See me in other links




Like-like

Thursday, July 23, 2015

Gelaran Orang Jawa

Assalamualaikum wbt,

Orang Jawa nih kalau memanggil pak cik atau mak cik saudara ada caranya. Kalau kita orang Melayu panggil dengan gelaran seperti Pak / Mak Long, Pak / Mak Ngah, Pak / Mak Lang dan seterusnya, tapi orang Jawa guna gelaran Wak dan Paman / Bibik.

Ayah aku, sebab anak bongsu, automatik semua sepupu aku panggil Paman Ghoni, .. bila panggil nama pun jadi sebutan jawa. 

Ibu aku pulak jadi Bibik ... hehe ... Bik Yah pendeknya, Kadang aku adik beradik sakat ibu aku panggil bibik ... hehe..tak baik betoll!

Bila Pak Cik atau Mak Cik yang lebih tua pangkatnya dari ayah ibu kita, akan dipanggil dengan gelaran Wak di pangkal namanya, dan kadang-kadang pada nama ditambah Si. Contoh macam arwah nenek aku, nama dia Sariah. Bila panggilan jadi Wak SiSar, Sar tu dari pangkal nama Sariah. Si tu Si dia la ...


Wak Ondeng, Ibu, Wak Sipot, Ayah




Dengan Mak Cik Ayah, Bik Esah

Maknanya, kalau nama aku Farhana. Jadi panggilannya, Wak SiFar ??? Adakah?

Terima kasih kerana membaca!


No comments: