See me in other links




Like-like

Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Monday, September 28, 2015

Padang Kota - KAMI, 11 TAHUN PERSAHABATAN

Assalamualaikum w.b.t,

Sekian lama aku tak balik Penang, terasa banyak ketinggalan dan kurang dapat luangkan masa dengan kawan. Lepas merancang berbulan-bulan, akhirnya dapat keluar dengan geng sekolah dulu. Kawan-kawan paling lama aku, 11 tahun berkawan dengan dorang ni. Asalnya kami berempat perempuan, Aku, Izzah, Amira dan Iffina. Tapi masa Tingkatan 2, Iffina pindah dan Zulhilmi A.K.A Along yang semakin rapat dengan kitorang. Aku, Amira & Along duduk Alma Jaya, Aku, Izzah & Along pengawas. Banyak lagi pertindihan kami sebagai kawan yang akhirnya menyebabkan kitorang jadi rapat. 

Sebelum tu, kitorang pergi rumah Qistina (Tina) jenguk dia dengan rumah dia, ada orang pecah masuk rumah dia. Alang-alang menunggu tu, kitorang tengok sekali baby dia. Sedap nama, Fatimatuzzahra. Tak sampai 40 hari lagi, kecik sangat. Aku mula-mula seram nak pegang, dah lama tak pegang baby sekecik tu. Bila dapat pegang, heaven nyaaa...wangi sangat bau baby. Semua dok tengok cakap nak satu, termasuk la aku....waaaa!!!






Dengan Tina, hujung sekali kanan (kurus je, padahal baru bersalin tu...jelly i)




Lepas Tina dah settle, kitorang pergi Pulau naik jambatan. Niat mula-mula nak ke Bukit Bendera, tapi dah terlajak akhirnya ke Padang Kota je, ambik angin dan merenung laut.
























Kitorang makan dekat The Esplanade, medan selara dekat Padang Kota. Malam kitorang ke Gurney Plaza sambut birthday kami bertiga yang sangat Belated. Aku (8 Ogos), Izzah (17 Ogos) & Along (23 Ogos). Kitorang share beli kek dan makan dekat Black Canyon, ada rasa outdoor feel sikit, berangin je, Nasib baik Penang takde jerebu teruk macam dekat KL, so tak terganggu vision dan aktiviti.
















My belated birthday present from Izzah!








KAMI - 11 TAHUN. MASIH MENGIRA.

Banyak suka-duka kami sepanjang berkawan, pernah bergaduh, pernah putus kawan, dan berbaik semula, Pernah terpisah dan bertemu semula.




















Bulan 10 nanti ada satu lagi trip ke Penang, kali ni Cik Bekerjaya, Migha plak belanja. 




Terima kasih kerana membaca!

Wednesday, September 2, 2015

Perang Boyband Melayu!

Assalamualaikum w.b.t,

Untuk adik-adik zaman sekarang yang gilakan boyband Korea ni, sebelum korang kenal boyband yang datang dari negara yang popular dengan plastik surgeri tu, kitorang ni yang dah berkenalan dulu dengan boyband. Malaysia pun suatu ketika dulu ada boyband sendiri. Kalau sekarang boyband yang ada kumpulan kat Malaysia ni Forteen, zaman dulu boyband yang hot ialah NEWBOYZ dan BOBOY.


New Boyz

Kumpulan ni sangat popular satu waktu dulu, waktu kemuncak kegemilangan dorang masa awal 2000 kot. Masa ni aku darjah 3,4 macam tu. Aku sempat setahun dua je masa ni, sebab lepas tu aku pergi England ikut ayah aku sambung belajar. Tapi balik tu sambung minat balik. Kumpulan ni dulu sangat popular, fenomena dorang ni sama dengan penangan kumpulan K-Pop sekarang ni. Boleh dikatakan semua gadis sekolah rendah masa ni mesti ada gambar dorang ni. Dalam fail, lekat dekat meja sekolah. Aku? Aku siap gunting majalah kot...haha.. Aku kata sekolah rendah sebab dorang ni masa ni umur 15 tahun, tapi ada je budak sekolah menengah yang gilakan dorang ni.



 


Lagu dorang yang paling popular dan yang aku minat harus semestinya lagu Sejarah Mungkin Berulang. Memang berhantu lagu tu sampai sekarang. Lagu karaoke aku kalau stres. Lagu faveret bekas pakwe dulu...haha.




Kalau dekat majalah plak, konfem muka dorang ni je. Cakap je majalah pe je, Mangga, Media Hiburan, URTV. Cuma malangnya ibu aku tak bagi beli majalah-majalah tu masa tu. Jadinya, aku terpaksa pinjam orang punya. Sekali je aku pernah curik beli sebab tak tahan sangat nak gambar dorang. Zaman dulu bukan macam sekarang, nak gambar retis kena carik dalam majalah/suratkhabar. Sekarang semua di hujung jari je, boleh print sendiri. Aku minat kumpulan ni dari awal kemunculan dorang dengan ahli asal masa dorang kena baling telur waktu show dekat Kelantan, sampai la bila da bertukar. Aku tak tahu kenapa orang Kelantan masa tu menyampah sangat dengan dorang ni. Tapi masa mula-mula je, lama-lama tu dah boleh hadam kot lagu dorang. Antara lagu lain yang masih aku ingat; Lukamu Lukaku Jua, Meraung...banyak lagi. 




Walaupun ramai yang kutuk Tomok suara sengau, tapi aku rasa itu la identiti dia. Aku pun kalau nyanyi lagu dorang mesti akan sengaukan suara aku sambil fefeeling nyanyi dekat kekasih.

Apapun tahniah untuk mereka kerana telah  mewarnai dunia hiburan dengan rekod yang agak cemerlang suatu ketika dulu. Kalau tak silap, dorang ramai peminat di Indonesia.



Boboy

Kalau sebut pasal kumpulan Boboy ni pulak, kumpulan ni pun popular jugak. Naik sama saing dengan Newboyz. Pesaing dorang. Kalau kumpulan ni, lagu yang aku paling suka; Episod Cinta dan Demi Masa. Kumpulan ni aku suka sebab ada Naqiu...haha.. Naqiu ni sengau jugak sikit, tapi tak sesengau Tomok. Entahla, zaman ni memang zaman semua nyanyi sengau agaknya. Atau suara belum pecah lagi agaknya sebab sekarang Tomok punya suara okey je.




Kumpulan ni, aku tak minat sangat nyanyi lagu dorang, aku lebih suka tengok video je, tengok Naqiu tarik menyanyi tutup-tutup mata...haha. Fefeeling sangat. Kumpulan ni pun banyak masuk majalah, tiap kali keluar lagu baru je mesti paper akan kecoh nak bandingkan dorang ni dengan Newboyz. Kira macam perang carta la. Aku masa ni suka lagu Newboyz, tapi aku akan pertahankan Boboy sebab ada Naqiu...haha.


Feeling..ohh..haha

Tapi, dalam banyak-banyak perang antara dua boyband ni, perang paling hebat sekali adalah perang siapa lagi cute antara penyanyi utama dua-dua kumpulan ni. Kawan aku yang lain semua masa tu minat Tomok, aku minat jugak die secretly, tapi aku akan pilih Naqiu. Kenapa? Sebab lebih jambu...hahaha.




Apa pun, zaman dah berubah. Tomok pun dah tak sengau dah, dah tukar nama ke Tomok One In a Million ke Tomok IndraOne. Dah kawin ada dua orang anak da. Naqiu aku tak tahu sekarang macam mana sebab die senyap. Cumanya, dorang ni pernah mewarnai hidup dan hati aku sebelum aku betul-betul bercinta. Zaman sekarang punya boyband jauh sangat meh nak dicapai, dekat Korea nun jauh di sana.


Terima kasih kerana membaca!

Sunday, August 16, 2015

Zaman Kanak-kanak!

Assalamualaikum wbt,

Zaman kanak-kanak ... zaman paling menyeronokkan. Anak sulung macam aku yang ada adik-adik akan terasa sangat tua bila adik-adik semua dah besar. Rasa bangka bila adik ko da lebih tinggi dari ko. Zaman aku boleh kawal dan takutkan dorang da berlalu dah, sekarang semua dah tak heran dah, 










Aku umur setahun, botak dan tara gigi


Farah & Amirul





Ada story masa ni, adik beradik aku dari aku sampai ke no 4, Amirul selang-seli perempuan, lelaki, perempuan, lelaki ... tiba-tiba lepas Amirul, Arif pulak keluar. Asalnya, mak aku dah beli barang warna pink sebab ingat perempuan yang keluar. Sebab tu dua orang berdua ni kuat bergaduh, mungkin sebab dekat dan masing-masing nakkan perhatian lebih. Masa ni, dua-dua ni bergaduh teruk macam biasa, siap bercakar dan bertumbuk. Aku panggil dorang suruh dorang beraksi macam ni, konon nak ambik gambar dorang. Adik aku ni pantang dengar aku nak ambik gambar. Aku bagi Arif pakai bandana aku, Amirul pakai skaf rambut aku, bagi sorang satu pistol mainan lepas tu direct dorang macam ni ... terus tiba-tiba boleh terlupa tu tengah gaduh..haha..budak-budak.




















Bestnya zaman ni, aku berkuasa nak marah dan suruh adik-adik aku ikut cakap aku ... haha. Masa ni senang nak buli dorang ni. Best adik-beradik ni, gaduh la banyak mana pun, sentap banyak mana pun tetap berbaik. Adik aku memang tak boleh blah, gaduh punya teruk, jerit-jerit, pukul pun ada, tiba-tiba sejam lepas tu tengok aku masak, jenguk belakang aku tanya aku masak apa ... aik, ingatkan masih gaduh? Tak cite lagi kalau gaduh jerit 'tak nak kawan !!!'. Adik aku jawab 'kita bukan kawan, kita adik-beradik!' ... Haha. Satu lagi, gaduh sikit jerit 'kau beruk, kau b ** i!' ... Jawapan dia; 'Kalau aku beruk / b ** i, kau pun sama, sebab kita adik beradik!' ....

By the way, adik-beradik aku punya panggilan Kakak, Abang, Kakak Farah, Abang Amirul & Ayip. Kitorang hanya guna aku kau bila bergaduh je.









Hargailah masa muda korang sebelum tua, Masa itu takkan kembali. Hargai dan gunakan sebaiknya...sobss..okeylah, aku nak amik tisu.

Terima kasih kerana membaca!

Perubahan Versi 1

Assalamualaikum wbt,

Sedar tak sedar, aku dah menjejak umur 24 tahun. Setahun je lagi bakal berumur suku abad. Umur yang sepatutnya matang dan umur yang kalau boleh aku nak kahwin. 

Bila tengok balik gambar lama, banyak perubahan aku dari segi rupa.

Muka aku dari 5 tahun lepas banyak berubah dari segi isipadu pipi...haha. Masa 2011, pipi aku sedang-sedang sahaja, masuk je 2013 & 2014, macam kena pam. 2015, baru la kecik balik, tapi tulang pipi pulak nampak tinggi. 


Next post, perubahan full body plak ... haha ​​..

Wednesday, August 5, 2015

Berangan!

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ni aku nak stori pasal berangan pulak. Angkat tangan siapa suka berangan? Kita geng!

Masa aku sekolah rendah dulu, Cikgu BM aku kata aku kuat berangan. Sebab bila tulis karangan rekaan/fiksyen dasat imaginasi aku, tapi karangan fakta fail. Siap gitau kat ayah ibu masa ambik report kad tauu. Aku memang suka berangan dari kecik. Berangan dengan aku tak dapat dipisahkan.

Takde la berangan mengelamun, tapi suka ada angan-angan la. 

Aku suka berangan suka orang ni, suka orang tu. Berangan nak kapel dengan orang tu, orang ni...aku banyak crush dulu. Aku berangan dulu nak jadi doktor, lepas tu bila tengok CSI berangan plak nak jadi saintis. Aku berangan nak ada bisnes, berangan nak bukak kedai. Banyak lagi sampai aku dah tak ingat. Yang bestnya, dua daripada angan-angan aku ni menjadi kenyataan. Orang yang aku pernah crush masa sekolah rendah tiba-tiba suka aku, waktu aku dah tak ingat dah dia...haha. Orang aku crush setengah mati masa Form 4 plak sekarang suka aku. Aku dah ada degree dalam Biomed, dan tengah buat Master bidang sama. Secara teknikalnya, aku adalah seorang saintis. See, who says dreams and hopes cannot come true even if it seems impossible. Bila tenung-tenung balik, banyak apa yang aku angankan menjadi kenyataan walaupun aku kadang dah lupakan angan tu.


This happened twice to me, same situation, same seating place..

Ofkos satu lagi benda faveret orang kuat berangan ni seharusnya ialah cite cintan-cintun, terutama Hindustan. Satu lagi adalah cite novel-novel. Dulu aku minat baca novel cinta, siap berangan jadi heroin. Bila lama-lama cite asyik cerita sama, aku dah stop baca novel cinta.




Aku berangan lebih kurang macam ni la masa sekolah dulu...dua kali berangan, dua kali jadi kenyataan...hehehe.

Tapi kadang berangan ni bahaya jugak. Bagi harapan palsu. Macam babak cite Mohabbatein yang janda tu berlari cari hero masa menari perayaan tu. Giler dasat semua orang bole bagi laluan terus lari dalam pelukan hero. Kalau aku la, dengan rabun aku, aku lari pastu aku jerit 'mana awk???'...serius weh.,.rabun kot. Mana nampak yang mana satu pujaan hati, pulak tu kaler warna warni pening. 




Belum cite yang guling-guling, tukar baju menari atas gunung semua tu...haha..berangan-angan aku nak ada pakwe bole nari-nari macam tu. 

Tapi sebenarnya tak elok berangan ni. Sifat yang melekakan. Kena elakkan diri daripada panjang angan angan atau berangan sebab sifat ini adalah satu sifat peribadi yang tidak disukai oleh Nabi SAW.

Meninggalkan (angan-angan) tentang masa depan yang belum pasti, tidak menyibukkan diri atau memaksa diri dengannya, tidak terlalu mengharapkannya, tidak larut dalam penantian terhadapnya dan tidak mengkhuatirkannya. Hidup ini tak boleh terlalu berlegar akan masa hadapan yang belum pasti.

Cuma, bagi aku, aku suka bersikap optimis dengan bersangka baik. Nak sangka baik aku suka create situasi benda yang aku nak tu jadi, Berangan la jugak kan, tapi aku takde la sampai leka. Tujuan aku wujudkan benda tu sebagai motivasi aku nak capai benda tu. Aku berangan untuk aku bersemangat dan aku doa supaya dapat capai angan-angan tu, di samping usaha. Semuanya mungkin dengan kuasa Allah terutama melalui doa

Ali berkata: “Jauhi oleh kamu panjang angan-angan, kerana hal tersebut boleh membuat kamu lupa (lalai).”

Rasulullah SAW mengajar kita untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT yang bermaksud: "Ya Allah sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindungan Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan.” (Hadis Riwayat Muslim).

Aku harap aku dapat kurang-kurangkan berangan ni. Umur pun dah 24 tahun, dah boleh jadi bini & mak orang dah. Takkan nak jadi ibu yang kuat berangan. Tak elok nak kasi contoh dekat anak-anak nanti...uhukk

Terima kasih kerana membaca!

Tuesday, August 4, 2015

Open House Raya : Geng Sekolah Rendah

Assalamualaikum w.b.t,

Sabtu lepas, 2 Ogos kampung aku buat open house. Budak-budak SKSTB (SK Sungai Tua Baharu), yang datang masa tu Fatihah & Shazlinie. Fatihah kawan sekelas sekolah agama, sekolah kebangsaan dia kelas Ros, kelas pertama & Shazlinie pulak kelas Lili, kelas ketiga. Aku masa tu kelas belakang, Kenanga, kelas nombor lima tak silap aku...aku sendiri tak ingat da sebab aku masuk pun setahun je, masa darjah 6. Tapi syoknya tu, sebab dapat jumpa dorang balik & dorang ingat aku walaupun aku sekejap je kat sana. Aku kecik-kecik banyak berpindah, kawan sekolah rendah merata & ada yang lost contact tak berjaya jumpa. Dulu kecik-kecik, mana ingat nama penuh kawan & nama bapak. Jadinya, tak boleh nak cari kat FB. 

Kiranya bila dapat jumpa dorang ni, rasa amazing la. Tambah lagi sebab aku ingat beberapa nama je asal-asalnya, bila da jumpa kat FB, muncul suggestions nama lain. Waktu tu aku add yang nama familiar. Ada jugak yang tak berapa ingat aku, takpelah. Yang teruja tu bila orang-orang yang ko rasa tak ingat ko, tapi orang tu la yang paling ingat rupanya. Seronok...haha. Lagi satu, aku masa sekolah ni banyak stori dengan budak lain sebab aku budak baru masa tu & aku macam steal the spotlight dari beberapa orang. Jadi, ada yang tak berapa gemarkan aku masa tu. Waktu tu pulak aku bajet cakap stail mat salleh sebab pelat nak betulkan balik cakap lepas duduk England. Lagi la kena cop menggelabah...nasib badan. Nasib baik da besar-besar ni okey dah. 


Shakila, Fatihah & Shazlinie

Shakila ni kawan si Shaz. Fatihah sekarang belajar Medic dekat UIA, student arwah Pak Cik Wahab & Mak Cik Nin. Small world kan? Shaz pulak buat Master in Chemistry dekat UiTM. Kila cikgu tapi tak tanya pulak mengajar dekat mana. Takpe, next time okeyhh













Disebabkan dorang ni duduk dekat, Sungai Tua je, lama jugak duduk rumah aku menyembang. Habis segala cerita masa sekolah dulu dibukak. Seronok wehh..dorang lagi lama, lagi banyak koleksi gambar. Aku ni pulak budak baru, masa tu tak rapat sangat nak mintak gambar bagai. Masa tengok gambar-gambar ni, dorang kenalkan satu-satu yang ada dalam gambar. Aku bukan ingat semua, lagipun gambar tak berapa clear. Kitorang jadikan game bila bole teka & ingat siapa dalam gambar. 


6 Hamzah - SRA Sungai Tua Baharu (2003)

Okey, yang ni gambar masa sekolah agama. Aku sekelas dengan Fatihah masa ni, Aku yang duduk hujung kiri. Fatihah berdiri baris tengah nombor 2 dari kanan. Aku dulu banyak menyembang dalam kelas ni, aku punya kawan baik dalam kelas Zahidah (baris tengah hujung kiri). Aku ada geng menyembang iaitu Fatihah, Aqilah (takde dalam gambar) & Zatul Hijannah (baris tengah nombor 5 dari kiri). Tihah & dorang ni lah geng gosip aku yang mengajar aku benda-benda latest dekat Malaysia masa tu. Masa ni lagu Ezlynn, Hi Hi By Bye & lagu Misha Omar, Bunga-Bunga Cinta tengah top. Ustaz atau ustazah tak masuk je kelas, kitorang karaoke dekat belakang. Tak senonoh betul perangai...haha. Tak tau malu, budak laki plak masa tu semua macam budak-budak, tak teringin pulak semua nak ayu-ayu depan dorang...haha. Kawan baik lelaki pulak dalam kelas ni, Fadhil Hadi (baris belakang nombor lima dari kiri, sampin merah) & Anis Sobrie (baris belakang nombor 6 dari kiri). Anis tak rapat sangat dengan aku bila nak dekat UPSR, tak ketahuan plak mengapa. Masa rapat, dia rajin bergosip pasal hal crush & couple nih. Kiranya sumber tabloid aku la. Fadhil Hadi ni plak rapat sampai habis, dan rapat lebih dari kawan buat seketika...ehh. Dia duduk depan aku, selalu ajak sembang dan selalu datang lambat. Dah la pengawas, bole plak buat macam tu. Yang tak boleh blah tu, aku pulak yang Ustaz Miswan tanya kenapa dia lambat. Mana saya tahu Ustaz... Bila da 8 tahun berlalu, baru la aku tahu sebab apa. Rupanya mamat ni melayan Telenovela sampai terlambat nak kayuh basikal pergi sekolah. Mamat ni banyak peminat woo, macam-macam stori ada pasal dia...tak pasal-pasal ada insan yang jelly serang aku sebab dia...haishh...


PEKA SK Sungai Tua Baharu (2003)

Okey, yang ni pulak gambar Geng PEKA SKSTB. PEKA ni program kelas tambahan untuk murid terpilih. Terpilih macam mana, aku pun tak tahu, Tapi kebanyakan budak PEKA budak kelas Ros, Melur, beberapa orang dari kelas Lili dan 2,3 orang dari kelas belakang. Aku antara yang termasuk dalam kategori ni. Dalam ni ada aku, Fatihah, Fadhil Hadi, Faiizihni, Hamidi, Talhah, Takip, Atikah Apni, Atiqah Jalil, Fatinah, Maslin, Ilmi, Amanina, Ammar, Hidayah, Hudzaifah, Naqiuddin & ramai lagi, Yang nama-nama ni aku sebut ni insan-insan yang aku berjaya jejak...haha. Cikgu PEKA yang ada dalam ni Cikgu Kamsani, penyelaras PEKA ni (duduk depan sekali bertopi dan berbaju biru), Cikgu Zainal Abidin Kopiah (belakang baju putih berjanggut & berkopiah). Dekat sekolah masa tu ada 2 orang cikgu nama Zainal Abidin, jadi kena sebut spesifik yang mana satu. Cikgu paling psiko pada pendapat aku, dia suka tenung orang & baca orang..seram sehh..aku selalu kena sebab budak baru & dia kenal Mak Cik aku. 

Seronok pulak dapat tengok balik gambar-gambar lama ni, yang perempuan dulu selebet hingus lap kat tudung sekarang semua dah cun melecun...hehe. Yang lelaki masa ni budak-budak suara kecik lagi, sekarang semua dah macho-macho hensem. Yang da jadi suami & bini orang pun ramai jugak. Aku tak termasuk senarai lagi, mereput dulu kot...haha.  Dah tak jadi, apa kata carik orang lain plak dalam gambar ni...haha...gurau jerk. 

Next, mohon buat reunion pulak okey! Baru bole kumpul balik tengok semua.

Terima kasih kerana membaca!