See me in other links




Like-like

Sunday, August 30, 2015

Jalan-Jalan Pulau Pinang!

Assalamualaikum wbt,

Bila duduk jauh dari famili ni, masa dapat berkumpul semua adalah masa paling berharga sekali. Sebab aku duduk KL dan famili aku dekat Penang, bila semua ada, kitorang mesti luang masa. Antara aktiviti faveret ialah naik feri ke Pulau Pinang dan makan-makan. 


Suasana laut dari feri waktu malam


Adik aku, Amirul merenung ke luar feri
  

Ibu bapa aku ... =)








Kitorang kalau pergi pulau, mesti akan pergi makan pasembur dekat medan selera Padang Kota ni. Ni Gerai faveret aku. Owner dia mamak, ada banyak cawangan dalam medan ni. Famili dia semua ada gerai masing-masing, dia  jual pasembur + rojak sotong, gerai dia yang lain  jual laksa, char koay teow. Bila famili dorang ada event ke, kenduri ke, habis semua kedai dia tak bukak. Pernah kitorang datang dengan harapan, last-last semua tutup, kitorang pergi Padang Brown. Okey jugak, cuma jarang je kitorang pergi.






Memilih kuih pasembur


Hamekk ko! Pasembur, rojak sotong, char koay teow, laksa, ABC....

Lepas makan, kitorang lepak Padang Kota...ambik angin malam luangkan masa dan hilangkan stres.












Renungan masa sepan ... eh..masa depan ... haha




 Terima kasih kerana membaca!


No comments: