See me in other links




Like-like

Sunday, August 30, 2015

MSPP 2015!

Assalamualaikum w.b.t,


Konferens kedua aku datang masa nak teman Fairuz present. Nama konferens ni, 29th Scientific Meeting of Malaysian Society of Pharmacology and Physiology (MSPP). Tempat konferens ni dekat Setia City Convention Centre, sebelah Setia City Mall. Program dia dua hari, tapi aku pergi hari kedua je, sebab hari first tu takut tak boleh masuk, maklum la, aku teman je. 




Cantik tempat ni, ada padang, kalau buat garden wedding cantik, ada kanopi dan gazebo semua. Cumanya masa ni berjerebu, kabus je, tak cantik suasana. 


CikSitiFairuz




MSPP ni persatuan satu Malaysia, tahun ni penganjurnya UiTM Shah Alam, hebat jugak networking dorang. Meriah kot. Ramai peserta international, booth pun menarik; Eppendorf, CODA, Powerlab. Overall, kali ni aku rasa betul-betul macam konferens, cumanya tak sempat nak networking sangat...

Sebelum balik tu, kitorang sempat bergambar dekat luar tu. Oh, Dr Dayang bawak anak dia, Taufeeq & bakal tunang dia, Aezza. Kali ni kitorang lepak dengan geng Sarawak la pulak. Belajar makan makanan & bahasa dorang. Nak pergi sana je tak berkesempatan lagi. In sha Allah, satu hari nanti.


Fairuz, Aezza & aku


Fairuz, Dr & aku




 Waktu konferens tu, biasa la, dah tepu sangat, fokus pun hilang entah ke mana, jadinya selfie time!!





Terima kasih kerana membaca!

No comments: