See me in other links




Like-like

Friday, August 7, 2015

Usah Menunggu.

Assalamualaikum 

Para gadis sekalian, pernah dengar hadis ini?

Dari Abu Abdullah bin 'Amr Radhiyallahu' Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda, "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah' '

(HR. Muslim: 3649, Nasai, Ibnu Majah)

Bagitu tingginya darjat dan maruah seorang wanita di sisi Islam sehingga lelaki perlu memberi mahar untuk dinikahi. Wanita tidak dibenarkan mempamer aurat dan kecantikan yang dimiliki. Wanita dijaga dan ditatang kerana wanitalah yang akan mencorakkan keturunan.

Namun, kebelakangan ini, wanita seakan tidak menyedari nilai mereka sendiri. Mereka menjual maruah, bercinta, bertukar-tukar pasangan dan membiarkan diri menjadi pameran. 

Wahai gadisku, mengapa ingin merendahkan diri? Mengapa memberi peluang lelaki ajnabi merasai kemanisan dirimu. Mengapa bercinta sebelum dinikahi, sebelum sah menjadi miliknya? Wanita, sungguh mahal dan istimewa dirimu, hatta senyuman dan lirikanmu sahaja berupaya meruntuhkan iman seorang lelaki. 

Mengapa mengejar perhatian sang jejaka? 

Pada yang telah terlanjur bercinta, sanggup berjanji untuk menunggu bertahun-tahun. Dengan pelbagai alasan yang diberikan si lelaki.  Janganlah disangkutkan pada alasan untuk mengenali hati budi. Hakikatnya, walau bertahun bercinta, takkan dapat mengenali dirinya yang sebenar, apa yang dikenali hanyalah sekadar lakonannya . Pastikah kalian yang dengan menunggu dia, dia akan setia menunaikan janjinya? Apa jaminan yang diberikan selain kata dari mulutnya untuk setia? Ketahuilah, lelaki yang benar-benar ikhlas dan serius dengan kamu tidak akan mengajakmu bercinta, sebaliknya akan mendekatimu dalam keadaan dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Lelaki yang mengajakmu bercinta dan mengenali dirinya sebenarnya hanya mengajakmu mengenali zina. Seorang lelaki yang mengajak kalian bercinta, tambahan pula untuk bertahun lamanya, sebenarnya belum bersedia untuk bernikah. Besar kemungkinan dia masih mencari-cari dan menguji-uji anda sama ada sesuai untuk dijadikan surinya. 

Jika berhadapan dengan lelaki yang mahukan anda, tapi ingin mengajak anda bercinta, berikan padanya dua pilihan; Halalkan atau Tinggalkan. Percayalah pada jodoh, seandainya telah ditentukan, sejauh mana pun akan tetap bersatu.




Elakkanlah diri anda menunggu sesuatu yang belum pasti. Jangan risau, jodoh tetap akan sampai pada waktu dan masa yang telah ditetapkan, dalam keadaan kedua-dua hati telah bersedia. In sha Allah.



Terima kasih kerana membaca!


No comments: