Assalamualaikum w.b.t,
Lama dah tak bersambung entri ni. Sejak aku pakai braces semua soalan yang
diajukan mesti sama belaka. Sakit tak? Macam mana pasang dia? Kena
cabut gigi tak? Aku siap sampai hafal dialog ready nak jawab
semua soklan tu. Penyebabnya, orang kita ni semacam fobia dengan gigi dan
Doktor gigi. Selagi boleh tahan, tahan. Aku ada kawan yang lebih rela biar
gigi die dicabut dengan benang dari pergi jumpa dr cabut...haha..
Tapi kan, tapi kan..aku nak share dialog aku tu dengan korang. Nak
kongsi pengalaman berharga nih..kerana Dirimu Begitu Berharga..cehhh!
Sakit Tak Pakai Braces?
Sakit? Memang sakit, aku takkan tipu. Tapi darjah kesakitannya
bergantung pada setiap orang. Ada yang lepas pakai braces berat turun
sebab tak lalu makan akibat tak tahan sakit, ada jugak macam aku, lebih
sihat sebab dari biasa..haha.. Tapi sakit die kebanyakannya masa permulaan
je, bila dah lama korang tak perasan pun braces tu dalam mulut...ahahah...tipu
sangat kan...maksud aku takde la rasa annoying sangat dengan braces tu sebab sakit. Sakit die ada beberapa jenis atas beberapa
sebab.
1. Cabut Gigi - hah! ini
lah fobia terbesar semua orang. Soklan paling femes aku selalu dapat. Nak
jawab camne aku pun tak tahu, sebab nasib aku baik tak kena cabut gigi.
Tapi kawan aku ada yang kena cabut sampai 4 batang gigi, atas bawah, kiri
kanan..so buat seminggu dua rongak jugak la jadinya..hehe. Kalau korang
nak tahu, semua manusia bilangan gigi ada 32. Tapi sebab perbezaan saiz
rahang masing-masing, ada kita yang punyai susunan gigi yang berbeza. Bagi
yang rahang kecik, gigi tu mungkin semua nak tumbuh jugak, tu yang
kadang-kadang gigi berlapis dan berlebih. Bagi yang rahang besar, gigi
mungkin jadi jarang. So, bila buat braces kalau doc rasa gigi tu banyak sangat
tak boleh luruskan, baru kena cabut...ini semua aku korek dari
orthodontist tau...cabut gigi ni macam biasa memang sakit dia terasa
lepas bius da habis, lubang gigi tu akan berdarah dan korang akan susah
makan sikit buat seketika, tapi tak lama, dalam 3-5 hari mungkin da tak
terasa dah.
2. Separator - separator atau penjarak gigi ni
tujuan dia nak jarakkan sikit gigi geraham tu untuk pasang hujung
braces...kinda like the anchor, masa doc pasang besi tu dia akan tekan
sikit sebab nak masukkan celah Mr Geraham tu. Yang ni pun sekali je rasa
sakit, dalam 3-5 hari mungkin da kurang, cuma akan rasa ngilu-ngilu sikit,
terutama time malam...aku pun tak sure kenapa...mungkin sejuk kot..
eheh...sebab tu waktu ni aku dah start emo-emo da...
3. Ulser - ulser atau lebih dikenali sebagai mata
ikan memang akan menjadi musuh sepanjang ber 'braces'. Aku dengan ulser ni
dah macam geng da..kamceng...tak pernah lagi kot xde ulser sepanjang ni.
Ulser ni jadi sebab mulut kita ada benda asing yakni braces yang
membuatkkannya tak selesa so ulser ni la hasilnya.
4. Follow Up Ketatkan Wire - kesakitan ini akan
datang menghampiri setiap kali balik sesi follow up. Doc akan
keluarkan wire, potong dan ketatkan tok tarik lagi gigi tu dalam kedudukan.
Selalunya rasa sakit tu, sehari dua lepas appointment baru terasa dan bergantung
pada ketat camne orthodontist tu buat. Hari kedua selalunya aku telan
Panadol nak tahan sakit tu dan aku akan elak dari bercakap..so kalau lepas
Rabu aku macam tu, means semalam tu aku baru ketatkan wire la tu. Tapi
yang bestnya tiap kali nak ketat wire, doc akan buang getah lama, so u get to choose new colours untuk
getah tu..aku suka combine dua warna..pernah sekali tu waktu Piala
Malaysia, aku pernah request kat doc pasang warna merah kuning..konon
penyokong setia Red Giants gitu...hahaha
Mahal Tak Braces Ni?
Aku buat dekat UKM sebab aku student Fakulti Sains Kesihatan kat kampus
KL dan kat situ jugak ada Fakulti Pergigian, aku dapat student price
RM210..murah tak? Kalau nak murah masuk la universiti yang ada Dental Fac,
korang boleh apply buat braces for student price. Itu total tau, takde
hidden charges..hehe. Kalau buat swasta, ada lah jugak dalam RM3k -RM4k.
Follow up setiap bulan dalam RM100 setiap sesi, bergantung apa yang doc nak buat/ganti.
Kalau Gov konfem murah lagi, tapi waiting list tu yang sakit...2-3 tahun
paling cepat sekali.
Susah ke Senang nak Jaga Braces?
Senang kalau tak miss follow up dan rajin gosok gigi, susah kalau
malas semua tu. Follow up sangatlah penting untuk tentukan tahap
gigi, tiap kali follow up doc akan ambik gambar dengan masukkan cermin
dalam mulut, semua tu penting supaya doc boleh tambah atau alter apa-apa
bagi nk betulkan kedudukan gigi. Untuk berus gigi, aku pakai 2 jenis, satu berus gigi biasa, satu
lagi berus khas, interdental brush (dekat guardin/watson) yang boleh berus
celah besi-besi tu..bentuk die macam berus botol baby tapi kecik je..gosok
tu lama la sikit dan sentiasa bawa cermin & air mineral kalau
boleh..supaya takde cili melekat kat gigi lepas dating tu...LMAO
Malu ke Pakai Braces?
Tak malu pun, cuma mula-mula tu rimas orang dok pandang pelik..dan
maybe aku rasa susah nak sebut perkataan yang banyak 's' atau 'th',
naturally aku memang xleh speaking slang British, habih memercik air
liur satu kelas kang...wahaha...Bila gigi dah mula tersusun, baru lah ko akan
rasa seronok, dok belek je gigi tu selalu, ada can je sengih macam kerang
busuk, semuanya sebab nak tayang gigi walaupun lum bukak lagi..waktu tu
malu, malu semua dah campak tingkap...
Ini je pengalaman yang aku boleh share, minggu depan hopefully
second last appointment aku sebelum bukak braces. Aku target nak bukak
sebelum konvo bulan 11 nih..harap doa aku dimakbulkan..aminnn..coz i wanna
senyum lebar-lebar masa tu..hih..hih..
Harap dapat membantu korang serba sedikit. Dah masuk 2 tahun aku
pakai dah tak rasa sangat sakit, semua datang kejap-kejap je. Mula-mula je
mungkin rasa sakit, lama-lama dah mula selesa. So, pada korang yang ada
niat nak pakai braces..go on je...ini semua akan jadi pengalaman berharga
buat korang nanti =).
Thank you
for reading this entry!
No comments:
Post a Comment