See me in other links




Like-like

Wednesday, July 29, 2015

Aidilfitri 2015 - Bahagian 3

Assalamualaikum wbt,

Raya tahun ni metekendarah plak rasanya...oops..sorry ayat ceq naa...tapi betul kot...berat aku naik 5 kilo lepas raya...sebelum raya turun 15 kilo...3 bulan punya usaha dalam 3 hari lenyap...wakaka. Nasebb..takpa...raya setahun sekali kan. Alkisahnya, raya ke-4 buat BBQ & Steamboat belakang kampung. Udang besar-besar penumbuk engko..memang pueh laa... Yang mengerjakan BBQ adik-adik laki aku, aku & adik perempuan aku in charge Steamboat.


Udang penumbuk..ehhh

Kitorang bakar atas pembakar letrik je..semua malas nak berjelaga dengan arang


Adik-adik aku sekalian


The spread!
Malam tu masa membakar dekat gazebo, kitorang ternampak menatang ni dekat rak, rupanya inilah yang dinamakan penggiling tepung. Giler berat nak angkat...cara nak guna dia, masukkan kacang/beras dekat lubang tu & pusing untuk hancurkan sampai jadi tepung yang akan keluar dekat bawah tu. 

Penggiling tepung tradisional




Esoknya tu, ada kenduri kahwin dekat Bukit Jelutong, Shah Alam. Kenduri anak kawan ayah aku, pengantin tu pun kawan baik aku masa kecik, tua setahun aku. Kak nuril. Tapi dah lama tak jumpa dan tak sempat jugak jumpa masa kenduri dia. Dia anak tunggal, jemputan ramai so berebut orang nak bergambar. 







Lepas kenduri tu, kitorang solat di Masjid Ampuan Jemaah. 


Ibu & Farah


Tahun ni aku berkebaya setelah sekian lama...

Lepas tu, ayah aku bawak beraya rumah kawan dia dekat Bukit Jelutong jugak. Kawan sekolah sejak dari Tingkatan 1 dekat Sekolah Sultan Abdul Samad, Klang. Pak Cik Zulme tu dulu duduk Kampung Melayu Subang, tapi sekolah dekat Klang. Jauh giler sekolah. Tiap hari keluar sebelum Subuh naik bas. Dasat ko...zaman dulu sekolah limited, dalam satu kawasan 1,2 je wujud. Dedikasi sangat diperlukan nak sekolah zaman dulu ni..


Arif & Girlfriend beliau


Keluarga aku & keluarga Pak Cik Zulme


Beza benor ketinggian ayah aku dengan Pak Cik Zulme ni..hehe


Kalau dengar cerita dorang ni, rupanya Pak Cik ni & isteri dia dari aku kecik ayah ibu aku dah bawak pergi rumah dorang. Patut la rasa macam pernah tengok..hehe..memori masa kecik aku masih ada yang wujud rupanya. 

Malam plak, open house dekat Kepong, rumah pak cik aku. Makan durian Musang King sampai kenyang...tapi bila banyak makan sangat rasa pahit.




Akhir sekaliiii, belanja selfie sket!haha...Aku guna apps Kamera B612-Fairytale untuk ambik selfie sepanjang raya ni sebab rasa macam princess gituh bila snap gambar...hekhek...efek ni nampak lighting terang & cantik sikit berbanding efek lain. 


























Terima kasih kerana membaca!

No comments: