Assalamualaikum w.b.t,
Untuk Master kali ni, aku tukar bidang kepada Patologi/Toksikologi dari Mikrobiologi (Mikologi) masa undergrad dulu. Jadinya, nak tak nak memang perlulah aku bukak semula buku Pato & nak dijadikan cerita aku akhirnya berhadapan dengan makhluk yang paling aku dreading, yakni si Tikus.
Anyway, long story short.
Aku kena ambil darah tikus guna kaedah orbital sinus, dari tepi mata. Masa undergrad dulu aku terer jugak buat..cewahh..tapi bila da Master ni banyak sekali tikus nak kena buat, kadang ada jugak tak jadi, tambah kalau darah da beku tu, lagi susah. Last-last, terus give up.
Gambar dari Google |
Macam ni la rupanya nak buat orbital sinus (Gambar dari Google)
Ni ada satu tips aku dapat dari budak lab, Yi Cheng, senior Biomed ni..
1. Patahkan kapilari tube kepada dua
2. Sendengkan bahagian yang tajam pada celah mata tikus yang da dibius
3. Tanpa glove, pusing dan tekan sampai terasa terlukakan sesuatu
4. Biarkan dua tiga titik darah keluar
5. Tadah dalam tiub
Aku cuba teknik ni hari tu, banyak dapat..mencurah-curah..sampai menggigil aku tadah dengan heparin tube...tapi aku tak dapat nak videokan, sebab masa ni aku buat sorang.
Terima kasih kerana membaca!
No comments:
Post a Comment