See me in other links




Like-like

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, July 30, 2015

Tips : Bagaimana Nak Keluar dari Zon Persahabatan (How To Get Out of The Friendzone)

Assalamualaikum w.b.t,

Korang pernah kena Friendzone? Kalau ada kawan baik berlainan jantina, selalunya akan ada salah seorang yang jatuh cinta kepada seorang lagi. Kepada yang berbalas tu...yahoo la. Yang tak berbalas tu la dinamakan Friendzone!!! Jangan sedih, jangan nangis, masih ada harapan. Meh aku share macam mana nak keluar dari Friendzone macam bos!

Jangan biarkan diri anda dihantui fenomena ini...ehh


Sape nak keluar dari Friendzone? Angkat kaki!!!




Jangan sampai jadi macam gambar atas ni dah la ye, segalanya perlu strategi. Meh aku bagi formula nak keluar dari Friendzone ke Lovezone. 

1. Mula-mula, mesti kena confess dulu meh..nak tahu reaksi si dia. Kalau jawapannya Ya, bolehlah skip baca artikel ni terus. Tapi, dukacitanya kalau jawapannya Tak, silakan baca sampai habis. Kalau tak confess, bagi la signal-signal...katakan la korang malu, bagi la signal yang korang suka dia.

2. Okey, korang kena reject..Kalau yang bagi signal, dia tak layan tu, haa..tu la rejection korang. sila la nangis di bucu katil. Jangan lama-lama okey, teruskan misi anda. 




3. Setelah direject, mulalah menjauhkan diri. Acah-acah merajuk, sentap, hatiku kau guris luka gitu. Jangan kol, mesej, kalau berjumpa mengelak. Dinginkan diri anda!

4. Langkah seterusnya, berlakon la konon korang da move on, da terima hakikat yang korang tak mungkin bersama. Nak lagi best, kalau ada orang lain...

5. Da agak lama tu, pura-pura putus atau frust. Tapi jangan lebih 2 bulan okey, Pada masa ni, buat macam korang sibuk dan bukan sengaja nak dinginkan diri.

6. Sekarang berbaik dengan dia, masa ni confirm dia akan merajuk, tapi korang kena la pandai pujuk. Percayalah, masa ni korang akan dilihat dengan cara yang berbeza.

Secara psikologinya, bila kita terlalu rapat dengan seseorang dan tiba-tiba orang tu ada perasaan pada kita dan ditolak, pendekatan menjauhkan diri akan menyebabkan kita tiba-tiba berasa kehilangan dan masa tu akan terasa betapa orang tu penting dalam hidup kita.




Nak testimoni? Tak percaya, tengok cerita Kal Ho Na Ho (Rohit & Naina), Harry Potter (Ron & Hermione), Flipped (Bryce & Juli) & How I Met Your Mother (Barney & Robin). Ehem, aku sendiri pun pernah mengalaminya masa sekolah dulu, tapi bukan aku yang kena Friendzone...ehh. Dan aku boleh sokong yang ianya memang menjadi!







Satu je, waktu nak jalankan strategi tu, pastikan jangan terlalu lama. Nanti tak menjadi. Lagi satu, pastikan masa tu, dia tak berada dalam hubungan yang serius.


Selamat mencuba!

Saturday, September 20, 2014

Tips : Pendakap Gigi. Ya atau Tidak? Bahagian 2


Assalamualaikum w.b.t,


Lama dah tak bersambung entri ni. Sejak aku pakai braces semua soalan yang diajukan mesti sama belaka. Sakit tak? Macam mana pasang dia? Kena cabut gigi tak? Aku siap sampai hafal dialog ready nak jawab semua soklan tu. Penyebabnya, orang kita ni semacam  fobia dengan gigi dan Doktor gigi. Selagi boleh tahan, tahan. Aku ada kawan yang lebih rela biar gigi die dicabut dengan benang dari pergi jumpa dr cabut...haha..

Tapi kan, tapi kan..aku nak share dialog aku tu dengan korang. Nak kongsi pengalaman berharga nih..kerana Dirimu Begitu Berharga..cehhh!
    

Sakit Tak Pakai Braces?

Sakit? Memang sakit, aku takkan tipu. Tapi darjah kesakitannya bergantung pada setiap orang. Ada yang lepas pakai braces berat turun sebab tak lalu makan akibat tak tahan sakit, ada jugak macam aku, lebih sihat sebab dari biasa..haha.. Tapi sakit die kebanyakannya masa permulaan je, bila dah lama korang tak perasan pun braces tu dalam mulut...ahahah...tipu sangat kan...maksud aku takde la rasa annoying sangat dengan braces tu sebab sakit. Sakit die ada beberapa jenis atas beberapa sebab. 

1. Cabut Gigi - hah! ini lah fobia terbesar semua orang. Soklan paling femes aku selalu dapat. Nak jawab camne aku pun tak tahu, sebab nasib aku baik tak kena cabut gigi. Tapi kawan aku ada yang kena cabut sampai 4 batang gigi, atas bawah, kiri kanan..so buat seminggu dua rongak jugak la jadinya..hehe. Kalau korang nak tahu, semua manusia bilangan gigi ada 32. Tapi sebab perbezaan saiz rahang masing-masing, ada kita yang punyai susunan gigi yang berbeza. Bagi yang rahang kecik, gigi tu mungkin semua nak tumbuh jugak, tu yang kadang-kadang gigi berlapis dan berlebih. Bagi yang rahang besar, gigi mungkin jadi jarang. So, bila buat braces kalau doc rasa gigi tu banyak sangat tak boleh luruskan, baru kena cabut...ini semua aku korek dari orthodontist tau...cabut gigi ni macam biasa memang sakit dia terasa lepas bius da habis, lubang gigi tu akan berdarah dan korang akan susah makan sikit buat seketika, tapi tak lama, dalam 3-5 hari mungkin da tak terasa dah. 

2. Separator - separator atau penjarak gigi ni tujuan dia nak jarakkan sikit gigi geraham tu untuk pasang hujung braces...kinda like the anchor, masa doc pasang besi tu dia akan tekan sikit sebab nak masukkan celah Mr Geraham tu. Yang ni pun sekali je rasa sakit, dalam 3-5 hari mungkin da kurang, cuma akan rasa ngilu-ngilu sikit, terutama time malam...aku pun tak sure kenapa...mungkin sejuk kot.. eheh...sebab tu waktu ni aku dah start emo-emo da...

3. Ulser - ulser atau lebih dikenali sebagai mata ikan memang akan menjadi musuh sepanjang ber 'braces'. Aku dengan ulser ni dah macam geng da..kamceng...tak pernah lagi kot xde ulser sepanjang ni. Ulser ni jadi sebab mulut kita ada benda asing yakni braces yang membuatkkannya tak selesa so ulser ni la hasilnya.

4. Follow Up Ketatkan Wire - kesakitan ini akan datang menghampiri setiap kali balik sesi follow up. Doc akan keluarkan wire, potong dan ketatkan tok tarik lagi gigi tu dalam kedudukan. Selalunya rasa sakit tu, sehari dua lepas appointment baru terasa dan bergantung pada ketat camne orthodontist tu buat. Hari kedua selalunya aku telan Panadol nak tahan sakit tu dan aku akan elak dari bercakap..so kalau lepas Rabu aku macam tu, means semalam tu aku baru ketatkan wire la tu. Tapi yang bestnya tiap kali nak ketat wire, doc akan buang getah lama, so u get to choose new colours untuk getah tu..aku suka combine dua warna..pernah sekali tu waktu Piala Malaysia, aku pernah request kat doc pasang warna merah kuning..konon penyokong setia Red Giants gitu...hahaha

Mahal Tak Braces Ni?

Aku buat dekat UKM sebab aku student Fakulti Sains Kesihatan kat kampus KL dan kat situ jugak ada Fakulti Pergigian, aku dapat student price RM210..murah tak? Kalau nak murah masuk la universiti yang ada Dental Fac, korang boleh apply buat braces for student price. Itu total tau, takde hidden charges..hehe. Kalau buat swasta, ada lah jugak dalam RM3k -RM4k. Follow up setiap bulan dalam RM100 setiap sesi, bergantung apa yang doc nak buat/ganti. Kalau Gov konfem murah lagi, tapi waiting list tu yang sakit...2-3 tahun paling cepat sekali.


Susah ke Senang nak Jaga Braces?

Senang kalau tak miss follow up dan rajin gosok gigi, susah kalau malas semua tu. Follow up sangatlah penting untuk tentukan tahap gigi, tiap kali follow up doc akan ambik gambar dengan masukkan cermin dalam mulut, semua tu penting supaya doc boleh tambah atau alter apa-apa bagi nk betulkan kedudukan gigi. Untuk berus gigi, aku pakai 2 jenis, satu berus gigi biasa, satu lagi berus khas, interdental brush (dekat guardin/watson) yang boleh berus celah besi-besi tu..bentuk die macam berus botol baby tapi kecik je..gosok tu lama la sikit dan sentiasa bawa cermin & air mineral kalau boleh..supaya takde cili melekat kat gigi lepas dating tu...LMAO


Malu ke Pakai Braces?

Tak malu pun, cuma mula-mula tu rimas orang dok pandang pelik..dan maybe aku rasa susah nak sebut perkataan yang banyak 's' atau 'th', naturally aku memang xleh speaking slang British, habih memercik air liur satu kelas kang...wahaha...Bila gigi dah mula tersusun, baru lah ko akan rasa seronok, dok belek je gigi tu selalu, ada can je sengih macam kerang busuk, semuanya sebab nak tayang gigi walaupun lum bukak lagi..waktu tu malu, malu semua dah campak tingkap...

Ini je pengalaman yang aku boleh share, minggu depan hopefully second last appointment aku sebelum bukak braces. Aku target nak bukak sebelum konvo bulan 11 nih..harap doa aku dimakbulkan..aminnn..coz i wanna senyum lebar-lebar masa tu..hih..hih..

Harap dapat membantu korang serba sedikit. Dah masuk 2 tahun aku pakai dah tak rasa sangat sakit, semua datang kejap-kejap je. Mula-mula je mungkin rasa sakit, lama-lama dah mula selesa. So, pada korang yang ada niat nak pakai braces..go on je...ini semua akan jadi pengalaman berharga buat korang nanti =).



Thank you for reading this entry!

Thursday, August 21, 2014

Tips : Pendakap Gigi. Ya atau Tidak? Bahagian 1

Assalamualaikum w.b.t,

Hello semua!! 

Hampir dua tahun da aku jadi si gigi besi. Dalam tempoh ni, ramai sebenarnya yang tanya pasal braces. Dari keluarga, junior, kawan-kawan sampai ke pensyarah aku. Dah lama jugak aku tangguh post ni sebab xde masa dan akhirnya terlupa..mohon maap ye..maklum la....umur meningkat, semakin pelupa..hiks..

Bende penting yang korang kena tahu pasal braces ni ialah, kalau swasta apa-apa jenis kekurangan gigi boleh didaftar untuk braces, tapi kalau kerajaan, especially kat institusi kerajaan, ada beberapa syarat yang membolehkan diterima untuk pasang braces. Antaranya, gigi terkeluar dan gigi berlapis. Yang lain tu, ak xtahu, kena tanya dr gigi..heee...





 
 Gigi aku sebelum & selepas diwayarkan....


Ak pasang kat Klinik Pergigian UKM, so aku dapat student price...total semuanya RM210. Kalau bukan student RM500++. Swasta lain cerita la...nasihat aku kalau budak-budak UKM yang nak buat braces buat di Fakulti Pergigian..jimattt!! Pastu setiap kali dtg pon x payah bayar, boleh tukar-tukar warna getah free...jangan jelly..hehe.

Ada beberapa step nak pasang bende ni...

September 2011 - Pendaftaran, masuk waiting list
* Setahun kemudian - masih xde jawapan, aku n kawan aku, Fida pergi jumpa staf pergigian       cek waiting list, lepas potong-potong nama yang cancel akhirnya aku dapat lampu hijau (Dr       aku student master, Dr Marhamah, check up, xray (3 kali), mould gigi & scaling...berdarah jgk    jadinya..rasa mcm vampire skjap)                       
* Oktober 2012 - Pasang  penjarak atau 'spacer' kat gigi geraham, tujuannya untuk jarakkan          molar supaya boleh pasang cangkuk untuk anchor wayar nanti
* 10 Disember 2012 - Pasang bracket & wire kat gigi atas dan bawah. Pasang getah            (warna baby blue)

Hari pertama aku pasang braces, sangatlah teruja, selfie gigi je berpuluh kali, post gambar kat fb, kol ibu aku, hantar gmbr gigi lg..haha..ampunnn!!.. 

Masuk hari kedua je, kesakitan dah mula terasa. Mulut aku banyak gler ulser, bibir aku kering, aku nak cakap atau bukak mulut pun terasa berat sgt. Masa ni jugak, kawan-kawan baik aku, Fida, Ain & Min jadi mangsa moody aku...mengada-ngada plak nak mintak abg cafe buatkan bubur tom yam..haha..seb bek abg tu baik..mekaseh ye bang...itu je benda yang aku dapat makan first week tu. Sebabnya, nak kunyah lngsung xleh, gigi aku mcm rasa ad pemberat...memang aku nangis jgk la seminggu tu...kdg2 tiba2 je dlm bas air mata aku mengalir...sekali tgk mcm org putus cinta pun ada..sebenarnya penangan braces..wahaha...

Sekarang ni aku dah okey, alah bisa tegal biasa. Tapi, tiap kali tukar getah ngilu tu akan rasa jgk, bila hari kedua je, kdg2 aku terpaksa telan panadol untuk tidur. 2,3 hri je, lepas tu okey balik..follow up aku tiap bulan..yang next ni 22 September, aku target nak bukak sebelum konvo bulan November ni...aku kena pakai getah tambahan untuk sangkut kat cangkuk yang Dr pasang kat gigi atas n bawah...nama cangkuk tu Kobayashi hook..more on this on next punya post okeyhh!

Thanks for reading this entry!



Monday, August 4, 2014

Tips : Melayan Kanak-kanak..

Assalamualaikum w.b.t

Selamat hari raya Aidilfitri...maaf zahir dan batin..
Baru-baru ni, aku beraya ke rumah kaum kerabat, aku lebih banyak duduk melayan budak-budak dari menyembang....nak jauh dari soalan cepumas..hehe.. tahun ni semua anak sepupu dah mula mesra dan mahu bergurau..aku pun tarik dorang melayan cakap..tiba-tiba....

Telefon aku berbunyi, terpaksa la bukak inbox jap...habiss..da ternampak, mula la budak-budak tu tanya..*ape teww? adik nak tgk..apew new?..da mula tarik-tarik..aku pun bagi jugak, tapi tangan aku dah macam tangan orang pegang berlian..takut woii..tp tarik kang nangis..jadinya aku teringat petua yang ibu aku pernah ajar nak ambil barang dari budak..

1. Alihkan perhatian dorang..

Bila dok tarik-menarik tu, tiba-tiba aku jerit...." eeee..tengok tu...king kong tu gemok..berbulu..(tunjuk kat tv)..tengok adik tengok"...terdiam kejap budak tu, longgar sikit pegangan dia..cepat-cepat aku tarik.... bila dia sedar dari terleka, die tanya, aku jawab "dah hilang, dah xde, dah rosak...etc.."..kala tu, encik Samsung telah berada dalam beg,.safe and sound..

2. Gantikan dengan benda lain

Hampir sama modus operandinya dengan cara pertama, tapi gantikan dengan benda lain yang tak memudaratkan kanak-kanak dan jiwa raga....contohnya mainan die sendiri ke...ataupun apa-apa sahaja

3. Ajak buat benda lain

Cara ni susah sikit nak berkesan, perlu ada skil memujuk tahap dewa...hehe..tp kalau berjaya, boleh tarik nafas lega. Kanak-kanak punya minat sekejap je, jadi korang sebenarnya kena pandai-pandai ajak dorang buat aktiviti lain..paling senang ajak baca buku atau bermain kat luar.

4. Tutup hp/kamera/tab

Haaa..yang ni paling best dan paling berkesan... tutup je terus...dalam pegang-pegang tu, cari butang off die dan tekan,... bila die tanya, cakap da habis bateri.... cara ni aku buat setakat ni tak pernah gagal lagi..

Nah, 4 cara nak elak budak-budak 'teriak' dan diri sendiri 'teriak'.....

Adik aku Farah dan anak sepupu, Zahratul Aisyah...


Aku dengan Harraz dan Humaira (excuse muka aku tu....berlemoih masa ni)








Wednesday, January 2, 2013

Tips : Cantik dengan Islam

Assalamualaikum

         Kat sini aku nak kongsi sedikit peringatan buat wanita-wanita seluruh dunia. Pada korang semua dan untuk diri aku jugak, x perlu tepek make up tebal-tebal, bergaya dengan baju yang mahal, nak cantik, cukup sekadar menggunakan apa yang Allah dah beri pada kita

1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.

2. Untuk memiliki mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang kita jumpa.

3. Untuk memiliki bentuk badan yang langsing, berilah makanan kepada mereka yang kelaparan.

4. Untuk memilki rambut yang indah, minta seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jari-jemarinya
    setiap hari.

5. Untuk memiliki gaya tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan kita tidak akan
    berjalan sendirian.

 
        Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, tempat cinta dapat berkembang. Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta.
       
Wanita yang cantik adalah wanita yang menjaga harga dirinya.

Thank you for reading this entry!