Assalamualaikum w.b.t,
Sabtu lepas, 2 Ogos kampung aku buat open house. Budak-budak SKSTB (SK Sungai Tua Baharu), yang datang masa tu Fatihah & Shazlinie. Fatihah kawan sekelas sekolah agama, sekolah kebangsaan dia kelas Ros, kelas pertama & Shazlinie pulak kelas Lili, kelas ketiga. Aku masa tu kelas belakang, Kenanga, kelas nombor lima tak silap aku...aku sendiri tak ingat da sebab aku masuk pun setahun je, masa darjah 6. Tapi syoknya tu, sebab dapat jumpa dorang balik & dorang ingat aku walaupun aku sekejap je kat sana. Aku kecik-kecik banyak berpindah, kawan sekolah rendah merata & ada yang lost contact tak berjaya jumpa. Dulu kecik-kecik, mana ingat nama penuh kawan & nama bapak. Jadinya, tak boleh nak cari kat FB.
Kiranya bila dapat jumpa dorang ni, rasa amazing la. Tambah lagi sebab aku ingat beberapa nama je asal-asalnya, bila da jumpa kat FB, muncul suggestions nama lain. Waktu tu aku add yang nama familiar. Ada jugak yang tak berapa ingat aku, takpelah. Yang teruja tu bila orang-orang yang ko rasa tak ingat ko, tapi orang tu la yang paling ingat rupanya. Seronok...haha. Lagi satu, aku masa sekolah ni banyak stori dengan budak lain sebab aku budak baru masa tu & aku macam steal the spotlight dari beberapa orang. Jadi, ada yang tak berapa gemarkan aku masa tu. Waktu tu pulak aku bajet cakap stail mat salleh sebab pelat nak betulkan balik cakap lepas duduk England. Lagi la kena cop menggelabah...nasib badan. Nasib baik da besar-besar ni okey dah.
Shakila, Fatihah & Shazlinie |
Shakila ni kawan si Shaz. Fatihah sekarang belajar Medic dekat UIA, student arwah Pak Cik Wahab & Mak Cik Nin. Small world kan? Shaz pulak buat Master in Chemistry dekat UiTM. Kila cikgu tapi tak tanya pulak mengajar dekat mana. Takpe, next time okeyhh
Disebabkan dorang ni duduk dekat, Sungai Tua je, lama jugak duduk rumah aku menyembang. Habis segala cerita masa sekolah dulu dibukak. Seronok wehh..dorang lagi lama, lagi banyak koleksi gambar. Aku ni pulak budak baru, masa tu tak rapat sangat nak mintak gambar bagai. Masa tengok gambar-gambar ni, dorang kenalkan satu-satu yang ada dalam gambar. Aku bukan ingat semua, lagipun gambar tak berapa clear. Kitorang jadikan game bila bole teka & ingat siapa dalam gambar.
6 Hamzah - SRA Sungai Tua Baharu (2003) |
Okey, yang ni gambar masa sekolah agama. Aku sekelas dengan Fatihah masa ni, Aku yang duduk hujung kiri. Fatihah berdiri baris tengah nombor 2 dari kanan. Aku dulu banyak menyembang dalam kelas ni, aku punya kawan baik dalam kelas Zahidah (baris tengah hujung kiri). Aku ada geng menyembang iaitu Fatihah, Aqilah (takde dalam gambar) & Zatul Hijannah (baris tengah nombor 5 dari kiri). Tihah & dorang ni lah geng gosip aku yang mengajar aku benda-benda latest dekat Malaysia masa tu. Masa ni lagu Ezlynn, Hi Hi By Bye & lagu Misha Omar, Bunga-Bunga Cinta tengah top. Ustaz atau ustazah tak masuk je kelas, kitorang karaoke dekat belakang. Tak senonoh betul perangai...haha. Tak tau malu, budak laki plak masa tu semua macam budak-budak, tak teringin pulak semua nak ayu-ayu depan dorang...haha. Kawan baik lelaki pulak dalam kelas ni, Fadhil Hadi (baris belakang nombor lima dari kiri, sampin merah) & Anis Sobrie (baris belakang nombor 6 dari kiri). Anis tak rapat sangat dengan aku bila nak dekat UPSR, tak ketahuan plak mengapa. Masa rapat, dia rajin bergosip pasal hal crush & couple nih. Kiranya sumber tabloid aku la. Fadhil Hadi ni plak rapat sampai habis, dan rapat lebih dari kawan buat seketika...ehh. Dia duduk depan aku, selalu ajak sembang dan selalu datang lambat. Dah la pengawas, bole plak buat macam tu. Yang tak boleh blah tu, aku pulak yang Ustaz Miswan tanya kenapa dia lambat. Mana saya tahu Ustaz... Bila da 8 tahun berlalu, baru la aku tahu sebab apa. Rupanya mamat ni melayan Telenovela sampai terlambat nak kayuh basikal pergi sekolah. Mamat ni banyak peminat woo, macam-macam stori ada pasal dia...tak pasal-pasal ada insan yang jelly serang aku sebab dia...haishh...
PEKA SK Sungai Tua Baharu (2003) |
Okey, yang ni pulak gambar Geng PEKA SKSTB. PEKA ni program kelas tambahan untuk murid terpilih. Terpilih macam mana, aku pun tak tahu, Tapi kebanyakan budak PEKA budak kelas Ros, Melur, beberapa orang dari kelas Lili dan 2,3 orang dari kelas belakang. Aku antara yang termasuk dalam kategori ni. Dalam ni ada aku, Fatihah, Fadhil Hadi, Faiizihni, Hamidi, Talhah, Takip, Atikah Apni, Atiqah Jalil, Fatinah, Maslin, Ilmi, Amanina, Ammar, Hidayah, Hudzaifah, Naqiuddin & ramai lagi, Yang nama-nama ni aku sebut ni insan-insan yang aku berjaya jejak...haha. Cikgu PEKA yang ada dalam ni Cikgu Kamsani, penyelaras PEKA ni (duduk depan sekali bertopi dan berbaju biru), Cikgu Zainal Abidin Kopiah (belakang baju putih berjanggut & berkopiah). Dekat sekolah masa tu ada 2 orang cikgu nama Zainal Abidin, jadi kena sebut spesifik yang mana satu. Cikgu paling psiko pada pendapat aku, dia suka tenung orang & baca orang..seram sehh..aku selalu kena sebab budak baru & dia kenal Mak Cik aku.
Seronok pulak dapat tengok balik gambar-gambar lama ni, yang perempuan dulu selebet hingus lap kat tudung sekarang semua dah cun melecun...hehe. Yang lelaki masa ni budak-budak suara kecik lagi, sekarang semua dah macho-macho hensem. Yang da jadi suami & bini orang pun ramai jugak. Aku tak termasuk senarai lagi, mereput dulu kot...haha. Dah tak jadi, apa kata carik orang lain plak dalam gambar ni...haha...gurau jerk.
Next, mohon buat reunion pulak okey! Baru bole kumpul balik tengok semua.
Terima kasih kerana membaca!
No comments:
Post a Comment