See me in other links




Like-like

Thursday, July 30, 2015

Tips : Bagaimana Nak Keluar dari Zon Persahabatan (How To Get Out of The Friendzone)

Assalamualaikum w.b.t,

Korang pernah kena Friendzone? Kalau ada kawan baik berlainan jantina, selalunya akan ada salah seorang yang jatuh cinta kepada seorang lagi. Kepada yang berbalas tu...yahoo la. Yang tak berbalas tu la dinamakan Friendzone!!! Jangan sedih, jangan nangis, masih ada harapan. Meh aku share macam mana nak keluar dari Friendzone macam bos!

Jangan biarkan diri anda dihantui fenomena ini...ehh


Sape nak keluar dari Friendzone? Angkat kaki!!!




Jangan sampai jadi macam gambar atas ni dah la ye, segalanya perlu strategi. Meh aku bagi formula nak keluar dari Friendzone ke Lovezone. 

1. Mula-mula, mesti kena confess dulu meh..nak tahu reaksi si dia. Kalau jawapannya Ya, bolehlah skip baca artikel ni terus. Tapi, dukacitanya kalau jawapannya Tak, silakan baca sampai habis. Kalau tak confess, bagi la signal-signal...katakan la korang malu, bagi la signal yang korang suka dia.

2. Okey, korang kena reject..Kalau yang bagi signal, dia tak layan tu, haa..tu la rejection korang. sila la nangis di bucu katil. Jangan lama-lama okey, teruskan misi anda. 




3. Setelah direject, mulalah menjauhkan diri. Acah-acah merajuk, sentap, hatiku kau guris luka gitu. Jangan kol, mesej, kalau berjumpa mengelak. Dinginkan diri anda!

4. Langkah seterusnya, berlakon la konon korang da move on, da terima hakikat yang korang tak mungkin bersama. Nak lagi best, kalau ada orang lain...

5. Da agak lama tu, pura-pura putus atau frust. Tapi jangan lebih 2 bulan okey, Pada masa ni, buat macam korang sibuk dan bukan sengaja nak dinginkan diri.

6. Sekarang berbaik dengan dia, masa ni confirm dia akan merajuk, tapi korang kena la pandai pujuk. Percayalah, masa ni korang akan dilihat dengan cara yang berbeza.

Secara psikologinya, bila kita terlalu rapat dengan seseorang dan tiba-tiba orang tu ada perasaan pada kita dan ditolak, pendekatan menjauhkan diri akan menyebabkan kita tiba-tiba berasa kehilangan dan masa tu akan terasa betapa orang tu penting dalam hidup kita.




Nak testimoni? Tak percaya, tengok cerita Kal Ho Na Ho (Rohit & Naina), Harry Potter (Ron & Hermione), Flipped (Bryce & Juli) & How I Met Your Mother (Barney & Robin). Ehem, aku sendiri pun pernah mengalaminya masa sekolah dulu, tapi bukan aku yang kena Friendzone...ehh. Dan aku boleh sokong yang ianya memang menjadi!







Satu je, waktu nak jalankan strategi tu, pastikan jangan terlalu lama. Nanti tak menjadi. Lagi satu, pastikan masa tu, dia tak berada dalam hubungan yang serius.


Selamat mencuba!

No comments: