See me in other links




Like-like

Thursday, July 23, 2015

Lagenda Urban 1

Pertemuan di Perpustakaan

Keretaku diperlahankan tatkala menghampiri bangunan itu. Perpustakaan yang menjadi gedung ilmu buat mereka yang gigih mencari ilmu. Aku memerhatikan bangunan yang berbatu-bata tanpa simen dan cat itu. Unik sekali nilai aestatiknya. Terselit perasaan bangga kerana menjadi warga instituti ini.

Selesai memarkir kereta, aku mendaki tangga menuju ke pintu masuk.

Haaa..angin sejuk menyapa pipiku yang memang sedari tadi sejuk kerana pendingin hawa kereta. Aku menuju ke tingkat 3, mahu meminjam dan menelaah rujukan untuk assignment yang sepatutnya dihantar esok.

Sedang aku khusyuk menunduk membaca buku yang telah terbuka luas, satu suara halus menyapaku…

‘Boleh saya duduk sini?...seorang gadis bermata bundar dengan senyuman yang sungguh manis…

Aku terpana seketika..’err..boleh, duduklah…’ dalam hatiku terdetik keraguan. Kenapa dia nak duduk dengan aku sedangkan banyak lagi meja kosong? Ahh..mungkin dia nak teman. Aku mengerling meja-meja sebelah yang kosong. Nampaknya, memang aku dan dia sahaja yang berada di tingkat ini. Mungkin dia mahukan security, boleh jadi juga dia melihat penampilanku yang menyenangkan. Aku masih memakai kopiah dari masjid tadi. Namun, timbul juga kerisauan di hati, bimbang fitnah yang mungkin menjelma tapi aku cuba bersangka baik. Aku sendiripun berniat baik, tiada niat apa-apa..lagipun, dia yang datang kepada aku, bukan aku yang mengganggunya.

Aku meneruskan pembacaanku. Kelihatan sekali sekala dia menggerakkan tubuhnya meregangkan tangannya yang kelenguhan. Sesekali, pandangan kami bertembung, setiap kali itulah dia akan merenungku dan tersenyum padaku. Aku menundukkan mataku, bimbang akan keadaan hatiku dan keadaan kami berdua.

‘Lenguhnya kaki…hmm..’ rungutnya…

Aku hanya memandangnya sekilas lalu. Aku sebenarnya kurang selesa, tetapi pada waktu yang sama, tidak dinafikan matanya dan senyumannya membuatkan hati lelakiku terusik. Fikiranku mula menerawang ke tempat yang tidak sepatutnya…haishhh!

Dia berterus-terusan menggiat mengajakku berbual…akhirnya aku mula menjawab sedikit demi sedikit.

‘Awak duduk kolej mana?’ tanyanya ramah.

‘Kolej O, awak plak?’ jawabku ringkas.

‘Eh, sama la kita…boleh la balik sekali nanti’

‘Umm…’ aduhh…macam mana ni. Takkan aku nak balik sekali dengan dia. Tapi takkan aku nak biar dia balik malam-malam macam ini. Aku biarkan bicaranya tidak berjawab, pura-pura menumpukan kembali perhatianku.

Aku mula merasa lenguh dan mula meregang-regangkan tanganku sepertinya. Tanganku tertolak pen yang terletak di atas meja. Aku menunduk ke bawah meja untuk mengambilnya semula.

Aku terkaku. Di hadapanku kerusi kosong. Tiada sepasang kaki dari kerusi di hadapanku. Ohhh…mungkin dia bersila atas kerusi,,hatiku berdetik. Aku cuba memfokuskan mataku ke arah kerusi.

Kosong!

Tanganku menggeletar memegang pen yang baru ku ambil dari lantai. Badanku berpeluh walaupun suhu sejuk. Jarum jamku menunjukkan ke arah angka tiga.

Mengarut! Takkan dah tiga pagi, aku baru je kat sini. Lagipun mesti dah tutup library ni…

Setelah menarik nafas, aku mengangkat kepalaku semula, bersedia dengan apa yang bakal menanti.

Kelihatan si gadis merenungku sambil tersenyum.

‘errr, awak, saya balik dulu ya, saya dah mengantuk ni…Assalamualaikum’ tergagap-gagap aku menyusun kata.

Senyumannya semakin lebar…renungan tajamnya menakutkan…

‘Dah mengantuk ke dah tahu?’...

No comments: