See me in other links




Like-like

Wednesday, September 16, 2015

Gelombang Keserasian.

Assalamualaikum w.b.t,

Pernah tak korang baik dengan seseorang tu, tapi lama-kelamaan korang macam dah takde kesesuaian dengan orang tu?  Tambah teruk lagi, mungkin berselisih faham dan terus hilang contact?

Aku pernah. Dan buat seketika aku rasa sedih sebab kehilangan orang yang aku pernah rapat. Tapi, lama lama aku perasan sesuatu bila masa dah berlalu.

Aku ada satu teori, aku namakan teori tu Gelombang Keserasian.

Bila kita rapat dengan seseorang tu, kita serasi dengan orang tu, sebabnya kita dan orang tu mempunyai gelombang yang sama. Gelombang maknanya, minat dan pemikiran yang seakan sama. Lama-lama, bila dah terlalu rapat dan terlalu lama berkawan, gelombang kita mungkin berubah bila kita berjumpa dengan orang lain atau berada dalam persekitaran baru. Bila jumpa balik orang yang pernah rapat dengan kita tu, keserasian kita dengan dia dah berubah.

Kesannya, dah takde keserasian sebab gelombang telah berubah.

Selepas kejadian tu, bila aku jumpa semula orang-orang tu, aku dah tak boleh rapat dengan dia semula. Bila aku tengok pergaulan dia dengan orang lain pun, aku rasa seolah aku tak pernah kenal dia. Tapi mungkin juga, dia pun berasa benda yang sama tentang aku.

Pernah terfikir benda ni? Gelombang keserasian.

Terima kasih kerana membaca!

No comments: