See me in other links




Like-like

Sunday, August 30, 2015

Misi Kurus : Jogging @ Titiwangsa!

Assalamualaikum w.b.t,

Untuk misi kurus ni, benda yang paling penting adalah jaga pemakanan dan juga SENAMAN! Antara senaman yang paling mudah dan paling murah - jogging! Rumah sewa aku dekat Kampung Baru, KL dekat sangat dengan Tasik Titiwangsa. 10 minit jalan kaki. Boleh la jadi tempat untuk berjogging! Kalau dulu aku setengah round tasik pun dah semput, sekarang aku dah boleh jogging 2 round dalam masa 45 minit. Masih bukan masa terbaik tapi orait la..haha..kalau aku jalan sejam setengah jugak kot. Jogging dekat tasik yang ada pemandangan macam ni best, boleh ambik angin, kurangkan stres dan yang paling best usha orang. Kadang aku kacau orang tengah dating dengan lari tengah-tengah dorang...haha. 




Kasut lama aku dah koyak, jadinya aku baru beli kasut baru. warna pink...hoyeah! Gegurl sangat...heh..heh.. Bila lari aku renung depan je, malas nak usha kiri kanan, sebab situ ramai abang polis dari PULAPOL jogging sekali. Tak larat kena tegur je. so aku buat-buat pekak dengar MP3. Ehh..bukan bajet tapi sebab tak ramai sangat perempuan jogging sorang pakai windbreaker, so kena la kacau. Orang lain pakai t-shirt je, Aku tak suka pakai t-shirt, malu la jogging takde support...haha. At least windbreaker longgar. 




 Done! Jogging @ Tasik Titiwangsa!




Terima kasih kerana membaca!



No comments: