Bukan sesuatu yang mudah untuk redha dalam ditimpa ujian. Terutama dalam ujian yang melibatkan hati dan perasaan. Kata orang bijak pandai, jika mahu melemahkan seseorang, serangilah hatinya terlebih dahulu. Kerana dari hatilah munculnya kekuatan dan semangat. Hati yang dilemahkan amat mudah sekali untuk disesatkan.
Saat hati tidak rela untuk melepaskan, perpisahan terjadi membuatkan hati terluka, Insan yang diharapkan menjadi peneman hidup ternyata tidak seperti yang disangka, Impian yang disulam selama ini tidak menjadi kenyataan.
Paling penting untuk kita lakukan adalah belajar untuk menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah membawa haluan sendiri. Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.
Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan? Kalau dah jodoh takkan ke mana.
Redhalah dengan ketentuanNYA.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[2:216]
Tabahlah wahai hati!
Menangislah andai dapat melegakan. Bersedih itu tidak dihalang sama sekali, tetapi usah sehingga meratapi nasib. Jangan lupa seandainya manusia yang kita cintai boleh meninggalkan kita, Allah takkan pernah dan tidak pernah meninggalkan kita. Tiada cinta seagung cinta Allah pada hambaNya.
Jikalau cinta manusia jika tidak dihargai dan disakiti boleh membuatkan perasaan itu pudar. Namun tidak bagi cinta Allah, Sejauh mana kita meninggalkanNya, kita mengingkariNya, Allah tetap ada. Dan tatkala kita kembali kepadaNya, Allah menerima kita dengan sepenuhnya.
Ini ada satu cerita perihal jodoh yang boleh diambil iktibar.
Ini ada satu cerita perihal jodoh yang boleh diambil iktibar.
Seorang wanita ni amat mencintai seorang lelaki yang soleh. Dia wanita
yang baik dan suka menolong orang. Setiap hari dia berdoa "ya Allah jika
dia milikku takdirkanlah. Jika tak baik aku redha. Mudahkanlah segalanya ya
Allah" Dia diam-diam mencintai seorang lelaki tadi yang juga sangat baik
sifatnya semenjak remaja.
Satu hari semasa solat di masjid semasa umur 26 tahun. Rasa dah terlambat
dapat jodoh. Lelaki tadi yang sebaya dengannya ternampak wanita tadi. Dia kejar
sampai rumah. Dia jumpa mak ayah perempuan tadi. Rupanya lelaki tadi juga
terfikir tentang jodoh. Dia tak kenal gadis tadi. Tapi Allah beri rasa berdebar
melihatnya. Suka melihatnya. Dia bertanya jika wanita tadi sudah berpunya atau
belum. Dia terangkan hajatnya pada ayah gadis tadi.
Berbual-bual rupanya kenal gadis tadi. Gadis tadi tak cerita dengan
sesiapapun. Sehinggalah selepas nikah, wanita tadi kata pada lelaki tadi bahawa
dia suka lelaki tadi semenjak belajar. Dia jaga diri dan jaga perintah Allah
sehingga hari ni.
Siapa tahu urusan takdir Allah. Dia takdirkan semuanya. Bila dia kehendak
sesuatu. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia nak kita balik padanya.
Dunia sementara, akhirat selama-lamanya. Doalah pada Allah yang maha kaya.
Bersyukur dengan segala nikmat dan kurnia Allah. Hargailah orang yang kita
sayang.
-Ustaz Ebit Lew-
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment