Assalamualaikum w.b.t,
Maksud nama aku Farhana - Yang Riang Gembira, Dari kecik sampai besar aku sentiasa ceria. kalau sedih pun kejap je. Aku sentiasa berfikiran positif, pakej sekali kot dengan keceriaan tu. Optimistik aku ni plak kadang ibu ayah aku pun pening. Aku rileks je tak dapat tempat belajar dulu, rileks je masa mintak MRSM dulu, ibu ayah aku yang dok pening bebel-bebel kat aku. Tapi sebenarnya tak, aku doa jugak, tapi aku sangat yakin dengan doa tu jadi aku berserah kepada Allah. Andai ditakdirkan doa aku tak dimakbulkan, maknanya ada benda yang Allah tengah susun untuk aku, aku kena terima, sabar, jangan berhenti berdoa dan yang paling penting, yakin.
"Sifir doa yang dimakbulkan adalah KEYAKINAN bahawa Allah Maha Memakbulkan. Aku mengikut sangkaan hambaKu"
See, He is what we perceived Him to be. Kalau kita suka cakap Allah takkan makbulkan, Allah tak pernah makbulkan, kita tak yakin, memang tak la Allah nak makbulkan. Cuba bayangkan, korang mintak benda dari mak korang, then mak korang belum bagi lagi, korang dok cakap "Mak mesti taknak bagi", dalam hati plak cakap " Takde harapan je nak dapat ni.."..bayangkan kalau mak korang dengar, apa perasaan dia, Mesti dia nak bagi pun dia akan terasa. Maybe tak nak bagi pun ada akhirnya. Ye la, dah anak dia cakap macam tu. Macam tu la jugak doa, walau aspeknya lebih besar yakni Tuhan, tapi kalau kita negatif, negatif la hasilnya.
Aku pegang kata-kata ni, aku sendiri pernah rasa manisnya keyakinan tu. Doa tu senjata Mukmin. Selemah-lemah pengharapan. Percayalah...kadang lambat, tapi kena sabar. Aku sekarang tengah mendoakan insan-insan yang aku sayangi, tapi aku akui lambat dimakbulkan tapi sabar la aku mampu. Ada hikmahNya yang sedang berlaku.
Aku jugak pernah dizalimi. aku pernah doa benda ni suatu ketika dulu, tapi lama-lama tak sampai hati pulak. Aku takut orang tu jadi apa-apa, Doa orang yang dizalimi ni tak berhijab, bahaya. Jadi, aku doakan orang yang menzalimi tu berubah dan sedar. Alhamdulillah, ada yang telah dimakbulkan, dia sendiri datang minta maaf pada aku. Beruntung bagi mereka yang didoakan oleh saudaranya. Aku harap ada juga antara keluarga dan kenalan aku yang turut mendoakan aku. Doa yang sebab kasih sayang ni lagi kuat sebenarnya, sebab ada elemen ikhlas.
Ya Allah,
Aku berlindung kepada Mu dari seksa kubur,
dari seksa neraka jahannam,
dari fitnah hidup dan mati,
dan dari fitnah dajjal.
Tapi, dalam banyak-banyak doa la kan, aku rasa ini yang paling penting dan paling relevan sekarang ni. Kita hidup di akhir zaman, bermacam dugaan dan tanda yang Allah dah bagi, antara cara nak lindungi diri amalkan lah doa ini selalu. Saling ingat-mengingati...
Terima kasih kerana membaca!
No comments:
Post a Comment