Assalamualaikum w.b.t,
Untuk adik-adik zaman sekarang yang gilakan boyband Korea
ni, sebelum korang kenal boyband yang datang dari negara yang popular dengan
plastik surgeri tu, kitorang ni yang dah berkenalan dulu dengan boyband.
Malaysia pun suatu ketika dulu ada boyband sendiri. Kalau sekarang boyband yang
ada kumpulan kat Malaysia ni Forteen, zaman dulu boyband yang hot ialah NEWBOYZ
dan BOBOY.
New Boyz
Kumpulan ni sangat popular satu waktu dulu, waktu
kemuncak kegemilangan dorang masa awal 2000 kot. Masa ni aku darjah 3,4 macam
tu. Aku sempat setahun dua je masa ni, sebab lepas tu aku pergi England ikut
ayah aku sambung belajar. Tapi balik tu sambung minat balik. Kumpulan ni dulu
sangat popular, fenomena dorang ni sama dengan penangan kumpulan K-Pop sekarang
ni. Boleh dikatakan semua gadis sekolah rendah masa ni mesti ada gambar dorang
ni. Dalam fail, lekat dekat meja sekolah. Aku? Aku siap gunting majalah
kot...haha.. Aku kata sekolah rendah sebab dorang ni masa ni umur 15 tahun,
tapi ada je budak sekolah menengah yang gilakan dorang ni.
Lagu dorang yang paling popular dan yang aku minat harus
semestinya lagu Sejarah Mungkin Berulang. Memang berhantu lagu tu sampai
sekarang. Lagu karaoke aku kalau stres. Lagu faveret bekas pakwe dulu...haha.
Kalau dekat majalah plak, konfem muka dorang ni je. Cakap
je majalah pe je, Mangga, Media Hiburan, URTV. Cuma malangnya ibu aku tak bagi
beli majalah-majalah tu masa tu. Jadinya, aku terpaksa pinjam orang punya.
Sekali je aku pernah curik beli sebab tak tahan sangat nak gambar dorang. Zaman
dulu bukan macam sekarang, nak gambar retis kena carik dalam
majalah/suratkhabar. Sekarang semua di hujung jari je, boleh print sendiri. Aku
minat kumpulan ni dari awal kemunculan dorang dengan ahli asal masa dorang kena
baling telur waktu show dekat Kelantan, sampai la bila da bertukar. Aku tak
tahu kenapa orang Kelantan masa tu menyampah sangat dengan dorang ni. Tapi masa
mula-mula je, lama-lama tu dah boleh hadam kot lagu dorang. Antara lagu lain
yang masih aku ingat; Lukamu Lukaku Jua, Meraung...banyak lagi.
Walaupun ramai yang kutuk Tomok suara sengau, tapi aku
rasa itu la identiti dia. Aku pun kalau nyanyi lagu dorang mesti akan sengaukan
suara aku sambil fefeeling nyanyi dekat kekasih.
Apapun tahniah untuk mereka kerana telah mewarnai dunia hiburan dengan rekod yang agak
cemerlang suatu ketika dulu. Kalau tak silap, dorang ramai peminat di
Indonesia.
Boboy
Kalau sebut pasal kumpulan Boboy ni pulak, kumpulan ni
pun popular jugak. Naik sama saing dengan Newboyz. Pesaing dorang. Kalau
kumpulan ni, lagu yang aku paling suka; Episod Cinta dan Demi Masa. Kumpulan ni
aku suka sebab ada Naqiu...haha.. Naqiu ni sengau jugak sikit, tapi tak
sesengau Tomok. Entahla, zaman ni memang zaman semua nyanyi sengau agaknya.
Atau suara belum pecah lagi agaknya sebab sekarang Tomok punya suara okey je.
Kumpulan ni, aku tak minat sangat nyanyi lagu dorang, aku
lebih suka tengok video je, tengok Naqiu tarik menyanyi tutup-tutup
mata...haha. Fefeeling sangat. Kumpulan ni pun banyak masuk majalah, tiap kali
keluar lagu baru je mesti paper akan kecoh nak bandingkan dorang ni dengan
Newboyz. Kira macam perang carta la. Aku masa ni suka lagu Newboyz, tapi aku
akan pertahankan Boboy sebab ada Naqiu...haha.
Feeling..ohh..haha |
Tapi, dalam banyak-banyak perang antara dua boyband ni,
perang paling hebat sekali adalah perang siapa lagi cute antara penyanyi utama
dua-dua kumpulan ni. Kawan aku yang lain semua masa tu minat Tomok, aku minat
jugak die secretly, tapi aku akan pilih Naqiu. Kenapa? Sebab lebih
jambu...hahaha.
Apa pun, zaman dah berubah. Tomok pun dah tak sengau dah,
dah tukar nama ke Tomok One In a Million ke Tomok IndraOne. Dah kawin ada dua
orang anak da. Naqiu aku tak tahu sekarang macam mana sebab die senyap.
Cumanya, dorang ni pernah mewarnai hidup dan hati aku sebelum aku betul-betul
bercinta. Zaman sekarang punya boyband jauh sangat meh nak dicapai, dekat Korea
nun jauh di sana.
Terima kasih kerana membaca!
No comments:
Post a Comment