WHAT
TO EXPECT IN YOUR FINAL YEAR!
Assalamualaikum w.b.t,
Untuk adik-adik biomed sekalian, meh sini ahkak cerita apa yang korang kena jangka masa final year ni. Apa yang perlu korang bersedia sebelum tu.
Sebelum ni, akak pecahkan jenis projek tahun akhir (FYP) kepada 5 jenis, yakni :
*Lab (Haiwan)
*Lab (Kultur Tisu)
*Lab (Mikrob)
*Subjek
*Komuniti
Secara kasarnya, ni jenis-jenis projek yang korang akan terlibat. Tapi awas, setiap jenis ada pro dan cons nya. Untuk mengatasi cons, korang WAJIB ada sikap optimis dalam diri sebab kalau tak, memang korang akan stres dan silap-silap hilang motivasi. Nak elak benda tu jadi, akak akan gitau antara halangan yang ada.
LAB - TIKUS
|
LAB – KULTUR SEL
|
LAB - MIKROB
|
SUBJEK
|
COMMUNITY
|
Tikus mati sebelum waktunya
|
Sel contaminated
|
Mikrob contaminated
|
Subjek cancel last minute
|
Lain ditanya, lain dijawab
|
Tikus bunting
|
Sel tumpah
|
Berebut laminar flow
|
Subjek tiada komitmen
|
Mesej tidak sampai
|
Tiada kesan pada tikus
|
Sel tiada pertumbuhan
|
Mikrob tiada pertumbuhan
|
Subjek tidak mengikuti pelan
|
|
Masalah handling
|
Untuk tikus tu, boleh jadi tersalah check jantan dan betina, terletak sekali, akhirnya yang betina jadi mangsa, Kesian plak kes ni. Sebab tu penting untuk pastikan tikus tu tak bercampur selepas dapat dari Animal House, Jangan gelak, sebab benda ni memang pernah jadi,
Masalah yang paling besar untuk mereka yang buat kultur sel dan mikrob ialah contamination dan sel/mikrob tak ada growth. Nak atasi benda ni, sebelum mula pastikan prosedur memang dipercayai dan cari setback/disadvantage organism yang korang guna tu. Boleh jadi ada antara tu yang spesel sikit, perlukan perhatian dan kondisi yang spesel. Jangan ingat ko je cerewet tau, bakteria pun boleh jadi cerewet tau.
Untuk yang berdepan dengan manusia, seperti subjek dan komuniti, korang memang kena banyak bersabar sebab deal dengan orang lebih susah dari deal dengan organisma. Nak tak nak, memang kena selalu bermanis mulut dan minta dipermudahkan,
Ini pulak halangan yang mungkin menimpa secara keseluruhan masa tahun akhir.
Data tak significant
|
Lab tutup/kunci
|
Kehabisan barang
|
Masalah komunikasi dengan SV
|
Control tak masuk-masuk (mula pukul 9,
pukul 12 baru masuk)
|
Selamat maju jaya kepada adik-adik semua. Jangan risau sangat, yang penting kena selalu optimis dan yakin dengan diri, Dan satu lagi, jangan lupa sayang FYP korang tu.
Untuk planning yang lebih tersusun, korang boleh print kalendar kotak-kotak untuk susun jadual korang. Boleh cuba pergi website ni, Korang siap boleh pilih kalendar Malaysia, siap bole taip nama sendiri dan customize.
Good Luck!
Terima kasih kerana membaca!
No comments:
Post a Comment