See me in other links




Like-like

Tuesday, September 1, 2015

Mega Career Fair 2015 @ Midvalley

Assalamualaikum w.b.t,

Dua minggu lepas, aku ke Career Fair @ Midvalley. Event ni 3 hari, dari 21-23 Ogos 2015 dekat Midvalley Exhibition Centre.






Walaupun ada lagi setahun, tapi aku nak jenguk prospek kerja atau sambung belajar. Ayah aku berat nak kasi aku belajar sebab nakkan aku kerja, aku pulak masih nak belajar. Nak target PhD sebelum umur 30 tahun. Penyelesaian yang paling baik, apply skim tenaga pengajar. Boleh buat PhD (fly pun boleh) dan dapat elaun. Da habis belajar, dapat kerja dekat institut yang taja tu. Dapat dua-dua, sambung belajar dan dapat kerja.

Aku memang teringin nak fly, kalau boleh ke Ireland atau Scotland. Sebelum tu, perlu carik supervisor atau research team dulu dekat universiti yang nak apply tu. Boleh carik dekat website ataupun lagi bagus kalau ada network sendiri. Tapi masa fair ni, tak banyak sangat ke UK, lebih banyak Aussie & New Zealand. Aku kurang minat sikit negara Down Under ni, sebab aku rasa tak thrill, tak rasa macam oversea sangat, lagipun dorang ni macam lalang...ehh..haha..oops.

Apply obersea ni jangan lupa korang kena ambik TOEFL atau IELTS bergantung kepada negara dan universiti yang korang nak mintak tu.




Pilihan lain yang ada, fly ke Jerman dengan DAAD, DAAD ni agen dan juga biasiswa untuk pelajar Malaysia lanjutkan pelajaran ke Jerman yang ditawarkan oleh kerajaan Jerman, Baik benor Jerman ni. Takde bond pun pape, cuma perlu aktif dalam program luar dorang dan promote Jerman punya budaya. Untuk PhD boleh guna English masa belajar, yang kena guna bahasa Jerman masa prasiswazah je. Best jugak, sama je cara, kena cari SV atau research team sendiri. Bila dah dapat, apply DAAD. Chances nak dapat agak tinggi, aku nasihatkan apply sekarang sementara belum ramai lagi orang apply ni. Bila dah mula ramai, kelayakan pun akan berubah...oh nein!!! Cepat, cepat sebelum terlambat.




Bidang yang aku minat Biomedical Engineering dan Forensic. Kalau boleh dapat gabungan dua-dua ni lagi bagus. Kalau luar negara bersepah bidang ni, cuma dekat Malaysia masih tak banyak, sebab bidang cell/tissue engineering dan forensik masih belum membangun lagi. Aku tengok jugak prospek tempatan, sebab mana tahu tetiba dah kahwin suami tak kasi fly pulak kan, kena ada back up...ehh..haha.

Tempat yang menarik perhatian aku, MJIT, Malaysian Japan Institute of Technology, UTM. MJIT ni buah fikiran bekas perdana menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad dan terletak di Brinchang. Ada kos forensik dan juga cell engineering. Institut lagi best sebab penyelidikan dia lebih extensive dan banyak dana.




Satu lagi tempat dekat UTHM, pun ada Biomedical Engineering, lebih kepada Engineering, tapi boleh tanya research team dorang kalau dorang memerlukan Biomedical Scientist. Down side nya, jauh nun di Johor, Itu saja. Kena carik orang Johor pulak la nampaknya.




Pilihan seterusnya USM, kalau fakulti Farmasi di Pulau Pinang, dekat dengan rumah aku, kalau Fakulti Sains Kesihatan, Perubatan, Pergigian dekat Kelantan. Satu lagi masalah jarak.




Pilihan terakhir dan yang paling aku berminat ialah SLAB (Skim Latihan Akademik Bumiputera) dari UM. Skim ni best giler, offer die lumayan dan bidang pun ada yang aku nak, dan boleh fly!!! Yipee!! Aku nak mintak skim ni, mudah-mudahan dapat la. Kerja pun dekat UM kot.




Yang bestnya pergi career fair ni, dapat banyak goodie bags. Pen, buku nota, kipas pun ada tau...kalau tak dapat kerja pun, dapat ole-ole pun jadila...




Terima kasih kerana membaca!

No comments: