Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah. Salah satu dari angan-angan aku masa kecik perlahan-lahan menjadi kenyataan. Dulu aku pernah berangan nak tubuhkan perniagaan/bisnes sendiri, dan kalau boleh bersama keluarga. Sepatutnya dari dulu lagi aku dah mulakan benda ni, tapi sebab takde motivasi lagi masa tu. Plan dah ada dalam kepala, tapi tak tau macam mana nak gerak. Maklum la, masa tu kecik lagi, sel-sel belum habis berhubung...haha.
Akhirnya, setelah bertahun aku dan adik-adik berbincang dan bekerjasama untuk memulakan bisnes kami secara rasmi. Walaupun dah bertahun sebenarnya ibu dan ayah aku berniaga, tapi hanya bila ada tempahan dan secara kecil-kecilan je. Dah tiba masanya untuk go further. To social media for marketing.
Nama GhansRozes sebenarnya dari gabungan nama Ayah dan Ibu aku, Abd Ghani & Roziah. Ilham aku masa ibu nak buat emel dulu. Sejak dari tu, kitorang guna nama ni dalam grup Whatsapp dan ambik keputusan untuk terus guna nama ni dalam perniagaan.
Perkenalkan...
Logo rasmi kami, hasil rekaan adik aku, Farah Hamiza. Pemilihan warna aku dan Ibu. Admin Instagram Farah & admin FB, Azim.
Produk bisnes kami buat masa ni, terdiri daripada makanan buat masa ni. Selepas ni, baru akan dikembangkan ke benda lain.
Frozen Dumpling - boleh dikukus atau digoreng macam gambar di atas.
Salted Caramel Drizzle Brownies - Kiri
Chewy Gooey Plain Brownies - Kanan
Victoria Sandwich Cake - vanilla sponge cake with cream filling and fruit topping
Fudgy Wudgy Plain Brownies
Blueberry Cheesetart
Macaroons - pre baked
Macaroons - baked
Flyers kami. Lokasi operasi kami Penang dengan KL, rumah aku dan dari aku sendiri. Cuma masalah kecil dari pihak aku kalau orang nak order banyak di KL la, sebab aku kena balik Penang untuk restock.
Aku mempunyai harapan besar untuk perniagaan kami. Semoga bisnes kami semakin maju dan berkat. Amin.
Kalau berminat nak tempah, boleh Whatsapp aku 019-5004710. Boleh jugak jenguk page kami dekat Insta (@ghansrozes) & FB (https://www.facebook.com/ghansrozes).
Terima kasih kerana membaca!
No comments:
Post a Comment