Assalamualaikum w.b.t,
Omputih dekat US ada grup yang dorang panggil WeightWatchers, yang jaga diet dan pemakanan dorang. Korang daftar dengan organisasi ni, lepas tu akan ada agen dorang yang monitor berat korang. Kat Malaysia, malangnya kita takde benda ni, jadinya kena monitor sendirilah. Suatu ketika dulu, aku jenis makan je semua yang aku nak, sebab aku rasa rugi nak diet. Lebih kurang macam ni lah perangai aku dulu.
Tapi kebelakangan ni, aku dapat kesedaran
untuk kurangkan berat aku dengan menjaga apa yang aku masuk dalam perut. Nak
diet dan kurangkan makan ni bukan benda senang, perlukan disiplin dan
konsistensi. Yang paling penting perlu sederhana. Kebanyakan rancangan diet
fail sebab terlalu ekstrem. Bila dah tak tahan nafsu tu, mula la menggila makan
sebab ketat sangat diet. Akhirnya diet akan terus terganggu dan berat akan naik
lebih banyak lagi.
Untuk permulaan, aku tak makan nasi
langsung, kecuali sekali je seminggu. Banyakkan makan buah, sayur dan gantikan
nasi dengan mi, mihun, pasta dan sup. Kurangkan makanan bergoreng dan makanan
ringan. Cuma, ada satu PENGECUALIAN. Aku ada CHEAT DAY! Sehari dalam seminggu
yang aku boleh go off diet dan makan apa yang aku teringin. Nak makan nasi ke,
fast food ke, makan kat mall ke.
Selain itu, jangan lupa detoks. Minum air
rendaman lemon + limau, minum jus buah-buah. Aku blend buah guna Shake n
Take sebab senang nak bawak ke lab lepas tu. On the go punya drink la kiranya.
Comel kan kaler die, mengancam betul
tengok, tapi ni semua buah-buahan mahal. Berries & pic..untuk
student tak mampu den.
Pastikan sentiasa konsisten dengan diet
yang dipilih. Banyak lagi diet lain yang boleh dicuba, aku pilih diet ni sebab
bagi aku kelonggaran dengan CHEAT DAY. Takdelah seksa sangat. Lagipun, aku
duduk KL ni kawan kadang ajak makan, takkan tak rejek plak. Tak kira lagi bila
balik rumah famili ajak makan, ibu aku masak.
Sebab tu kena ada kelonggaran sikit.
Terima kasih kerana membaca!
No comments:
Post a Comment