bagi mereka yang didoakan oleh saudaranya. Aku harap ada juga antara keluarga dan kenalan aku yang turut mendoakan aku. Doa yang sebab kasih sayang ni lagi kuat sebenarnya, sebab ada elemen ikhlas. 




Ya Allah, 
Aku berlindung kepada Mu dari seksa kubur, 
dari seksa neraka jahannam, 
dari fitnah hidup dan mati, 
dan dari fitnah dajjal.


Tapi, dalam banyak-banyak doa la kan, aku rasa ini yang paling penting dan paling relevan sekarang ni. Kita hidup di akhir zaman, bermacam dugaan dan tanda yang Allah dah bagi, antara cara nak lindungi diri amalkan lah doa ini selalu. Saling ingat-mengingati...

Terima kasih kerana membaca!

Saturday, September 20, 2014

Muhasabah Hati

Assalamualaikum w.b.t,

Entri kali ni agak peribadi buat aku. Aku jarang luah perasaan kat laman sosial, aku suka post benda-benda bermisteri je kalau aku emo..hehe... Cuma kali ni je aku rasa terpanggil nak meluahkan perasaan dengan harapan ada antara di luar sana yang dapat ambil pengajaran. 

Hati aku baru sahaja dilukakan..nak cakap sebab cinta? Ye, mungkin...tapi sebenarnya sebabnya mendalam lagi.

Walau dari luarannya nampak ganas kemain (dengar Green Day, Good Charlotte, My Chemical Romance, Linkin Park, Paramore..huihh..ganas) tapi sebenarnya tu siang je, malam-malam aku dengar Slam, Spring, Hattan, Newboyz, Tommy Page, segala mak nenek jiwang aku dengar sambil tersedu syahdu...ahaks...itu lah aku, luar nampak keras, dalam lembut...aku ni umpama buku omputih tu, tapi diterbalikkan, act like a man, think like a lady.... Oleh yang demikian, bila jadi benda-benda yang buat aku sentap dan sensitif, aku akan selalu menyorok menangis...kadang-kadang malam-malam buta aku dok mengongoi sorang-sorang. 

Puncanya? 

Sebab diri aku jugak. Aku biarkan diri aku hanyut dalam kisah pahit derita dunia sedangkan banyak lagi perkara lebih penting patut aku tangisi dan risaukan. Umpamanya bila saat putus cinta, aku menangis, baling barang dan teddy bear, jerit, maki-maki dalam hati, rasa macam dunia dah berakhir...por favor, forgive me...tu masa aku emo yang amat..ahahh...tapi bila lama-lama aku rasa sia-sia je aku bersedih dan membazir air mata kerana perkara yang belum pasti. Lama jugak masa aku ambil nak ubat hati aku dan teruskan hidup. Apa yang aku boleh cakap, semua tu perlu 3 benda ni.

1. Yakin dan Redha
Pernah dengar ayat macam ini?

"Kadangkala kita tengok si dia macam kuat dan tabah, tapi kita tak tahu yang dia sebenarnya dah koyak rabak. 
Tulang-tulangnya dah habis lunyai, tiada kudrat yang berbaki.
Tetapi mengapa dia masih berdiri?
Kerna keyakinannya pada Allah, menjadi ruh yang mengangkat tubuhnya, jauh lebih tinggi daripada kita semua."



Bila kita come accross ayat macam ni waktu kita bahagia, kita takde rasa, tapi bila kita sendiri berada dalam situasi ni, kita akan rasa kebenarannya. Aku rasa aku kuat dan boleh lagi hidup atas bumi ni sebab aku yakin adanya Allah S.W.T. Kalau nak ubati hati yang terluka dan nak kuat, benda first sekali perlu buat adalah yakin semua yang berlaku ada hikmahnya. Lepas tu redha atas ketentuannya. Kita belum tahu, mungkin apa yang Allah ambil, Dia akan beri ganti 100 kali lebih baik sampai waktu tu kita rasa syukur sangat Allah tarik apa yang kita sayang dulu. Tapi ingat, Allah bukan hanya di waktu kita susah tapi setiap masa kita perlu ingatkanNya. Supaya bila kita susah kita tak rasa malu, macam aku pernah rasa dulu. Aku mengaku waktu aku giat bercinta, aku kadang-kadang agak jauh dari Allah. Bila aku lalui benda tu, aku rasa malu nak menadah tangan minta tolong. Bila fikir balik, takkan selamanya aku nak jauh kan? Mungkin ini cara Allah mengingatkan aku akan kasih sayangNya.

2. Memaafkan

Masa aku kena semua benda tu, aku menangis, sedih dan yang paling banyak aku rasa adalah marah. Aku marah sangat sebab aku rasa tertipu dan benda tu lagi memburukkan keadaan sebab macam-macam aku cakap yang aku takde niat pun. Semua sebab seketul hati yang dikuasai amarah. 


“Cara hendak melupakan apa yang orang buat terhadap kita, senang sahaja, Kita ingatkan ketika kita hendak mati. Masa kita hendak mati itu, penting atau tidak, orang yang menyakitkan hati kita itu? Masa kita dalam saat nazak itu, kita tidak fikir tentang orang lagi, yang kita fikirkan hanya tentang hal kita sahaja. Oleh itu, maafkan semua kesalahan orang, kita akan tenang di dunia dan di akhirat.” Prof Dr Muhaya


Aku suka dengan kata-kata Prof Muhaya ni. Kalau kita simpan marah dan dendam tu, kita akan rasa lebih sakit sebenarnya. Orang yang buat kita tu pun mungkin takde rasa apa-apa pun, tapi kita marah tak tentu hala kat dia. Marah tu bertukar jadi frust sebab kita tak boleh nak marah atau sakiti dia, kemudian kita rasa dendam dan geram dan akhirnya rasa sedih. Akibatnya, kita yang akan lebih derita. Seminggu pertama aku lalui ujian ini, aku amalkan sebelum tidur baca doa dan memaafkan semua orang terutama dia yang menyakiti aku. Amalan ini buat aku tidur lebih lena dan lebih tenang.

3. Bersemuka dengan masalah 

Sebelum ni kalau aku ada masalah aku suka sangat tidur. Pendek kata, kalau nampak aku asyik tidur je, maknanya aku ada masalah besar yang aku tak nak hadapi...aku suka sangat tidur sebab dengan hanya dengan tidur dapat mengelakkan aku dari berfikir dan teringat kat benda tu. Bila aku tidur, aku siap reka mimpi indah siap-siap supaya dapat lari dari masalah aku. Pelik-pelik kadang-kadang mimpi aku, tapi ada yang seronok so that bila aku bangun aku rasa terpujuk. Aku pernah tidur macam ni sebulan lamanya..it's not a good thing. Aku jadi pemalas, jadi lembap, masa tidur aku tunggang langgang, kerja aku tak siap...dan aku jadi bitter...semua benda aku rasa negatif. Semua benda jadi salah. 

Then, one day i decided to really wake up and settle my problems..bila aku hadapi semuanya, saat aku dah tak rasa sedih lagi tu la saat paling indah dalam hidup. Betul, tak tipu..hihi..Aku rasa konfiden dan rasa diri aku deserve better...bak kata L'oreal...Kerana Dirimu Begitu Berharga,,heee...

Aku mula bangun macam biasa, selesaikan semua kerja bertangguh dan buat rancangan untuk diri aku. Mulakan balik hobi-hobi aku dan buat benda kegemaran aku barulah aku rasa masalah aku boleh diatasi.

"There are some who avoid all the pain that will come with the fall. But if that's the case it would surely erase all the joy that you feel when the hurt fades away"

See what I mean? Rugi kan kalau terus lari je? 



I was and am depressed..but i did and will pick myself up.. I used to resort to sleeping in the hope that i won't have to think about it and confront my problems. Sometimes I even concocted wonderful dreams about the situation to fix my emotions so that when i woke up i will feel better, but it was a fantasy, and fantasies won't last. Waking up is the only solution, literally... 

"I was depressed at one time and it's true, i slept a lot. Because i didn't want to handle it; i don't know how to solve my problem, i can't motivate myself and others couldn't motivate me, so i resort to sleeping it off. It's not, at all, a solution, believe me. Alhamdulillah, i got over it. How? I talked to myself in the mirror. Sometimes i get the answers when i ask them out loud. I tried asking people, but for some reason, talking to myself got me to see what my core problem was. Hehe! Kita boleh doa, mintak petunjuk dari Allah yang Maha Memahami, tapi kalau kita punya thoughts serabut, soalan pun takde direction, Allah bagi jawapan depan mata pun kita takkan sedar. Know what we want, and ask the right questions. That way, we will get our answers, in sha Allah. To my depressed sweethearts, susun atur your thoughts and feelings. Jangan lama sangat depressed tu, sebab tak bermanfaat. Setan pun lagi suka. Life must be lived, so get up and take action. Ask. Ask for help. Ask yourself. Ask Allah for guidance. In sha Allah, He will answer your prayers." Maria Elena

The most important thing of all, bila ada masalah keep your family and friends close...tak salah nak confide in them. Mintak sokongan dorang dan pastikan join semua aktiviti bersama. It's a way to forget your problems too..

Hope my post can benefit you guys out there who's going through a tough time. Remember that it's just a rough patch and pick yourself up... =)

Have a good day..

Thanks for reading this entry!

Wednesday, January 2, 2013

Tips : Cantik dengan Islam

Assalamualaikum

         Kat sini aku nak kongsi sedikit peringatan buat wanita-wanita seluruh dunia. Pada korang semua dan untuk diri aku jugak, x perlu tepek make up tebal-tebal, bergaya dengan baju yang mahal, nak cantik, cukup sekadar menggunakan apa yang Allah dah beri pada kita

1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.

2. Untuk memiliki mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang kita jumpa.

3. Untuk memiliki bentuk badan yang langsing, berilah makanan kepada mereka yang kelaparan.

4. Untuk memilki rambut yang indah, minta seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jari-jemarinya
    setiap hari.

5. Untuk memiliki gaya tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan kita tidak akan
    berjalan sendirian.

 
        Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, tempat cinta dapat berkembang. Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta.
       
Wanita yang cantik adalah wanita yang menjaga harga dirinya.

Thank you for reading this entry!