See me in other links




Like-like

Tuesday, July 14, 2015

Menapak ke Jalan TAR - Aidilfitri 2015

              Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini, 2 Julai 2015, da masuk 15 Ramadan. Kejap je kan masa tu. Istimewanya 15 Ramadan ni, hari ini la hari di mana solat witir selepas tarawih akan dibaca doa qunut, selain tarikh dibenarkan memasang lagu raya dan jugak tarikh aku dibenarkan shopping raya...ehh..haha.

Selesai je kerja dalam lab hari ni, aku balik Zohor. Petang tu lepas Asar gerak naik monorel dari Chow Kit turun Medan Tuanku. Sebelum tu kitorang (aku, Fairuz n member asasi Fairuz, Ain) ke Quill City untuk berbuka dekat Tappers.

First time reserve tempat...gayat sehh..haha

Spaghetti Carbonara
Lepas buka, mulalah ekspedisi menapak ke Jalan TAR. Mak aii! Orangnya...tak larat den nak jalan. Ni nasib baik pergi malam, sejuk sikit walaupun takde angin. Kalau pergi siang, mau pitam da aku tengah jalan ni. Manusia teramat la ramai. Aku end up beli tudung je, sebab tak tahan sangat nak pusing pilih baju. Takpe, minggu last raya aku boleh datang lagi, kampung dekat sini je..hehe.

Berpusu-pusu orang membeli-belah, sampai blur bak angg!



Kali ni suasana Jalan TAR penuh dengan penjual yang kreatif. Too creative sometimes, even I cannot brain it...contohnya:
1. Abang misai berbaju kurung + bertudung sambil berasap.

Yang ni abang ni promote baju kurung & tudung Indon, tapi tak boleh blah misai setengah inci, dah tu boleh plak merokok...burok nauu ghupernyaa...

2. Abang pendekar Gajah Duduk

Abang gagah, pendekar Melayu terakhir. Dari kepala hingga hujung kaki berpelekat. Bertanjak, berselempang & bersamping. Aku nak snap gambar tapi abang tu renung plak kitorang semua, tak jadi plak...

3. Abang hijabista instant Neelofa

No explanation needed. Abang ni melilit tudung instant Neelopa...

4. Tauke hilang, tauke hijau, kalau beli jangan gtau tauke. Apakah???

Promo ni aku paling tak faham, Siap berpantun bagai. Katanya tauke kedai lari, semua benda jual murah..ntah ler...

Satu je aku boleh kata, Marketing level dorang - Expert!

Hanya ketika Ramadan di Jalan TAR.

Terima kasih kerana membaca!

No comments: