See me in other links




Like-like

Saturday, September 12, 2015

MATTA Fair 2015!

Assalamualaikum wbt,


Minggu lepas, aku ke MATTA Fair @ PWTC. Event ni 3 hari, dari 4-6 September 2015. MATTA Fair ni setiap tahun akan diadakan untuk mereka yang nak melancong. Masa ni semua syarikat dan agensi pelancongan akan ada selain organisasi pelancongan negara-negara tertentu (gambar dari Google).











Suatu ketika dulu, aku pernah berangan-angan nak ke Istanbul. Terutama lepas tengok cite Istanbul Aku Datang (IAD) yang ada Tomok & Lisa tu. Pernah berangan masa tu nak pergi honeymoon dengan seseorang, tapi tak pasti lagi sekarang. Well, we will see, right? Tapi, niat tu tak pernah padam dan aku masih nak pergi. Aku suka suasana Turki sebab Turki campuran budaya dan cuaca Asia dan Eropah. Lokasi pun antara sempadan dua-dua benua tu. Jadi, kalau di Turki korang boleh melencong sama ada ke negara Timur Tengah (Arab Saudi, Jordan) ataupun negara Eropah (Greece, Itali).





Turki ni main attraction dia Air Balloon, dekat Cappadocia. Korang boleh naik berdua untuk tengok  pemandangan dekat sana. Turki ni jugak terkenal dengan Ice-Cream special die, yang die bancuh campur & pusing-pusing tu. Alah, dalam cerita IAD ada, dan yang pastinya Turkish Delights, sejenis manisan macam jelly. Yang ada dalam Narnia tu ...




Akan  tetapi alang-alang nak ke Turki tu, lebih baik buat Umrah sekali kan, dapat dua dalam satu. Secara kasarnya, bajet nak ke Turki dan buat Umrah sekali dalam RM6000++ kalau dibandingkan dengan Umrah sahaja, RM5000++. Setakat ni, offer yang paling best dari Andalusia. Lagipun company ni dah established da pun.
Yipee! Awaa..saia ta sabaa ..





Seterusnya dalam senarai aku, New Zealand. Tempat paling aku minat nak pergi, Hobbiton, perkampungan Hobbit!




Seterusnya, tak lain tak bukan, Korea!!! Selain dari Seoul, banyak lagi tempat best dekat Korea ni seperti Gwangdo, Daegu, Busan dan sebagainya. Korea ni sistem pengangkutan dorang sangat besar dan memeningkan, tapi tak macam Jepun yang lebih meluas.




Untuk ke Korea ni, aku lebih berminat nak pergi secara Backpacking sebab lebih seronok jalan sendiri, Jadi, kalau nak berjalan macam tu, korang kena ambik banyak-banyak guide dan peta. Lepas tu boleh jalan sendiri. Antara guide yang paling penting yang ini, Muslim Friendly Restaurant in Korea sebab Korea ni tak banyak makanan halal. 




Attraction dekat korea ni, rasanya tak payah cerita dah, ramai dah tahu, Tapi yang tak boleh blah tu, ada satu muzium tu, namanya Love Museum. Ada seni 3D dan patung erotik untuk 18SX okey...lokasi dekat Universiti tau...heh..heh...jangan otak kuning sangat okeyyy




Tempat lain yang aku nak pergi, Jepun! Nak tengok bunga Sakura dan nak rasa suasana di sana. Aku paling teringin nak ke Tokyo dan Hokkaido, sebuah pulau peranginan dekat sana. Dekat Hokkaido, yang terkenal Mi Panas die. Dalam komik Doraemon, ada satu episod tu Nobita pergi Hokkaido dengan Doraemon semata-mata nak makan Mi tu, sejak tu aku jadik teringin nak ke Hokkaido...haha..pun bolehh




Walaupun semua ni sekarang pada peringkat angan-angan, aku akan tunggu nanti rezeki aku sampai dan buat masa ni, kumpul duit. Sementara muda dan kudrat kuat, jom la berjalan-jalan. Kalau dapat suami pun kuat berjalan, lagi bonus. Aminnn..





Terima kasih kerana membaca!

No comments: