See me in other links




Like-like

Wednesday, September 4, 2013

Resepi : Kacang Pool

Assalamualaikum

Kali ni kacang pool plak..buat pengetahuan korang, kacang pool ni makanan popular di Johor dan S'Pore, lebih kurang macam kuah cicah berasaskan kacang dan ditambah daging..Aku first time makan benda ni masa kat S'Pore, tapi aku makan sikit je sebab aku x makan telur..hehe..tapi adik aku gebang sedap..jadi untuk entry kali ni jom kita belajar buat kacang pool...

Mula-mula sekali, bahan yang penting untuk kacang pool ni ialah..kacang pool tu sendiri..



Kalau korang nak beli, ada kat Mydin..kat supermarket lain aku belum jumpa lagi setakat ni..

Dan juga daging kisar (lembu, ayam...)


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kacang pool, tos dan ramas hingga hancur
1 tin kecil baked beans (tambahan)
200 gram daging lembu kisar
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sudu besar rempah kari daging (Baba's)
1sudu besar ketumbar serbuk
1 kiub daging (optional)
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi
( *dikisar halus)

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Roti paun atau roti perancis, potong, sapu sedikit majerin dan dibakar
Telur, digoreng mata kerbau secukupnya atau setengah masak
Bawang besar, didadu
Cili hijau, dihiris
Cili merah, dihiris
Tomato, dididadu
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua
Minyak sapi cair
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Campurkan bahan kisar halus tadi bersama rempah kari dan ketumbar serbuk, kacau sampai rata, kalau pekat tambah sikit air. Kacau hingga menjadi pes. 
  2. Panaskan minyak sapi, tumis pes rempah tadi hingga terbit bau dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masak sampai daging tu berubah warna. Masukkan air dan kiub daging (jika guna). Kalau dah mendidih tu, masukkan kacang pool dan baked beans. Kacau sampai rata.
  4. Masak hingga pekat sedikit, tambah garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan rasa, kalau dah ok boleh matikan api (bila sejuk kacang pool akan jadi pekat, jadi uolls boleh tambah air panas kalau nak cair sikit). 
  5. Untuk hidang, cedok secukupnya kacang pool ke dalam mangkuk, letak sekeping telur mata kerbau, atau pecahkan telur sebiji atas kacang pool yang masih panas berasap dan tutup dengan penutup selama 2 minit (untuk setengah masak), tabur bawang besar, tomato, hirisan cili merah/hijau dan curahkan sedikit minyak sapi cair atasnya. Perah jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti bakar....Done!!
Ni la rupanya.. 

No comments: