See me in other links




Like-like

Thursday, August 21, 2014

Tips : Pendakap Gigi. Ya atau Tidak? Bahagian 1

Assalamualaikum w.b.t,

Hello semua!! 

Hampir dua tahun da aku jadi si gigi besi. Dalam tempoh ni, ramai sebenarnya yang tanya pasal braces. Dari keluarga, junior, kawan-kawan sampai ke pensyarah aku. Dah lama jugak aku tangguh post ni sebab xde masa dan akhirnya terlupa..mohon maap ye..maklum la....umur meningkat, semakin pelupa..hiks..

Bende penting yang korang kena tahu pasal braces ni ialah, kalau swasta apa-apa jenis kekurangan gigi boleh didaftar untuk braces, tapi kalau kerajaan, especially kat institusi kerajaan, ada beberapa syarat yang membolehkan diterima untuk pasang braces. Antaranya, gigi terkeluar dan gigi berlapis. Yang lain tu, ak xtahu, kena tanya dr gigi..heee...





 
 Gigi aku sebelum & selepas diwayarkan....


Ak pasang kat Klinik Pergigian UKM, so aku dapat student price...total semuanya RM210. Kalau bukan student RM500++. Swasta lain cerita la...nasihat aku kalau budak-budak UKM yang nak buat braces buat di Fakulti Pergigian..jimattt!! Pastu setiap kali dtg pon x payah bayar, boleh tukar-tukar warna getah free...jangan jelly..hehe.

Ada beberapa step nak pasang bende ni...

September 2011 - Pendaftaran, masuk waiting list
* Setahun kemudian - masih xde jawapan, aku n kawan aku, Fida pergi jumpa staf pergigian       cek waiting list, lepas potong-potong nama yang cancel akhirnya aku dapat lampu hijau (Dr       aku student master, Dr Marhamah, check up, xray (3 kali), mould gigi & scaling...berdarah jgk    jadinya..rasa mcm vampire skjap)                       
* Oktober 2012 - Pasang  penjarak atau 'spacer' kat gigi geraham, tujuannya untuk jarakkan          molar supaya boleh pasang cangkuk untuk anchor wayar nanti
* 10 Disember 2012 - Pasang bracket & wire kat gigi atas dan bawah. Pasang getah            (warna baby blue)

Hari pertama aku pasang braces, sangatlah teruja, selfie gigi je berpuluh kali, post gambar kat fb, kol ibu aku, hantar gmbr gigi lg..haha..ampunnn!!.. 

Masuk hari kedua je, kesakitan dah mula terasa. Mulut aku banyak gler ulser, bibir aku kering, aku nak cakap atau bukak mulut pun terasa berat sgt. Masa ni jugak, kawan-kawan baik aku, Fida, Ain & Min jadi mangsa moody aku...mengada-ngada plak nak mintak abg cafe buatkan bubur tom yam..haha..seb bek abg tu baik..mekaseh ye bang...itu je benda yang aku dapat makan first week tu. Sebabnya, nak kunyah lngsung xleh, gigi aku mcm rasa ad pemberat...memang aku nangis jgk la seminggu tu...kdg2 tiba2 je dlm bas air mata aku mengalir...sekali tgk mcm org putus cinta pun ada..sebenarnya penangan braces..wahaha...

Sekarang ni aku dah okey, alah bisa tegal biasa. Tapi, tiap kali tukar getah ngilu tu akan rasa jgk, bila hari kedua je, kdg2 aku terpaksa telan panadol untuk tidur. 2,3 hri je, lepas tu okey balik..follow up aku tiap bulan..yang next ni 22 September, aku target nak bukak sebelum konvo bulan November ni...aku kena pakai getah tambahan untuk sangkut kat cangkuk yang Dr pasang kat gigi atas n bawah...nama cangkuk tu Kobayashi hook..more on this on next punya post okeyhh!

Thanks for reading this entry!



33 comments:

Anonymous said...

Salam, nak tanye, waiting list kat klinik pergigian ukm brp lame ye?

Unknown said...

Salam,nak tanye..sekarang harge braces untuk orang awam (bukan student ukm) masih Rm500++ jugak ke..

Unknown said...

Salam,nak tanye..sekarang harge braces untuk orang awam (bukan student ukm) masih Rm500++ jugak ke..

Unknown said...

Salam,nak tanye..sekarang harge braces untuk orang awam (bukan student ukm) masih Rm500++ jugak ke..

Anonymous said...

Salam, nak kena tgu berapa lama baru dia panggil utk pasang braces ni ? 3
tahun ke ?

Unknown said...

Anonymous, waiting list selalunya dalam lebih kurang 3 bulan ke atas, lepas tu akan ada saringan dulu, nak check gigi, x ray semua, baru boleh proceed. Untuk bila panggilan pasang braces pun dalam lebih kurang tempoh sama, tapi kalau dah lebih setahun boleh contact Klinik UKM untuk update status.

Unknown said...

Nain Rose, sebenarnya ada kategori jugak. Kalau pelajar sekolah percuma, kalau orang luar kerja kerajaan masih boleh dapat harga tu. Ada beberapa kategori lain yang saya kurang pasti yang termasuk dalam kategori orang awam, yakni bukan pelajar. Untuk maklumat lanjut awak boleh kol Fakulti Pergigian UKM : 03-92897742 atau ke Klinik Pergigian UKM berdekatan dengan HKL.

Unknown said...

Saya baru je kol fakulti pergigian diorg ckp... kene tggu 4 thun.. bru boleh buat braces.. nk nangisssss

Anonymous said...

Assalamualaikum kak..nak tanya..kalau saya nak pasang braces dekat ukm (saya student lagi) berapa eh harga? Ada orang kata kalau parent kerja gov dapat harga murah tapi kalau parent tak kerja dengan gov harganya jadi 3k++...ye ke?

Unknown said...

che nur penan,

Untuk pendaftaran awal je die anggar macam tu, kadang tak sampai pun 4 tahun tu. Awak kena rajin tanya. Saya dulu pun dia anggar 3 tahun baru dapat, tapi saya kerap tanya, tak sampai 2 tahun da dapat giliran da.

Unknown said...

siti nur izzati mohd nor sidik,

Waalaikumsalam. Awak pelajar ipt ke sekolah? Kalau sekolah percuma, cuma bawak ic je. Kalau pelajar IPT dari UKM , RM210. Kalau ipt lain saya tak pasti harga, tapi takde la sampai 3K. Awak boleh kol sendiri Fakulti Pergigian UKM : 03-92897742 atau ke Klinik Pergigian UKM berdekatan dengan HKL untuk tanya bayaran.

Unknown said...

Akk kalau pelajar ipt biasa still harga murah ke tak sampai ribu kan?

Unknown said...

Akk kalau pelajar ipt biasa still harga murah ke tak sampai ribu kan?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Wah..betul ke akak kalau pelajar sekolah free..?

Unknown said...

Nur syaza sahira Rusli,

Sepatutnya tak sampai beribu, tapi IPT lain tak pasti berapa. Boleh kol Fakulti Pergigian UKM : 03-92897742 atau ke Klinik Pergigian UKM berdekatan dengan HKL untuk tanya bayaran.

Unknown said...

Fatin 17 ,

Ye, setakat ni percuma, bawa IC je.

natasya said...

Hi, sy nak tanya. Saya pelajar sekolah tpi nk buat kat ukm , parents kerja kerajaan. Free ke?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Lepas daftar 9 bulan kemudian dia panggil screening. Agak2 berapa lama lg kene tunggu utk psang braces

Farhana Nadiah said...

Hi Natasya. Nak buat percuma cuma perlu minta Guarantee Letter dari parents untuk disertakan masa permohonan.

Farhana Nadiah said...

Aiyn Zahari, dekat KL. Tak jauh dari HKL kaunter die.

Farhana Nadiah said...

Anonymous. Tempoh panggilan saya kurang pasti, kemungkinan dari 6 bulan hingga setahun. Lebih baik kol pejabat untuk kepastian.

Unknown said...

salam, saya student ukm. dah daftar 2015 utk braces. kalau nk update, call or pg ukm kl terus? pastu klau nk tnya pasal waiting list, di kaunter luar tu or msuk dkt dlm klinik? TQ

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

And kalau nak tanya waiting list dekat kaunter pendaftaran or kaunter rawatan utama ??

Unknown said...

And kalau nak tanya waiting list dekat kaunter pendaftaran or kaunter rawatan utama ??

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam sis. Betul ke boleh braces di ukm? Then skrg boleh lagi ke?

Anonymous said...

Bestnya dulu boleh dapat murah. Saya student UKM baru buat mould last year, tu pun dah kena bayar RM 170++. Total rawatan around RM 2K la juga. Sedih je sbb saya ingat student UKM takkan kena sampai beribu camtu.

Unknown said...

uishh ingatkan boleh dapat murah baru plan nk buat braces dekat ukm

Sheepy said...

I pelajar ukm, 2nd year amik degree..but tak di kampus. Sekarang dh mahal eh? Baru berangan jugak nk buat braces