Assalamualaikum w.b.t
Selamat hari raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin..
Baru-baru ni, aku beraya ke rumah kaum kerabat, aku lebih banyak duduk melayan budak-budak dari menyembang....nak jauh dari soalan cepumas..hehe.. tahun ni semua anak sepupu dah mula mesra dan mahu bergurau..aku pun tarik dorang melayan cakap..tiba-tiba....
Telefon aku berbunyi, terpaksa la bukak inbox jap...habiss..da ternampak, mula la budak-budak tu tanya..*ape teww? adik nak tgk..apew new?..da mula tarik-tarik..aku pun bagi jugak, tapi tangan aku dah macam tangan orang pegang berlian..takut woii..tp tarik kang nangis..jadinya aku teringat petua yang ibu aku pernah ajar nak ambil barang dari budak..
1. Alihkan perhatian dorang..
Bila dok tarik-menarik tu, tiba-tiba aku jerit...." eeee..tengok tu...king kong tu gemok..berbulu..(tunjuk kat tv)..tengok adik tengok"...terdiam kejap budak tu, longgar sikit pegangan dia..cepat-cepat aku tarik.... bila dia sedar dari terleka, die tanya, aku jawab "dah hilang, dah xde, dah rosak...etc.."..kala tu, encik Samsung telah berada dalam beg,.safe and sound..
2. Gantikan dengan benda lain
Hampir sama modus operandinya dengan cara pertama, tapi gantikan dengan benda lain yang tak memudaratkan kanak-kanak dan jiwa raga....contohnya mainan die sendiri ke...ataupun apa-apa sahaja
3. Ajak buat benda lain
Cara ni susah sikit nak berkesan, perlu ada skil memujuk tahap dewa...hehe..tp kalau berjaya, boleh tarik nafas lega. Kanak-kanak punya minat sekejap je, jadi korang sebenarnya kena pandai-pandai ajak dorang buat aktiviti lain..paling senang ajak baca buku atau bermain kat luar.
4. Tutup hp/kamera/tab
Haaa..yang ni paling best dan paling berkesan... tutup je terus...dalam pegang-pegang tu, cari butang off die dan tekan,... bila die tanya, cakap da habis bateri.... cara ni aku buat setakat ni tak pernah gagal lagi..
Nah, 4 cara nak elak budak-budak 'teriak' dan diri sendiri 'teriak'.....
Adik aku Farah dan anak sepupu, Zahratul Aisyah... |
Aku dengan Harraz dan Humaira (excuse muka aku tu....berlemoih masa ni) |
No comments:
Post a Comment