See me in other links




Like-like

Showing posts with label Trivia. Show all posts
Showing posts with label Trivia. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Trivia : Harga setem

Assalamualaikum

Tahun ni tahun ketiga aku hantar kad raya..jadinya, kalau nak hantar tu kena lekat setem. Kali ni dari menulis sampai mengepos aku yang buat, jadi nak tak nak kena jugak bertanya harga setem..malu bertanya sesat jalan, tak cukup setem tak sampai tau!

Abang pejabat pos siap explain lagi satu-satu, baru aku tahu rupanya..hehe..Setem kalau hantar dalam Malaysia, untuk kad dan surat sampul putih kena guna setem RM.0.60.

Untuk sampul coklat plak, RM0.80 sen...total tu ad la jugak dalam RM7 aku kena..okey la..setahun sekali, yang penting ingatan tu. Boleh simpan bertahun-tahun buat koleksi..





Buat rakan dan taulan, selamat hari raya, maaf zahir batin. 

Saturday, June 15, 2013

Sejarah seram kolej kediaman UKM

Assalamualaikum

Ommo, tadi aku selak-selak buku, bosan, tutup, aku pulak buka muka buku (FB), ada la member post sesuatu..yang agak menarik, kolej aku (Kolej Tun Syed Nasir) kat Jalan Temerloh tu boleh tahan jugak sejarah dia, agak menyeramkan.....Sebenarnya, dari  mula masuk lagi aku dah dengar cerita-cerita mistik dari sepupu dan arwah Pak cik aku yang dulu pernah belajar kat situ. Tapi biasa la, dengar je....x sangka betul dan ber'BUKTI' lagi tu..

.......khabarnya, bangunan asrama belakang yang dekat dengan Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan dan blok-blok asrama 6, 7 dan 8 dulu merupakan bekas tapak kubur pesakit HKL ( masa ni masih dikenali sebagai Hospital Besar Kuala Lumpur -HBKL) yang tiada waris... Tapi selepas kerja-kerja pemindahan dan ubahsuai, tapak tu diubah menjadi asrama pelajar dan klinik, tahun tak pasti...uuuuuu...


Dulu - Bangunan blok asrama pelajar perubatan dan bekas tapak kubur pesakit HBKL tanpa waris





Tapak ni sekarang dah jadi tapak Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan untuk budak Audio dan Speech, Fakulti Sains Kesihatan....


Sekarang - Bangunan blok asrama pelajar (fakulti sains kesihatan, perubatan, farmasi, pergigian)
Kini baru kau tahu...kihkih...credit to Mauna untuk maklumat dan bukti..



Tapi, walau apa pun, walaupun dengar seram, kita hanya perlu takut pada Yang Maha Esa. Tak perlu takut pada 'benda' lain.

TTFN - TaTa For Now...



Saturday, September 24, 2011

Trivia : Lefties....


Trivia : Beedle The Bard....di sebalik Harry Potter

Assalamualaikum...

Mula-mula sekali nak ucap selamat hari raya..rasanya belum terlambat lagi, walaupun da nak abis Syawal...

Lama x menaip, terdetik plak jari nak menari-nari...antara sebabnya minggu lepas baru lepas dapat baca buku J.K Rowling yg ditambah selepas Harry Potter..tajuk die Beedle The Bard..Buku ni kononnya kisah dongeng untuk kanak-kanak dunia magis la, macam kisah dongeng org biasa la (muggles), macam cerita Cinderella, Snow White.







Bila da baca sampai habis, sampai kat cerita yg paling penting skali ( x nak cte lanjut, nak tau, bc buku, rjin2 la membaca k) sbb ade peranan penting dlm novel die, tba2 kte terperasan sesuatu. Cerita die x ubah seperti propaganda yg dibawa oleh Dajjal al-Masih.. Rasanya da ramai yg perasan kot benda ni, tpi kte baru nmpak. Maklum la, dulu peminat setia, bak kata org kentut busuk pun wangi, sbb tu x nmpak.Tapi sbb skrg da kurg minat, baru la terperasan. Dalam cerita tu, yg bertajuk The Tale of The Three Brothers, die cerita tentang 3 beradik yg cuba menguasai maut, pnjang jgk ceritanya..nak diringkaskan cerita, 3 beradik ni dpt 3 objek yg masing2 ade kelebihan untuk mengatasi maut



* Tongkat sakti yg terulung (Elder Wand/ The Unbeatable Wand)
*Batu penghidupan semula (The Resurrection Stone)
*Jubah halimunan (Invisibility Cloak)

Ketiga-tiga objek ni dpt menguasai kematian/mati..sama la macam agenda tu..
Lagi satu, bila benda2 ni dicantum, akan membentuk logo The Eye, The All Seeing Eye yg popular tu.




The Eye ni ade kat dolar amerika, dekat simbol2 bangunan kenamaan di dunia, simbol ni juga dikatakan simbol Dajjal al-Masih, makhluk ALLAH yg mempunyai satu mata, yg akan muncul pada akhir zaman...Simbol ni melambangkan Gagasan New World Order yg akan digunakan untuk mengubah dunia...
Tgk gmbar dulu, lepas tu fikir la, betapa senangnya kafir mempengaruhi fikiran kita dan menyokong agenda Dajjal ni...Dalam buku kanak-kanak pun ada...








Tapi, nak ckp lebih2 pun x berani, kte bkan pakar dlm bidang ni, hanya mengingatkan supaya berhati-hati dengan ape yg kite baca dan ape yg kita tonton dan dengar.



Wednesday, August 3, 2011

Trivia : Faedah Berpuasa Dari Segi Saintifik

Assalamualaikum


Sempena bulan puasa kali ni, aku nak post kelebihan-kelebihan puasa ini dari sudut saintifik.


Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.
Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1. Allan Cott, M.D.,

Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).
 Antara buku tulisan Allan Cott, M.D berkaitan puasa.

2. Dr. Yuri Nikolayev
 
Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).

3. Alvenia M. Fulton

Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

4.  Muzam MG, Ali M.N dan Husain

Berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.





5. Elson M. Haas M.D.

Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.
Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan

Mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan

Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.

8. Dr. Muhammad Munib

Dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.
Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”
Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.