See me in other links




Like-like

Saturday, January 30, 2016

Jom Ber'OlaBola'!!!

Assalamualaikum w.b.t,

Ahad lepas aku, adik dan sepupu pergi tengok wayang dekat Quill City Mall. Kitorang tengok Ola Bola. Cite ni hebat iklan dan promosinya, mula-mula aku agak skeptikal, tapi lepas dah tengok, wow!

Bangga dengan cerita ni. Secara ringkasnya, ni biopik diinspirasikan dari pasukan Malaysia tahun 1980 masa main untuk kelayakan olimpik masa tu. Tapi nama je ditukar, kapten die nama Chow Kwok Keong (berdasarkan Soh Chin Aun) dan pelatih dorang nama Harry Mountain (Karl Heinz Weigang) or hairy mountain, geddit? haha...eh, gurau je. Filem ni arahan Chiu Keng Guan.

Kebanyakan watak dalam filem ni diinspirasikan dari watak sebenar dan jalan cerita pun sama, cuma ada beberapa kelainan dengan peristiwa sebenar. Contohnya, markah kemenangan dengan Korea Selatan tu 2-1, bukannya 3-2.  Ceritanya ialah masa tahun ni, Olimpik diadakan di Moscow, Rusia, dan masa tu Malaysia bersama-sama 61 negara lain memboikot tuan rumah sebab serangan Soviet Union ke atas Afghanistan. Jadinya, sebab tu Malaysia tidak beraksi di Olimpik. Tapi, cerita sebenarnya, lepas menang tu baru tahu Malaysia tak pergi. Masa kejadian ni, seperti permulaan filem ni jugak, legenda bola sepak negara, Mokhtar Dahari baru sahaja bersara. Sebab tu masa mula-mula cite tu, dorang ni takde pelatih.




Untuk aku cerita kisah di sebalik filem ni, rasanya tak layak, sebab aku belum lahir pun masa ni, aku tahu pun bersumber dari kisah ayah aku. Antara blog yang korang boleh lawat untuk ketahui cerita di sebalik peristiwa ni ialah Che Din Sphere. Ada kisah sebenar, gambar dan keputusan akhir perlawanan di Olimpik.


Bestnya cerita ni, sebab tunjuk semangat kenegaraan dan setiap kaum punya kehidupan masa zaman ni. Boleh dipuji lah interpretasinya. Kaum Melayu dengan rumah kampungnya, Cina dengan getahnya, India dengan perniagaan kelapanya, siap ada funfair 80-an lagi. Lakonan Bront Palarae sebagai pengulas sukan (Dato' Rahim Razali) sangat bersemangat. Di akhir filem juga, ada beberapa cameo, so korang bersedia la. Kalau tak kenal, mintak orang  tunjukkan,




Selain itu, gambaran perjalanan filem ini sangat menarik. Dari latihan tentera hingga ke latihan ketangkasan diakhiri dengan lagu epik Inilah Barisan Kita di atas panorama pemandangan semulajadi Malaysia, cukup untuk membuatkan bulu roma meremang dan sebak. 

Ramai sebenarnya yang sudah hilang minat terhadap bola sepak bila takde lagi nama seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Arumugam, James Wong dan Hassan Sani. Filem ni mampu menyuntik kembali semangat tu, harapnya pemain bola sekarang ni ambil la contoh semangat tu. Pendek kata, filem ni ada jiwa. 

Ni klip jaringan gol James Wong masa perlawanan tu. Nak terkeluar anak tekak pengulas sukan tu jerit..haha.




Inilah barisan kita!

No comments: