See me in other links




Like-like

Showing posts with label Gegurl Biomed. Show all posts
Showing posts with label Gegurl Biomed. Show all posts

Monday, August 31, 2015

Sains Bioperubatan : Apa yang patut anda jangka pada tahun akhir!

WHAT TO EXPECT IN YOUR FINAL YEAR!

Assalamualaikum w.b.t,

Untuk adik-adik biomed sekalian, meh sini ahkak cerita apa yang korang kena jangka masa final year ni. Apa yang perlu korang bersedia sebelum tu. 

Sebelum ni, akak pecahkan jenis projek tahun akhir (FYP) kepada 5 jenis, yakni :

*Lab (Haiwan)
*Lab (Kultur Tisu)
*Lab (Mikrob)
*Subjek
*Komuniti

Secara kasarnya, ni jenis-jenis projek yang korang akan terlibat. Tapi awas, setiap jenis ada pro dan cons nya. Untuk mengatasi cons, korang WAJIB ada sikap optimis dalam diri sebab kalau tak, memang korang akan stres dan silap-silap hilang motivasi. Nak elak benda tu jadi, akak akan gitau antara halangan yang ada. 

LAB - TIKUS
LAB – KULTUR SEL
LAB - MIKROB
SUBJEK
COMMUNITY
Tikus mati sebelum waktunya 
Sel contaminated
Mikrob contaminated
Subjek cancel last minute
Lain ditanya, lain dijawab
Tikus bunting
Sel tumpah
Berebut laminar flow
Subjek tiada komitmen 
Mesej tidak sampai 
 Tiada kesan pada tikus
 Sel tiada pertumbuhan
 Mikrob tiada pertumbuhan
 Subjek tidak mengikuti pelan

 Masalah handling






Untuk tikus tu, boleh jadi tersalah check jantan dan betina, terletak sekali, akhirnya yang betina jadi mangsa, Kesian plak kes ni. Sebab tu penting untuk pastikan tikus tu tak bercampur selepas dapat dari Animal House, Jangan gelak, sebab benda ni memang pernah jadi, 

Masalah yang paling besar untuk mereka yang buat kultur sel dan mikrob ialah contamination dan sel/mikrob tak ada growth. Nak atasi benda ni, sebelum mula pastikan prosedur memang dipercayai dan cari setback/disadvantage organism yang korang guna tu. Boleh jadi ada antara tu yang spesel sikit, perlukan perhatian dan kondisi yang spesel. Jangan ingat ko je cerewet tau, bakteria pun boleh jadi cerewet tau.

Untuk yang berdepan dengan manusia, seperti subjek dan komuniti, korang memang kena banyak bersabar sebab deal dengan orang lebih susah dari deal dengan organisma. Nak tak nak, memang kena selalu bermanis mulut dan minta dipermudahkan,

Ini pulak halangan yang mungkin menimpa secara keseluruhan masa tahun akhir. 

Data tak significant
Lab tutup/kunci
Kehabisan barang 
Masalah komunikasi dengan SV
Control tak masuk-masuk (mula pukul 9, pukul 12 baru masuk)

Selamat maju jaya kepada adik-adik semua. Jangan risau sangat, yang penting kena selalu optimis dan yakin dengan diri, Dan satu lagi, jangan lupa sayang FYP korang tu. 

Untuk planning yang lebih tersusun, korang boleh print kalendar kotak-kotak untuk susun jadual korang. Boleh cuba pergi website ni, Korang siap boleh pilih kalendar Malaysia, siap bole taip nama sendiri dan customize. 


Good Luck!

Terima kasih kerana membaca!

Saturday, November 8, 2014

Konvokesyen UKM : Sarjana Muda Sains Bioperubatan 2010-2014 Bahagian 2

Assalamualaikum wbt,



Kejayaan aku akhirnya menamatkan pengajian takkan berjaya tanpa sokongan keluarga dan rakan-rakan. Tak dilupa juga beberapa insan yang mendorong aku secara halus yang sangat aku hargai. 

Yang pertamanya penyelia Sarjana aku dan Penyelia Bersama Sarjana Muda, Dr Dayang Fredalina Basri. Terima kasih banyak Dr atas bantuan dan jasa Dr. Doakan kejayaan saya yang seterusnya.
















Gambar semua diambil di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

Terima kasih kerana membaca!

Friday, November 7, 2014

Konvokesyen UKM : Sarjana Muda Sains Bioperubatan 2010-2014 Bahagian 1

Assalamualaikum w.b.t,

I'm graduated! Finally! 4 tahun belajar berjaya menggenggam segulung ijazah. Detik yang membanggakan untuk ayah dan ibu sebagai anak sulung dalam keluarga. Aku konvo hari Isnin, 4 Nov, seminggu sebelum tu kena ambik jubah, kad alumni & sticker kereta dekat UKM Bangi untuk persediaan. Aku mintak tolong Teh bawakkan, tapi akhirnya semua orang nak ikut.


Cik Nina & aku


Teh & aku


Testing jubah. Hiyaahh!!


Depan Gong DECTAR dengan Ain & Ayu










Budak-budak Nutrition








Lepas ambik jubah, kitorang pergi Taman Botani Putrajaya janji dengan budak batch yang lain untuk ambik gambar pre-konvo. Kalau nak ambik gambar dengan budak kelas memang kena sebelum konvo, sebab selepas tu memang takkan ada peluang sebab akan sibuk dengan keluarga masing-masing. Abaikan jubah yang berkedut seribu tu, baru dapat terus peragakan..






Gadis-gadis pingitan


Kita lompat!!!
















Lari-lari riang gembira

Seronok betul masa ni, punya lah luas padang ni untuk berlari-lari. Nak guling-guling macam hindustan pun boleh masa ni.













Bila semua dah keletihan berlari, baru la semua ambik gambar proper. Masa ni tak semua ada lagi, jadi sementara tunggu berposing-posing la dulu.





Grrrr...


Yang ni gambar faveret aku...rasa macam capture the moment.



Fotografer...


Gambar candid Biomed UKM Batch 2010/2011


Dengan keluarga


4 Nov, Isnin,  Sesi Pagi - Fakulti Sains Kesihatan, Farmasi dan Pendidikan. 3 Fakulti sekali pagi ni. Pagi tu sebelum Subuh dah bertolak ke Bangi sebab nak elak jam. Solat pun dekat Masjid UKM. Nebes benor masa ni, tak tahu kenapa. Padahal nak sambut kejayaan sendiri...bukannya nak kena interview ke...hekk 


Jubah, topi & kad Alumni


Suasan dalam Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)






Persembahan masa selingan antara Fakulti
Fakulti yang mula-mula Fakulti Farmasi, dorang pakai jubah biru. Fakulti Pendidikan dan terakhir sekali baru lah Fakulti Sains Kesihatan. Urutan dia, Doktor Falsafah, Sarjana & Sarjana Muda. Doktor Falsafah topi bulat, jubah ada selempang, Sarjana topi empat segi, lengan jubah ada kain, Sarjana Muda pulak topi sama, lengan jubah beropol. Yang bestnya tu, lepas habis sesi tu, dorang pasang lagu Cliff Richards, Congratulations. Masa tu semua tepuk tangan ikut nyanyi...seronok jugak masa tu...feeling usaha 4 tahun terbayar.












Lepas konvo je, kitorang satu famili pergi Alamanda untuk sambut. Belanja sekali adik-adik makan Kenny Rogers. Aku konvo, dorang pulak makan belanja...heh..heh..














Hadiah & bunga dari yang tersayang



Terima kasih kerana membaca!

Tuesday, November 5, 2013

Konvokesyen UKM 41! Tahniah SENIORS!

Assalamualaikum


28 Oktober, senior Fakulti aku akhirnya Konvo. Ingat tak aku pernah cakap warna jubah kitorang?? Takpe, aku ulang lagi, SHOCKING PINK uolls!

Santeknya bunga-bunga ni....

 

Have a fantastic Convocation Seniors!! Pink uolls!


Besties aku yang banyak buat aku gelak & menangis..haha



Jejaka-jejaka macho..






Balik tu, nak dekat 2 jam baru sampai kolej, letih perjalanan tapi berbaloi dapat tengok senior grad.. Lepas ni harap-harap junior pun sanggup meredah perjalanan jenguk kitorang plak...heee

Thank you for reading this entry!

Monday, November 4, 2013

Potluck Girls Biomed..

Assalamualaikum


Sejak jadi budak final year ni, macam-macam event aku. Maklum la, dah tahun akhir, kononnya nak buat kenangan banyak-banyak..hehe.. Kamera aku penuh je memanjang dengan muka-muka diorang ni..hehe.. Kali ni kitorang buat potluck plak, yang anjurkan mula-mulanya Pia
dengan bantuan budak rumah dia. So malam Ahad tu, kami budak-budak kolej ni menapak ke Kondo PlazaRah kat Kampung Baru..Berpeluh-peluh juga ketiak weolls!haha.. Nasib baik hujan, berangin la sikit.. Sampai bangunan dorang, kitorang tumpang rumah Leha, Soleh & Kak Pora, geng kitorang yang dah upgrade dok kondo..haha..jangan marah ye korang.
 

 











Di rumah Leha, Soleh & Kak Pora













Sebelum agenda makan, kitorang ada doa selamat sikit..
























Macam sedap jer, macam sedap jer...heee


  






Muka-muka kelaparan menunggu giliran menyenduk nasi..go!




MAKAN TIME!!!




















Makanan memang sedap, malam ni je aku rasa naik sekilo kot..haha. Tapi takpe, sebab balik tu kitorang jalan kaki balik kolej dari rumah dorang..masa lalu jejantas seram jugak aku, ada gelandangan tidur kat kaki lima, bukan apa, masa lalu tu die usha kitorang semacam..berderau darah aku! Kitorang jalan laju-laju..tak pandang belakang pun.. Bahayanya KL ni.. 
Hokayy! Sampai sini je entri kali ni, tunggu entri seterusnya, pasal Pesta Konvokesyen UKM 41. Tahun ni pergi tengok senior grad...tunggu aku plak nanti grad..shocking pink gitu!!haha..


Thank you for reading this entry!