Assalamualaikum
Sebenarnya post ni aku baru ada masa nak tulis, diri sendiri pun masih sedih. Tak ku sangka, tak ku duga, dalam umurku 22 tahun ni, aku akan menyaksikan kehilangan ahli keluargaku. Aku selalu berfikiran yang umur aku ni umur budak-budak lagi, takkan ada yang akan pergi. Tapi kuasa Tuhan, walaupun kita sehabis berusaha, itu memang qada' dan qadarnya. Pak cikku, Abdul Wahab bin Jantan pulang menemui Penciptanya. Tanggal 16 Disember, setelah hampir 5 tahun bertarung dengan kesakitan, akhirnya Allah menjemputmu. Walau arwah kadangkala susah untuk ditemui kerana jarak, aku takkan lupa nasihat yang pernah diberikan. Terima kasih pak cik. Semoga tenang di sana.
|
Arwah di sebelah kiri, bersama kenalan ketika menunaikan Haji |
Al-Fatihah
Dalam kenangan
Abdul Wahab bin Jantan
1961-2012
No comments:
Post a Comment