See me in other links




Like-like

Saturday, September 12, 2015

Minda Bisnes : Jeruk Asam Boi Cili Api!

Assalamualaikum w.b.t,

Sejak kenaikan matawang 1 Ringgit Malaysia bersamaan dengan 4.4 USD ni, kos sara hidup yang dah sedia tinggi ni menjadi semakin terik. Para mahasiswa adalah antara golongan yang paling terkesan dengan kejadian ini. Yuran naik, bil naik, segala-galanya naik. Keadaan ni menyebabkan pelajar terpaksa mencari alternatif lain bagi menampung kos sara hidup. Cara paling mudah, berniaga!!! Aku pun turut sama sebab elaun GRA aku kena sekat dan aku ada lagi setengah tahun untuk menghabiskan Master. Aku berniaga macam-macam; kacang, macaroon, kain saree, asam dan yang paling laku dan paling best; Jeruk Asam Boi Cili Api!

















Modalnya tak memerlukan belanja yang banyak, cuma buah (aku buat epal, betik & mangga), asam boi, cili api, garam dan sedikit air gula.  Resepi ni asalnya dari sepupu aku belah Jawa. Orang Jawa da lama buat benda ni sebelum jadi trend lagi. Tapi dulu aku tak berapa gemar sebab podehh...sekarang je dah boleh adjust deria rasa. Omputih kata, desperate times call for desperate measures, tapi pada aku, dalam keadaan desperado nilah kita dapat kenali potensi dan minat sebenar kita. Bangga untuk aku kata, yang aku minat berniaga, walau dulu aku eksyen sikit nak kena jual dari orang ke orang...heh..heh.. Manusia boleh berubah kan? Semoga pencarian rezeki aku halal dan bermanfaat ke atas semua. Aminn...

Terima kasih kerana membaca!




No comments: