See me in other links




Like-like

Monday, September 15, 2014

Penyelidikan : Research Assistant/Pembantu Penyelidik di UKM (Dana Penyelidikan)

Assalamualaikum w.b.t,

Al-kisahnya aku sejak dah habis belajar ni aku menanam lah anggur seketika kat rumah. Kononnya tak nak ganggu cuti raya.... 

Habis je raya, aku kena mula kerja.....cerita macam mana aku dapat kerja bermula sebulan sebelum tarikh penghantaran tesis.

Waktu habis degree hari tu, aku dah apply untuk master dalam bentuk research, tapi sementara nak menunggu dapat surat tu, aku ditawarkan jadi Research Assistant (RA) atau dalam bahasa jawa nya Pembantu Penyelidik..haha.. 

Nak jadi RA ni banyak juga prosedur nya..inilah yang buat aku dengan semua member aku pening kepala...maklum lah ini kiranya dah keluar ke alam pekerjaan..hukhuk...jom tengok apa langkah-langkahnya...prosedur ini hanya untuk RA yang akan menggunakan Dana Penyelidikan sahaja. Kalau Dana Pusat/Jabatan di bawah seliaan penyelia..

1. Surat Tawaran RA
Opkos, kalau nak jadi RA perlu dapatkan persetujuan/lulus interview/ditawarkan oleh mana-mana pensyarah/pegawai yang akan jadi penyelia @ supervisor kita..dan surat tu perlu bertarikh.

2. Borang RA
Untuk pelajar UKM, urusan perlantikan RA diuruskan oleh Pusat Penyelidikan dan Instrumentasi atau CRIM kat UKM Bangi. Bangunan ni dekat dengan Kolej Ibu Zain..boleh naik bas zon 6 dan jalan sikit daki bukit. Aku dah pergi, peramah sangat stafnya semua..=)

Berbalik pada borang-borang berkaitan, ada 4 borang semuanya...

*Borang Permohonan Pembantu Penyelidik
*Borang Maklumat Diri Pembantu Penyelidik
*Surat Akuan Penerimaan Tawaran Pembantu Penyelidik RA (Sementara)
*Surat Pengesahan Lapor Diri Pembantu Penyelidik RA

dan perlu dilampirkan beberapa benda..

*Surat Tawaran RA
*Keputusan peperiksaan akhir
*Salinan Fotostat IC
*Salinan Buku Akaun/Slip Penyata
*Sijil-sijil lain (sukati korang k yang ni, nak bagi sijil MUET ke, SPM ke, LI ke..yang mana dirasakan sesuai)

Korang perlu ada kod projek, kelulusan dari penyelia dan dekan, nama projek dan jangkamasa projek. Tapi kalau jadi RA, maksimum hanya 6 bulan sahaja, selepas tu perlu buat permohonan baru.

Isi dan sahkan semuanya dan hantar kat pejabat CRIM.

           *****
Okey, selepas sebulan, sepatutnya korang akan dapat jawapan...akan dapat kol ataupun emel mengatakan lulus atau tak. Bila dah lulus, ada lagi borang yang korang kena isi, ini langkah terakhir sebelum gaji masuk..ka-chingg!!

3. Borang Pengesahan
Borang ni ada 4, 2 daripadanya sama dengan borang RA.

**Surat Akuan Penerimaan Tawaran Pembantu Penyelidik RA (Sementara)
**Surat Pengesahan Lapor Diri Pembantu Penyelidik RA
*Surat Akuan Sumpah Bukan Penagih Dadah
*Laporan Pemeriksaan Kesihatan Untuk Memasuki Perkhidmatan UKM

Untuk Surat Akuan Sumpah Bukan Penagih Dadah, korang perlu angkat sumpah depan Pesuruhjaya Sumpah. Boleh pergi swasta atau kerajaan.

Medical check up plak yang lengkap dan boleh buat kat Hospital Kerajaan/Universiti/Swasta.

Bila dah lengkap semua, hantar pada CRIM...kira setel!!

Harapnya entri ni dapat membantu serba sedikit terutama kawan-kawan aku yang nak sambung sebagai RA tu...ehem..ehem..

Thanks for reading this entry!

1 comment:

Unknown said...

Salam. Nk tny, ad x cth surat lantikn sbg RA?