See me in other links




Like-like

Tuesday, September 1, 2015

Penang Street Art!

Assalamualaikum w.b.t,

Penang ada attraction baru! Hoyeah! Sebenarnya, da lama da, cuma aku je baru berkesempatan nak rasai benda ni. Street art! Dekat Lembah Klang ada dekat Shah Alam dan banyak lagi aku rasa, cuma aku tak tahu dekat mana. Dekat Penang ni, dekat dinding jalan-jalan lama sekitar pulau. Boleh tahan jugak art dia, ditambah dengan elemen jalan lama tu, nampak la kesenian nya. Yang slack sikit kebersihan je la. Nampaknya kempen Cleaner, Greener, Penang masih belum menampakkan hasil. No worries...ada lagi masa sebelum next PRU...ehh.












 Boleh pulak terselit beca lama ni tengah-tengah bandar, apa lagi...








Kafe ni nama dia, Busy Bodhi Coffee & Tea. Nampak balang biskut tepi tu? Dorang jual biskut yang kita suka kecik-kecik dulu. 90s kids tahu sangat la, biskut rokok, biskut icing. Dihidang dengan kopi atau teh. Dorang ada jugak jual coconut shake & ais krim kelapa. Hidang dalam tempurung, tapi aku tak sempat beli sebab masa ni semua orang nak gerak ke tempat lain. Takpa ahh, lain kali...
























Ada satu kawasan tu, banyak buluh. Suasana dia macam cite Kung Fu Panda tu...takde benda sangat, cuma scene je best.

















Aku dah lama tak jalan Penang, semakin banyak attraction dekat sini. Ada toy museum, trick museum & extreme park. Next on my list!!!

Terima kasih kerana membaca!



No comments: