See me in other links




Like-like

Sunday, September 13, 2015

PRK : Antara Politik Kampus dan Negara.

Assalamualaikum wbt,

Suatu masa dahulu, aku selalu mengikut aturan dan peraturan. Pendek kata, aku ialah budak skema yang mengikut sahaja tanpa membantah. Pada satu ketika dahulu, aku mengikuti parti kampus yang pro pentadbiran kerana parti tersebut mempunyai ramai ahli yang memegang jawatan di dalam pentadbiran. Dan, aku berasakan bahawa politik kampus dan negara tiada kaitan sama sekali. Oh, aku sangat salah tentang itu. Setelah 2 tahun bersama parti tersebut aku melihat sendiri kebersamaan dengan parti 'senior' nya dan 'keadilan' yang dikatakan dibawa oleh mereka. Untuk mereka yang tertanya-tanya perihal kaitan politik kampus dan negara, jangan terpedaya dengan kenyataan yang menyatakan tidak bermakna jika anda menyokong a, anda turut menyokong A dan jika anda menyokong b, maka anda turut menyokong B. Hakikatnya, segala-galanya adalah berkait. Dari segi etika kerja, perjuangan, mentaliti serta penindasan ke atas ahlinya. 




Ini kerana aku melihat sendiri buktinya di depan mata. Aku hanya bercakap berdasarkan pengalaman, terpulang mahu mempercayai atau tidak.

1. Etika Kerja/Mentaliti

Etika kerja parti di kampus sama sahaja seperti parti politik negara, cuma dalam skala yang lebih kecil. Mereka yang pro pentadbiran mempunyai mentaliti bahawa pentadbiran telah melakukan terlalu banyak kebaikan, dan para mahasiswa perlu bersyukur atas apa yang telah diberikan walhal apa yang dilakukan oleh pentadbiran merupakan tanggungjawab mereka berikutan mereka dibayar gaji oleh pemberi cukai, bukannya sukarela. Aku akui, memang perlu bersyukur, tapi itu tidak bermakna disebabkan pentadbiran telah memberikan pelbagai faedah, mahasiswa hanya perlu berdiam diri dan menelan sahaja segala yang dilakukan oleh pentadbiran ke atas hak dan kebajikan mahasiswa.

2. Penindasan

Penindasan! Bentuk sahaja berbeza namun matlamat tetap sama, menekan suara mahasiswa dengan pelbagai bentuk penindasan. Pelbagai jenis peraturan baru diwujudkan serta peningkatan yuran secara mendadak tanpa penjelasan menyebabkan para mahasiswa menyuarakan ketidakpuasan hati dan berjuang mempertahankan hak mereka. Namun, teguran dan 'ugutan' secara halus oleh pihak pentadbiran menyebabkan para mahasiswa buntuk untuk membawa suara mereka agar dapat didengari. Terdapat mereka yang diugut dibuang kolej, ditahan keputusan peperiksaan hanya kerana sokongan terhadap parti yang pro mahasiswa. 




3. Perjuangan (Manifesto)

Perjuangan parti yang pro pentadbiran lebih memberatkan kepentingan pentadbiran berbanding dengan parti pro mahasiswa yang lebih cenderung ke arah hak dan kebajikan mahasiswa. Di dalam manifesto sememangnya dikhabarkan perjuangan yang semuanya ke arah mahasiswa namun ketika masalah menimpa, golongan pro pentadbiran lebih banyak berdiam diri dan meminta mahasiswa bersabar walhal mereka wakil yang diharapkan dapat membantu membuat suaru mahasiswa didengari. Sedangkan parti pro mahasiswa akan turun sama berjuang atas dasar kebaijkan. Di atas sebab itulah, parti pro mahasiswa sering dilihat sebagai parti pemberontak dan parti yang kuat melawan. 

Persoalannya, jika tiada parti yang memperjuangkan hak mahasiswa, berkemungkinan suatu hari nanti, tiada lagi parti, sebaliknya hanya calon bebas yang memperjuangkan perjuangan masing-masing. Lihat perbezaannya?

Terima kasih kerana membaca!

1 comment:

Anonymous said...

Best UK online casino site | LuckyClub
Discover the top UK online casino sites to play with real money. Get £50 bonus with £5 free spins. online gambling 카지노사이트luckclub sites – but only here at Lucky Club.