See me in other links




Like-like

Showing posts with label Suka-suki. Show all posts
Showing posts with label Suka-suki. Show all posts

Saturday, January 30, 2016

Jom Ber'OlaBola'!!!

Assalamualaikum w.b.t,

Ahad lepas aku, adik dan sepupu pergi tengok wayang dekat Quill City Mall. Kitorang tengok Ola Bola. Cite ni hebat iklan dan promosinya, mula-mula aku agak skeptikal, tapi lepas dah tengok, wow!

Bangga dengan cerita ni. Secara ringkasnya, ni biopik diinspirasikan dari pasukan Malaysia tahun 1980 masa main untuk kelayakan olimpik masa tu. Tapi nama je ditukar, kapten die nama Chow Kwok Keong (berdasarkan Soh Chin Aun) dan pelatih dorang nama Harry Mountain (Karl Heinz Weigang) or hairy mountain, geddit? haha...eh, gurau je. Filem ni arahan Chiu Keng Guan.

Kebanyakan watak dalam filem ni diinspirasikan dari watak sebenar dan jalan cerita pun sama, cuma ada beberapa kelainan dengan peristiwa sebenar. Contohnya, markah kemenangan dengan Korea Selatan tu 2-1, bukannya 3-2.  Ceritanya ialah masa tahun ni, Olimpik diadakan di Moscow, Rusia, dan masa tu Malaysia bersama-sama 61 negara lain memboikot tuan rumah sebab serangan Soviet Union ke atas Afghanistan. Jadinya, sebab tu Malaysia tidak beraksi di Olimpik. Tapi, cerita sebenarnya, lepas menang tu baru tahu Malaysia tak pergi. Masa kejadian ni, seperti permulaan filem ni jugak, legenda bola sepak negara, Mokhtar Dahari baru sahaja bersara. Sebab tu masa mula-mula cite tu, dorang ni takde pelatih.




Untuk aku cerita kisah di sebalik filem ni, rasanya tak layak, sebab aku belum lahir pun masa ni, aku tahu pun bersumber dari kisah ayah aku. Antara blog yang korang boleh lawat untuk ketahui cerita di sebalik peristiwa ni ialah Che Din Sphere. Ada kisah sebenar, gambar dan keputusan akhir perlawanan di Olimpik.


Bestnya cerita ni, sebab tunjuk semangat kenegaraan dan setiap kaum punya kehidupan masa zaman ni. Boleh dipuji lah interpretasinya. Kaum Melayu dengan rumah kampungnya, Cina dengan getahnya, India dengan perniagaan kelapanya, siap ada funfair 80-an lagi. Lakonan Bront Palarae sebagai pengulas sukan (Dato' Rahim Razali) sangat bersemangat. Di akhir filem juga, ada beberapa cameo, so korang bersedia la. Kalau tak kenal, mintak orang  tunjukkan,




Selain itu, gambaran perjalanan filem ini sangat menarik. Dari latihan tentera hingga ke latihan ketangkasan diakhiri dengan lagu epik Inilah Barisan Kita di atas panorama pemandangan semulajadi Malaysia, cukup untuk membuatkan bulu roma meremang dan sebak. 

Ramai sebenarnya yang sudah hilang minat terhadap bola sepak bila takde lagi nama seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Arumugam, James Wong dan Hassan Sani. Filem ni mampu menyuntik kembali semangat tu, harapnya pemain bola sekarang ni ambil la contoh semangat tu. Pendek kata, filem ni ada jiwa. 

Ni klip jaringan gol James Wong masa perlawanan tu. Nak terkeluar anak tekak pengulas sukan tu jerit..haha.




Inilah barisan kita!

Wednesday, September 16, 2015

Gelombang Keserasian.

Assalamualaikum w.b.t,

Pernah tak korang baik dengan seseorang tu, tapi lama-kelamaan korang macam dah takde kesesuaian dengan orang tu?  Tambah teruk lagi, mungkin berselisih faham dan terus hilang contact?

Aku pernah. Dan buat seketika aku rasa sedih sebab kehilangan orang yang aku pernah rapat. Tapi, lama lama aku perasan sesuatu bila masa dah berlalu.

Aku ada satu teori, aku namakan teori tu Gelombang Keserasian.

Bila kita rapat dengan seseorang tu, kita serasi dengan orang tu, sebabnya kita dan orang tu mempunyai gelombang yang sama. Gelombang maknanya, minat dan pemikiran yang seakan sama. Lama-lama, bila dah terlalu rapat dan terlalu lama berkawan, gelombang kita mungkin berubah bila kita berjumpa dengan orang lain atau berada dalam persekitaran baru. Bila jumpa balik orang yang pernah rapat dengan kita tu, keserasian kita dengan dia dah berubah.

Kesannya, dah takde keserasian sebab gelombang telah berubah.

Selepas kejadian tu, bila aku jumpa semula orang-orang tu, aku dah tak boleh rapat dengan dia semula. Bila aku tengok pergaulan dia dengan orang lain pun, aku rasa seolah aku tak pernah kenal dia. Tapi mungkin juga, dia pun berasa benda yang sama tentang aku.

Pernah terfikir benda ni? Gelombang keserasian.

Terima kasih kerana membaca!

Sunday, August 16, 2015

Perubahan Versi 1

Assalamualaikum wbt,

Sedar tak sedar, aku dah menjejak umur 24 tahun. Setahun je lagi bakal berumur suku abad. Umur yang sepatutnya matang dan umur yang kalau boleh aku nak kahwin. 

Bila tengok balik gambar lama, banyak perubahan aku dari segi rupa.

Muka aku dari 5 tahun lepas banyak berubah dari segi isipadu pipi...haha. Masa 2011, pipi aku sedang-sedang sahaja, masuk je 2013 & 2014, macam kena pam. 2015, baru la kecik balik, tapi tulang pipi pulak nampak tinggi. 


Next post, perubahan full body plak ... haha ​​..

Wednesday, August 5, 2015

Berangan!

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ni aku nak stori pasal berangan pulak. Angkat tangan siapa suka berangan? Kita geng!

Masa aku sekolah rendah dulu, Cikgu BM aku kata aku kuat berangan. Sebab bila tulis karangan rekaan/fiksyen dasat imaginasi aku, tapi karangan fakta fail. Siap gitau kat ayah ibu masa ambik report kad tauu. Aku memang suka berangan dari kecik. Berangan dengan aku tak dapat dipisahkan.

Takde la berangan mengelamun, tapi suka ada angan-angan la. 

Aku suka berangan suka orang ni, suka orang tu. Berangan nak kapel dengan orang tu, orang ni...aku banyak crush dulu. Aku berangan dulu nak jadi doktor, lepas tu bila tengok CSI berangan plak nak jadi saintis. Aku berangan nak ada bisnes, berangan nak bukak kedai. Banyak lagi sampai aku dah tak ingat. Yang bestnya, dua daripada angan-angan aku ni menjadi kenyataan. Orang yang aku pernah crush masa sekolah rendah tiba-tiba suka aku, waktu aku dah tak ingat dah dia...haha. Orang aku crush setengah mati masa Form 4 plak sekarang suka aku. Aku dah ada degree dalam Biomed, dan tengah buat Master bidang sama. Secara teknikalnya, aku adalah seorang saintis. See, who says dreams and hopes cannot come true even if it seems impossible. Bila tenung-tenung balik, banyak apa yang aku angankan menjadi kenyataan walaupun aku kadang dah lupakan angan tu.


This happened twice to me, same situation, same seating place..

Ofkos satu lagi benda faveret orang kuat berangan ni seharusnya ialah cite cintan-cintun, terutama Hindustan. Satu lagi adalah cite novel-novel. Dulu aku minat baca novel cinta, siap berangan jadi heroin. Bila lama-lama cite asyik cerita sama, aku dah stop baca novel cinta.




Aku berangan lebih kurang macam ni la masa sekolah dulu...dua kali berangan, dua kali jadi kenyataan...hehehe.

Tapi kadang berangan ni bahaya jugak. Bagi harapan palsu. Macam babak cite Mohabbatein yang janda tu berlari cari hero masa menari perayaan tu. Giler dasat semua orang bole bagi laluan terus lari dalam pelukan hero. Kalau aku la, dengan rabun aku, aku lari pastu aku jerit 'mana awk???'...serius weh.,.rabun kot. Mana nampak yang mana satu pujaan hati, pulak tu kaler warna warni pening. 




Belum cite yang guling-guling, tukar baju menari atas gunung semua tu...haha..berangan-angan aku nak ada pakwe bole nari-nari macam tu. 

Tapi sebenarnya tak elok berangan ni. Sifat yang melekakan. Kena elakkan diri daripada panjang angan angan atau berangan sebab sifat ini adalah satu sifat peribadi yang tidak disukai oleh Nabi SAW.

Meninggalkan (angan-angan) tentang masa depan yang belum pasti, tidak menyibukkan diri atau memaksa diri dengannya, tidak terlalu mengharapkannya, tidak larut dalam penantian terhadapnya dan tidak mengkhuatirkannya. Hidup ini tak boleh terlalu berlegar akan masa hadapan yang belum pasti.

Cuma, bagi aku, aku suka bersikap optimis dengan bersangka baik. Nak sangka baik aku suka create situasi benda yang aku nak tu jadi, Berangan la jugak kan, tapi aku takde la sampai leka. Tujuan aku wujudkan benda tu sebagai motivasi aku nak capai benda tu. Aku berangan untuk aku bersemangat dan aku doa supaya dapat capai angan-angan tu, di samping usaha. Semuanya mungkin dengan kuasa Allah terutama melalui doa

Ali berkata: “Jauhi oleh kamu panjang angan-angan, kerana hal tersebut boleh membuat kamu lupa (lalai).”

Rasulullah SAW mengajar kita untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT yang bermaksud: "Ya Allah sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan.” (Hadis Riwayat Muslim).

Aku harap aku dapat kurang-kurangkan berangan ni. Umur pun dah 24 tahun, dah boleh jadi bini & mak orang dah. Takkan nak jadi ibu yang kuat berangan. Tak elok nak kasi contoh dekat anak-anak nanti...uhukk

Terima kasih kerana membaca!

Thursday, September 12, 2013

15 Jenis Lagu Cinta Frust

Assalamualaikum

Dari dulu sampai sekarang aku memang naik keretapi balik rumah dari KL,8 jam duduk jeee, kebas kat certain tempat aitelyu..haha. Jadi, nak kurangkan kebosanan tu, aku dengar la MP4. Playlist aku tu penuh je dengan lagu jiwang karat.. Aku tak tahu korang, tapi banyak dari ayat-ayat dalam lagu-lagu tu mengena dengan aku...masa zaman gaduh teruk dulu lar..haha. Ni jenis-jenis lagu cinta frust menonggeng yang biasa kita lihat..


1.Aku nak bawa diri ke....
Kadang-kadang boleh jugak disebut sebagai membawa hati. Tapi biasanya tak diberitahu nak ke mana. Dalam sungai ke, tepi lombong ke. Kalau beritahu hilang la saspens kan..
*Shila Amzah-Patah Seribu



2.Aku nak undur/gostan diri
Kes biasa, mengundur diri sebab beralah dengan orang ketiga. Mungkin hasrat itu murni atau mungkin jugak terpaksa mengaku kalah. Ni selalu jadi bila orang dah tak nak, ceh konon-konon jual mahal le tu..Rasa bersalah sampai nak undur n gostankan diri, dan harap dia jumpa lebih baik..
*Screen-Tak Suka Tak Apa


3.Aku berserah pada Tuhan
Ada yang time frust baru nak ingat Tuhan...mendayu dayu rayu-rayu..bagus la, at least ko ngat jugak, ye dak?
*Nidji-Hapus Aku


4. Aku sedar diri aku ni
Bila dah frust, ditinggalkan atau kasih tak berbalas baru sedar diri tu macam mana. Nampak sangat masa bercinta dulu lupa plak semua tu.
*Saleem-Bila orang dah benci
*Exists-Mengintai Tirai Kamar


 

5. Tutup dah pintu hati
Dah banyak kali kapel dan putus, dah rasa penat dan tak nak cari pengganti. Pendek kata, nak kunci pintu hati lepas tu telan kunci tu.
*Ekamatra-Sentuhan Kecundang


6. Sampai hati ko
Lagu macam ni selalunya menggambarkan betapa kejamnya pihak yang satu lagi masa bercinta.
*Spring-Sampai Hati
*Screen-Bila Cinta Didusta


7. Aku tak ingin kembali
Biasa la lepas dah clash akan ada ayat yang beritahu tak ingin kembali ke pangkuan kekasih.Kalau boleh bau pun tak nak hidu..ngeee
*Ziana Zain-Madah Berhelah


8.Aku lebih baik dari pakwe/makwe baru engko
Ayat ayat poyos yang memuji diri sendiri dibandingkan dengan pakwe/makwe baru bekas kekasih. Ayat-ayat dia selalunya 'aku lebih sesuai denganmu, aku menyanyangimu melebihi dirinya'
*AXL- Akulah Kekasihmu


9.Aku konfius nak pilih yang mana
Buat yang tamak serta perasan. Tak boleh nak pilih satu, akhirnya suruh lupakan je dia. Kalau laki mungkin dia rasa kuota dia cukup..
*UKAYS-Di sana menanti, di sini menunggu


10.Engko blah, aku cari lain la..
Ni plak kes tak sabar. Orang sibuk sikit kerja overtime, pergi kursus je dah pergi cari lain. Bila dah balik, kan ke haru jadinya nak selesaikan.
*UKAYS-Seksa


12. Nape engko nak putus nih?
Kita dah elok-elok, hidup bahagia, tiba-tiba engko nak putus? Apsal? Selalunya jenis macam ni takde sebab, tup-tup minta putus. Sebenarnya ada tu, dia je taknak beritahu engko
*Spring-Mengapa Perpisahan yang Kau Pinta
*SLAM-Gerimis Mengundang



12. Orang lain dah kebas engko..
Ni sebab tunggu lama-lama la, kan dah diambil orang. Boleh jadi jugak, ada orang lain lagi macho/hot/cun dari ko, tu pasal dia kena kebas..
*Sejati-Bila Bunga Dipetik Orang
*Spin-Mengusung Rindu

13.Aku salah...wuu
Yang ni mengaku sendiri kesalahan
*Lefthanded-Pada Syurga di Wajahmu
*AXL-Andai Dapat Ku Undur Masa

14. Engko yang salah
Yang ni plak salahkan bekas kekasih
*Exists-Alasanmu
*Faizal Tahir-Bencinta

15.Cinta kita terhalang
Jenis yang ni plak jenis klasik Ibu Mertuaku macam Kassim Selamat...tak dapat den nak nolong.
*Haida-Hajat
*Alyah-Kisah Hati


Apa pun, buat yang baru putus cinta, janganlah risaukan sangat..masih lagi ada masa. Mungkin dia sebenarnya tak sesuai dengan kita, Allah dah tentukan yang lebih baik dari dia untuk kita. Kalau rasa sedih sangat tu, banyak-banyak ingat Tuhan dan luangkan masa dengan keluarga & kengkawan... Peace uolls! Jangan sedih-sedih kalau kena kat korang..
  

 
Thanks for reading this entry!


Sunday, January 13, 2013

Gejala-gejala student nak amek exam

Assalamualaikum.


15 Januari? Ape ada dengan tarikh ni? Exam final aku yang paling final, yakni yang terakhir...of kos la, bila da hujung2 ni, da hilang punca dan arah tuju, tengok buku terbayang katil, tengok pokok luar tingkap, tengok daun melambai-lambai ternampak ibu tengah layang-layangkan sapu tangan suruh balik rumah..(ceh, mcm bajet mak aku nak buat mcm tu..haha), tengok makanan kafe da mcm masak asam ikan pari mak..da parah sangat la nih gamaknya..tapi jgn risau, benda ni ada gejala2 yg boleh dikesan...antaranya..

Simptom simptom student bila final exam minggu depan.
  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )

  2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )

  3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.

  4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)

  5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

  6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.

  7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi  pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)

  8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.

  9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.

  10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)

  11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.

  12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)

  13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P

  14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.

  15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.

  16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

  17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”

  18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.

  19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.

  20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.


p/s; Tapi, aku rasa even budak pandai yang dah score markah carry marks pon study menggelabah jugak. Cuma diorang steady lagi la dari student yang study last minit. Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload. Peace yo! Doakan exam hematologi aku Selasa ni...