Assalamualaikum w.b.t,
Siapa pernah tengok orang jawa bersalam raya?
Masyarakat Jawa (termasuk keluarga belah ayah aku) bila bersalam raya
lama benor (berminit-minit), siap ada lafaz-lafaz, da macam akad pun ada.
Tiap tahun, ni aku tunggu sebab nak tengok adat dia. Maklum lah, aku tak
pandai cakap jawa.
Salam ni selalunya yang muda akan membongkok berlutut di bawah orang yang
lebih tua. Lepas itu, yang muda akan mula dengan mencium tangan orang tua dan
melafaz ucapan.
Ucapan tu tak disebut kuat, macam berbisik aje. Dimulakan dengan
bismillah dan selawat, dan kemudiannya akan ada bahasa Jawa sikit, meminta maaf
dan mengucap selamat hari raya.
Contohnya: Kelupatane kulo, Pirang-pirang luput, Njalok dhi ngapuro,
Lahir batin, Awal akhir, Yo sak anak bojo kulo sekabehane, Njaluk dhi ngapuro.
Maknanya : Saya minta maaf, Banyak-banyak maaf, Mohon dimaafkan zahir
batin, Mula dan Akhir, Anak isteri saya semuanya, Mohon dimaafkan.
Selepas itu, giliran yang lebih tua pula akan melafazkan ucapannya,
berbisik jugak. Kadang-kadang kedengaran sayu pulak. Ada yang nangis...lepas tu
mesti bila da tarik tangan tu, ada kelibat duit dekat dalam genggaman.
No comments:
Post a Comment