See me in other links




Like-like

Saturday, September 12, 2015

Erti Kemerdekaan

Assalamualaikum w.b.t,




Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Orang tanya apa erti Merdeka! Macam-macam jawapan yang ada, Perpaduan; Keharmonian; Kejayaan dan sebagainya. Semua tu betul. Bagi aku pulak, erti kemerdekaan ialah merdeka di tanah air sendiri. Merdeka untuk meluahkan asalkan tidak melampaui batas. 

Apa guna laungkan merdeka sedangkan hanya secara lahiriah tetapi bukan secara batin. Apa guna merdeka tapi suara ditekan dan hidup dalam tekanan. Apa guna merdeka jika segala aspek dikawal dan dipolitikkan. Suara rakyat marhaen tidak dibenarkan dinaikkan volumnya. Mahasiswa tidak lagi menjadi penggerak masyarakat tetapi hanya sekadar robot yang diprogramkan untuk menerima arahan.




Berlalu sudah zaman di mana pendidik dan ahli akademik menjadi suara rakyat yang tertindas. Mereka yang diharapkan menjadi penggerak memartabatkan perjuangan mencari kebenaran kini lebih berminat menjaga periuk nasi masing-masing. Walau kedengaran kasar, tapi inilah hakikatnya. Mereka ini diharapkan masyarakat dek kerana mereka berilmu dan dihormati. Akan tetapi, apakah yang berlaku jika mereka turut sama dalam 'perjuangan' politik yang mementingkan keuntungan? Secara peribadinya, aku sendiri pernah ditegur dan di'ugut' secara halus oleh golongan ini ketika ingin mengutarakan isu yang melibatkan penindasan mahasiswa. Ketika mahasiswa ditindas haknya, penyuaraan untuk memperjuangkan secebis keadilan dihalang dengan alasan pelajar hanya perlu belajar. Ugutan halus seperti penggantungan pelajar dan penarikan keputusan peperiksaan dijadikan senjata untuk menyekat suara mahasiswa harapan negara. 





Merdeka bukan hanya pada nama, tetapi merdeka pada minda.

No comments: