See me in other links




Like-like

Friday, November 7, 2014

Konvokesyen UKM : Sarjana Muda Sains Bioperubatan 2010-2014 Bahagian 1

Assalamualaikum w.b.t,

I'm graduated! Finally! 4 tahun belajar berjaya menggenggam segulung ijazah. Detik yang membanggakan untuk ayah dan ibu sebagai anak sulung dalam keluarga. Aku konvo hari Isnin, 4 Nov, seminggu sebelum tu kena ambik jubah, kad alumni & sticker kereta dekat UKM Bangi untuk persediaan. Aku mintak tolong Teh bawakkan, tapi akhirnya semua orang nak ikut.


Cik Nina & aku


Teh & aku


Testing jubah. Hiyaahh!!


Depan Gong DECTAR dengan Ain & Ayu










Budak-budak Nutrition








Lepas ambik jubah, kitorang pergi Taman Botani Putrajaya janji dengan budak batch yang lain untuk ambik gambar pre-konvo. Kalau nak ambik gambar dengan budak kelas memang kena sebelum konvo, sebab selepas tu memang takkan ada peluang sebab akan sibuk dengan keluarga masing-masing. Abaikan jubah yang berkedut seribu tu, baru dapat terus peragakan..






Gadis-gadis pingitan


Kita lompat!!!
















Lari-lari riang gembira

Seronok betul masa ni, punya lah luas padang ni untuk berlari-lari. Nak guling-guling macam hindustan pun boleh masa ni.













Bila semua dah keletihan berlari, baru la semua ambik gambar proper. Masa ni tak semua ada lagi, jadi sementara tunggu berposing-posing la dulu.





Grrrr...


Yang ni gambar faveret aku...rasa macam capture the moment.



Fotografer...


Gambar candid Biomed UKM Batch 2010/2011


Dengan keluarga


4 Nov, Isnin,  Sesi Pagi - Fakulti Sains Kesihatan, Farmasi dan Pendidikan. 3 Fakulti sekali pagi ni. Pagi tu sebelum Subuh dah bertolak ke Bangi sebab nak elak jam. Solat pun dekat Masjid UKM. Nebes benor masa ni, tak tahu kenapa. Padahal nak sambut kejayaan sendiri...bukannya nak kena interview ke...hekk 


Jubah, topi & kad Alumni


Suasan dalam Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)






Persembahan masa selingan antara Fakulti
Fakulti yang mula-mula Fakulti Farmasi, dorang pakai jubah biru. Fakulti Pendidikan dan terakhir sekali baru lah Fakulti Sains Kesihatan. Urutan dia, Doktor Falsafah, Sarjana & Sarjana Muda. Doktor Falsafah topi bulat, jubah ada selempang, Sarjana topi empat segi, lengan jubah ada kain, Sarjana Muda pulak topi sama, lengan jubah beropol. Yang bestnya tu, lepas habis sesi tu, dorang pasang lagu Cliff Richards, Congratulations. Masa tu semua tepuk tangan ikut nyanyi...seronok jugak masa tu...feeling usaha 4 tahun terbayar.












Lepas konvo je, kitorang satu famili pergi Alamanda untuk sambut. Belanja sekali adik-adik makan Kenny Rogers. Aku konvo, dorang pulak makan belanja...heh..heh..














Hadiah & bunga dari yang tersayang



Terima kasih kerana membaca!

1 comment:

mssalmonella said...

kalau diploma sains nak smbung degree bio perubatan dekat ukm boleh tak?